Bab 14: Rancang Kahwin

91 38 3
                                    

BERAT sebenarnya Damia mahu melangkah masuk ke dalam rumah. Kena marah itu satu hal. Kalau lepas ni dia dah tak boleh keluar rumah macam mana pula?

"Assalamualaikum," ucap Damia usai masuk ke dalam rumah.

Seperti biasa, pasti dua beranak yakni ibu dan kakaknya sudah menunggu di ruang tamu. Mulalah nak berperang dengan mereka berdua itu.

"Waalaikumussalam. Ha, Angah. Balik pun kamu. Ingat kamu dah lupa jalan balik rumah." Mak Siti mulakan serangan dengan perlian.

Damia julingkan mata ke atas. Telan sajalah apa yang mahu dihamburkan ibunya ini.

"Kamu pergi mana ni ha? Seharian tak balik rumah. Mak ingat dah lari kahwin kat Siam sana tu."

"Angah tahu had Angah lagilah mak. Angah takkan buat semua tu," balas Damia.

"Angah pergi kat rumah Syafiq semalam," sambungnya.

Ternganga mulut Mak Siti. Walaupun jawapan itu dalam jangkaannya, masih saja ia mengejutkan dirinya.

"Ka ... kamu tinggal kat rumah penjual sate tu? Berdua-duaan kat rumah dia?" Mak Siti sudah fikir bukan-bukan.

"Mana ada, mak. Ada adik dia. Tu yang Angah berani tinggal dengan dia. Lagipun dia baik, dia tak pernah apa-apakan Angah," ujar Damia.

Mak Siti tersengih sinis. "Eleh, baik konon. Sebab ada adik dialah dia tak ambil kesempatan kat kamu. Kalau adik dia tak ada, entah kekal dara ke tidaklah kamu ni."

"Mak! Mak sedar tak apa yang mak cakap ni? Angah ni anak mak tau. Mak sanggup eh cakap benda macam tu?" bentak Damia dengan kerasnya.

"Ala, mak cakap je. Bukannya doa pun." Sengaja Mak Siti tekankan perkataan "doa" itu.

Damia hela dan hembus nafasnya perlahan. Dia cuba bertenang menghadap ibunya.

'Relaks Damia, ni bukan pertama kali kau berperang mulut dengan mak kau,'

"Mak memang tak suka Angah kawan dengan Syafiq tu?" Perlahan sahaja suara Damia bertanya.

Mak Siti memandang sekilas muka Nadia, sebelum dialihkan semula pada Damia.

"Mak tak kata mak tak suka pun. Tapi mak benci! Faham tak? Benci."

"Mak tak serik lagi, kan? Kenapa mak ni suka memilih orang nak berkawan dengan sesiapa? Dari Angah sekolah lagi perangai mak tak pernah berubah." Damia meninggi suara. Dia beranikan jua luahkan rasa yang terbuku di hati selama ini.

"Sebab mak nak yang terbaik untuk kamulah Angah! Sebab tu kamu kena berkawan dengan orang yang berada saja," jawab Mak Siti tak mahu kalah.

Damia picit pelipis kepalanya. Pening mahu melayan ibunya yang satu ini.

"Habis tu? Kita ni kaya sangatlah sampai nak memilih itu ini? Mak sedar tak yang kita ni biasa-biasa je mak. Tanah arwah abah pun mak dah jual. Yang kita ada pun, kedai runcit tu je la," bidas Damia.

"Hoi Angah! Kau tak tahu yang mak..." Nadia cuba menyampuk, tetapi Damia segera potong.

"Kau diam! Aku tak cakap pun dengan kau, Along!" marah Damia.

Nadia terus senyap. Dia menarik mukanya kerana geram. Mahu melawan tapi tak berani. Yang dia tahu, hanya melawan secara senyap-senyap sahaja. Itulah Nadia.

"Ha, tahu kita orang biasa-biasa saja dan sebab tu lah kita kena cari orang kaya untuk kita berkawan. Dan lagi bagus, kahwin terus pun tak apa," jawab Mak Siti lagi.

Damia geleng kepala. Nak berdebat dengan ibunya sampai berbuih mulut pun, tak ada gunanya langsung.

"Angah tak fahamlah dengan mak ni. Syafiq yang baik tu pun mak benci. Kebaikan dia semua terbukti bila Damia duduk kat rumah dia semalam," kata Damia.

KASIH SEMENTARAWhere stories live. Discover now