"Kau dah jumpa ke si pengkhianat tu ?" - Tanya seorang lelaki memandang dingin ke arah seorang lelaki yang elok bersandar di dinding
Lelaki yang elok sahaja bersandar di dinding itu tertawa
Tak lama kemudian dia tersenyum miris. "Ouh ? Pengkhianat tu ? Aku dah lama bunuh. Kau tak payah risau" - kata lelaki itu dingin
"Bagus. Tak payah aku turun padang" - kata dia sambil duduk menyilang di atas kerusi megahnya
Pandangan kedua-dua lelaki itu beralih apabila pintu dibuka
Lelaki yang sedang duduk di kerusinya itu berkerut melihat seorang lelaki masuk ke dalam
Dia tak kisah sebenarnya lelaki itu masuk. Tapi pandangannya tertarik pada 'benda' yang lelaki itu bawa
"Apa ? Ni 'Hadiah' ke ?" - Tanya lelaki yang masih bersandar di dinding itu
Puntung rokok di keluarkan dan dia mula memetik api sebelum menghisap rokok
Lelaki yang baru masuk itu mengerling ke sekeliling bilik dengan pandangan maut
"Kau kenapa masuk marah-marah ? Tak ada otak ke bodoh. Salam mana ? Dah lah bawak sampah dalam pejabat aku" - kata lelaki yang duduk di kerusi itu
"Hah. Tak payah acah baik lah. Korang nampak apa yang aku bawa ni ?"
"Nampak. Kepala kan ? HAHAHHA. Rian, Rian. Aku tahulah kau tak ada otak tapi takkan sampai kepala orang pun kau nak rembat ?" - Tanya lelaki yang sedang bersandar di dinding itu sambil tertawa. Asap rokok memenuhi ruang bilik itu
Adrian Josh Isaac menjeling tajam ke arah Charlie Adam Windsor yang elok mentertawakannya itu. Pandangannya beralih pada ketuanya itu
"Danish. Ni kepala ketua yang kau minta minggu lepas" - kata Adrian Josh Isaac
"Hah. Aku minta minggu lepas kau baru bagi hari ni ? Bodoh." - kata Danish Rizky Julian sinis
"Chill la bro. Biasalah Rian kan. Mestilah lembap macam siput. Dari dulu pun dia paling lembap" - kata Charlie Adam Windsor
Adrian Josh Isaac mengepal tangannya
"Sekurang-kurangnya aku bukan orang 'gila' yang tahu bersenang-lenang macam kau" - kata Adrian Josh Isaac dingin
Charlie Adam Windsor tertawa sebelum menjatuhkan puntung rokoknya
Puntung rokok itu dipijak sebelum dia memandang Adrian Josh Isaac dengan senyuman sinis
Dia berjalan mendekati lelaki itu yang masih berdiri di tempatnya
Setelah berhenti di depan Adrian Josh Isaac , tangan kanannya memegang bahu Rian
Wajahnya di dekatkan dan dia mula berbisik di telinga lelaki itu
"That is not your fcking business. Mind your own business, bastard."
Sesaat dia mula menjauhkan wajahnya dari Adrian Josh Isaac dan senyuman miris terukir di wajah Rian . Charlie Adam Windsor juga masih dengan senyumannya
"Korang kalau nak sesi untuk ucap selamat kembali, bukan sekarang." - kata Danish Rizky Julian menggeleng kepalanya
Walaupun bahasa Charlie Adam Windsor pada Adrian Josh Isaac kasar, tapi itu bukan bermaksud lain. Ia adalah cara mereka bertiga untuk mengungkapkan rasa kasihan, bangga
dan saling menjaga antara satu sama lainTok tok
Pintu pejabat diketuk
Seorang lelaki masuk ke dalam sambil menunduk
"King. Saya dah dapat apa yang tuan minta"
"Ya. Kemarilah" - kata Danish Rizky Julian.
Lelaki itu mengangguk dan mula menghampiri Danish Rizky Julian
Beberapa saat kemudian senyuman terukir di bibir lelaki yang bergelar King membuatkan Charlie Adam Windsor tertanya-tanya
"Kenapa !? Ayah kau bagi holiday ke ?" - Tanya Adrian Josh Isaac
"Bukan bodoh. Kalau holiday, aku pun boleh buat holiday sendiri lah" - kata Danish Rizky Julian menjeling Adrian Josh Isaac
"Kalau bukan, habis tu apa ?" - Tanya Adrian Josh Isaac
"Korang pasti akan suka" - kata Danish Rizky Julian
"Ha?!"
Danish Rizky Julian meletakkan sebuah gambar di depan Charlie Adam Windsor dan Adrian Josh Isaac membuatkan kedua-dua lelaki itu tidak mengalihkan pandangan walau sedikit pun
"Ni"
Adrian Josh Isaac mengalihkan pandangannya pada Danish Rizky Julian yang masih tersenyum
"Babygirl......" -gumam Charlie Adam Windsor
"Ya.... Our baby."
"We finally found them." - katanya sebelum tersenyum penuh makna
YOU ARE READING
Cinta Hati Tuan Danish [Slow Update]
Adventure"Lia Angelica Valencia Binti Muhammad Adam Vasquez , sudikah kau menjadi isteri ku!?"- Danish Rizky Julian Bin Edwin Joshua Tyler