BAB 2

281 7 0
                                    

Not Edited

"KAU tinggal dengan siapa dekat sini?" Raden meninjau rumah teres Arluna.

"Kawan. Tapi dia balik kampung." Balas Arluna di sebalik grill besi. Sakit pada kakinya semakin berkurang bila doktor yang bernama Alisa memberikan ubat tahan sakit.

"Aku balik dulu." Tak manis untuk Raden berlama di sini. Takut mengundang fitnah.

"Awak, terima kasih tau. Boleh saya jumpa awak lagi?" Aih, sempat lagi Arluna ni.

Haruslah,perlu ambil kesempatan yang ada.

"Tak boleh, kau rehatlah. Kalau aku jumpa kau lagi, aku tolak kau masuk longkang." Sinis Raden sebelum pergi dari situ.

Tengah sakit pun masih lagi nak menggatal. Maaflah, Raden tiada masa nak melayan.

Arluna mencebik. Takpe, tunggulah nanti dia sihat,akan dia kejar lelaki kacak itu.

Ini Arluna Delisha lah. Arluna tolak rambut ke belakang sebelum melangkah masuk ke dalam rumah dengan perlahan.

RADEN hempas duduk atas sofa. Sengaja dia bertemu dengan Noah sebelum pulang.

"Kenapa pulak kau ni?" soal Noah bila Raden meluru masuk ke dalam pejabatnya.

Sebenarnya Noah tahu, tapi sengaja dia buat tak tahu.

Mesti pasal perempuan tadi lah ni.

"Jangan sampai aku tumbuk muka kau dekat sini, