BAB 3

479 14 0
                                    

Not Edited

PUAN Sri Suraya meletakkan gambar anak gadisnya dibawah bantal bila suaminya Tan Sri Khalid masuk ke dalam bilik.

Biarpun sudah dua tahun berlalu, tapi setiap hari dia tak lupa mendoakan anaknya di mana saja dia berada.

Rasa rindu itu setiap hari semakin sendat dalam dada. Antara anak dan suaminya, dia tersepit di tengah-tengah.

Bukannya dia tak percayakan Arluna tapi dia merasa sangsi kerana tiba-tiba saja Arluna tak mahu menikahi Tengku Reza sedangkan mereka berdua bersahabat baik. Hubungan keluarga juga memang baik.

Sebelum kejadian Arluna dihalau oleh suaminya, satu video dan gambar dihantar di Villa Heaven mereka, kerana itulah mereka memilih tak mempercayai Arluna kerana anaknya itu memang seorang gadis yang tak mendengar kata dan suka buat hal sehingga menyebabkan dia dan suaminya merasa lelah dengan sifat dan tingkah laku anak mereka.

Berkawan pula dengan minah rempit, selalu ponteng kelas. Kerana itulah, mereka bersepakat untuk menyatukan Arluna dan Tengku Reza tapi dibantah sekerasnya oleh gadis itu.

Tan Sri Khalid hela nafas dalam melihat wajah muram isterinya. Begitulah keadaan isterinya setelah dia menghalau Arluna dan memutuskan segala hubungan antara mereka.

Baginya, dia tak mempunyai anak perempuan. Arluna telah memalukannya. Cukuplah dia telah banyak manjakan gadis itu sehingga tegar menfitnah Tengku Reza.

"Jangan sampai saya bakar apa yang ada di bawah bantal awak tadi tu, Suraya." Ujar Tan Sri Mikael sebelum masuk ke dalam bilik air.

Puan Sri Suraya tersentak dan terus bingkas bangun menuju ke wardrobe dan menyembunyikan gambar anak gadisnya. Hanya itu saja yang tinggal setelah semua barangan Arluna dibakar oleh suaminya dua tahun yang lepas.

RADEN hela nafas berat bila melihat Arluna berdiri di depan pintu pejabatnya. Aih, masih tak putus asa minah pendek ni.

Bahasa apa lagi yang perlu Raden cakap pun dia tak tahulah.

"Kau nak apa?" soal Raden sambil buka pintu bilik dan tanpa dia pelawa macam biasa lah gadis itu masuk dengan senyuman yang bergayut di bibir.

"Saya nak awaklah, hihi." Arluna tekup mulut dengan tangan. Kaki mula mendekat dengan Raden tapi dahinya pula ditunjal oleh lelaki itu.

Huh! Nasib baik kacak.

"Jangan dekat dengan akulah, budak!" Sekali lagi Raden menunjal dahi gadis itu dan menolak menjauh. Aih, seram. Dengan pakaian tak cukup kain, nak dekat-dekat dengan dia pulak.

Ingatkan dah jatuh tersungkur haritu,Arluna tak menganggu dia. Tapi sangkaannya salah bila hanya dua hari saja hidup dia tenang sebelum gadis itu kembali menganggunya.

Arluna mendengus kasar, kali ini terasa sakit sikit. Yelah, tangan besar macam The Rock yang dalam WWE tipulah kalau tak sakit kan?

"Sakitlah, Raden!" Arluna muncungkan bibir, tangan silang ke dada sebelum dia menghempas kasar tubuh langsingnya di atas sofa.

Raden mencebik. Drama je lebih si Arluna ni. Dia jentik bukan kuat pun, perlahan je. Raden sangkut pinggul pada hujung meja. Kening dijongket sedikit pada Arluna.

"Arluna, kau nak apa?" Dengan nada lembut, Raden menyoal.

"Tak nak apa-apa dah. Saya nak balik dulu lah." Sebelum bangun, sempat Arluna menjeling ke arah Raden sebelum pintu bilik ditutup.

Sakit hati lah dengan si Raden tu. Bukannya nak layan dia elok-elok. Dia tak makan sarapan lagi tau. Ingatkan nak ajak lelaki tu, tapi bila melihat wajah yang beku tapi tampan itu, Arluna batalkan niatnya.

Dua hadiah jentikan kat dahi dia dapat. Sungguh tak patut.

