Bab 1

598 15 0
                                    

Not Edited

RADEN Amzar memandang lama gambar arwah isterinya, Murni yang meninggal akibat kemalangan jalan raya. Bukan mudah untuk dia lupakan kejadian itu sehingga sekarang biarpun sudah satu tahun, Raden masih lagi tidak dapat maafkan dirinya yang tegar membiarkan isterinya memandu seorang diri ke hospital. Akhirnya isterinya dan anak dalam kandungannya itu tidak dapat diselamatkan.

Bukan mudah juga untuk dia terima semua itu. Salahnya, memang itu salahnya kerana tidak peka dengan sifat manja Murni yang ketika itu tengah sarat mengandung zuriat mereka.

"Maafkan abang." Tidak puas Raden ucapkan kata itu. Rasa bersalah ini tak pernah hilang dalam diri. Sudah puas dia memujuk diri agar menerima semua ini kerana sudah suratan takdir.

Gambar Murni yang memakai baju mengandung berwarna merah Raden kucup berulang kali. Sakitnya menahan rindu pada insan yang sudah tiada.

"Abang cintakan Murni, hanya Murni yang ada dalam hati abang." Biarpun berjanji pada insan yang sudah tiada, Raden bangun dari katil, langkah kaki terus diatur ke arah wardrobe.

Sejak kematian isterinya, dia sudah berpindah ke penthouse lamanya kerana dia tak sanggup lagi berada dalam rumah itu. Kenangan lama mengusik jiwa lelakinya yang merasa kosong dengan kematian sang isteri yang dicintai.

Kini, dia hanya mahu hidup sendirian bersama kenangan arwah Murni.

ARLUNA masuk ke dalam Starbucks, berjalan sambil membalas mesej Atiya tanpa dia sedar pintu kaca dihadapannya.

Buk!

'Aduh! Benjol jugak kepala aku ni, bodoh punya pintu.'

Gosok dahi yang sakit akibat tempuhan yang tak disangka itu, ini semua salah candy crush. Tak guna!

Dan bila menyedari dia menjadi tumpuan, Arluna tekup sedikit wajah dengan tangan.. Aduh, jatuh saham dia. Berjalan laju ke arah kaunter,minuman kegemaran dipesan, iaitu Chocolate cream chip Frapuccino.

Keluar saja dari kafe, straw disisip pada bibirnya. Terpejam rapat matanya menahan nikmat kelazatan air itu. Tapi sekali lagi Arluna cuai bila

Bum!

Aduh,sekali lagi. Tapi apasal pulak keras semacam ni. Ni tiang apa?

Dongak wajah, mata dan bibir Arluna terbuka luas. Mimpi apa dia malam tadi, sehingga berjumpa seorang lelaki yang tampan. Bibir yang merah, hidung yang mancung, sedikit jambang tumbuh pada tepi pipi lelaki itu.

"Are you done checking me out?" Garau suara itu membuatkan Arluna terundur satu langkah ke belakang.

Gigit bibir bawah,baju kemeja putih lelaki itu sudah bertukar warna.

Oh my gosh!

"So sorry." Selamba je tangan halus Arluna melekap pada dada lelaki yang tegap. Fuhhh, rasa ketulan disitu.

Mantap dan sexy!

Rawrrr!

"Okay, fine. Jangan sentuh aku. Tepi sikit budak kecik!" Jari menunjal dahi gadis yang paras dadanya, sudahlah lama tangan gadis itu melekap disitu.

Seram!

Nak sapu kotoran di baju atau nak mengatal? Esh, budak-budak zaman sekarang.

"Sakitlah, apa ni buat orang macam ni. Nanti dahi orang benjol macam mana?" Arluna cekak pinggang.

Acah garang.

"Setakat aku buat kau macam tu, tak ada benjol dahi kau tu budak kecil!" Sekali lagi Raden menolak tubuh gadis itu menjauh. Seram!

RADEN'S (E-BOOK) Where stories live. Discover now