Raden pula tayang wajah selamba bila gadis itu dah pergi. Mujurlah, tak ada gangguan untuk dia hari ini.

Labuh duduk atas kerusi, fail atas meja disemak sebelum dia memicit puncak hidung.

Rasa kantuk mula terasa. Malam tadi dia menyiapkan lakaran dua projek di pulau pinang sehingga membuat dia berjaga sepanjang malam.

Begitulah keadaaan dia setelah kematian Murni, makan bila perlu sahaja. Memang tak terjaga, tidur juga sama. Sengaja dia berjaga malam, Raden sibukkan diri dengan pekerjaannya.

Bukan tak boleh terima kenyataan yang Murni sudah tiada, cuma rasa bersalah masih menebal dalam diri.

Kalaulah ketika itu dia lebih pentingkan Murni dan bakal anak mereka, tentu saja semua benda ini tak akan terjadi.

Tak lama kemudian, Raden mula istigfar dalam hati. Jauh sangat fikirannya yang seolah mahu melawan kuasa yang Maha Esa.

Bingkai gambar dirinya yang memeluk Murni dia ambil dan pekup pada dadanya. Rasa rindu dan bersalah bersatu dan mencengkam dalam diri.

"Abang rindu isteri abang." Air mata lelaki Raden mula menitis bila dia mengusap wajah isterinya.

ARLUNA masuk kembali ke dalam biik Raden sambil memegang bekas polisterin berwarna putih, ada nasi daging goreng untuk lelaki itu.

"Raden.." Arluna tersenyum tapi senyuman itu hanya bergayut sementara di bibirnya bila melihat keadaan Raden ketika itu.

Kenapa dengan lelaki pujaan dia?

Raden tersentak bila Arluna di depan matanya, bingkai gambar itu diletak kembali atas meja,air mata yang masih tersisa di pipinya diseka kasar.

Malu pun ada bila ditangkap menangis oleh gadis itu sedangkan selama ini dia berlagak kuat di depan semua orang.

"Kau nak apa lagi, Arluna?" Aih, letih rasanya melayan karenah gadis ini.

Arluna diam seketika sebelum kaki mula melangkah mendekati Raden dan dia meletakkan polisterin putih itu atas meja Raden.

"Saya tak nak apa-apa. Saya cuma nak bagi awak ini je. Maaf, kalau saya ganggu awak." Ucap Arluna sebelum dia pusingkan tubuh mahu berlalu, tak mahu menganggu Raden.

Dari hujung mata, sempat lah dia melihat gambar Raden memeluk perempuan lain. Nampak mesra.

Tangan dilekap pada dada. Pedih dan sakitnya terasa didalam hatinya.

Salah jatuh cinta pada orang yang sudah menjadi hak orang lain.

Tak, Arluna bukan gadis yang sanggup merampas kebahagian orang lain. Arluna bukan seperti itu.

Walaupun rasa yang berdetak ini masih ada untuk Raden, biarlah dia menjauhi diri dari lelaki itu sebelum hatinya terluka parah.

Patutlah lelaki itu kasar dengannya sebelum ini, rupanya sudah berpunya. Dia pun salah juga, kenapalah dia bertanya dulu sebelum berani jatuh cinta pada lelaki itu.

"Luna." Belum sempat Arluna mahu menarik daun pintu, namanya diseru oleh Raden. Tolehkan kepala dan cuba mengukir senyuman semanis kurma pada Raden walaupun hatinya semakin pedih bila terpaksa menjauh dari lelaki ini.

"Duduk, teman aku makan." Ucap Raden sambil membuka polisterin putih itu.

Arluna menggeleng, tak mahu lagi mendekat.

"Tak nak. Saya pergi dulu." Dan terus Arluna membuka pintu dan terus berlari keluar sebelum hatinya lembut kembali dan semakin jatuh cinta pada Raden.

Berkerut dahi Raden bila Arluna pergi begitu saja. Tapi itu cuma sementara, bila aroma daging goreng mula menusuk ke hidung.

Raden mula merasa lapar. Terima kasih buat Arluna walaupun layanannya kasar kepada gadis itu, tetapi Arluna tetap melayannya dengan baik.

Tapi bukan salahnya, dah memang dia tak suka gadis itu. Selepas kematian Murni, Raden sengaja menghindar dari rapat dengan mana-mana perempuan.

Hanya Murni dalam hatinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 22, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RADEN'S (E-BOOK) Where stories live. Discover now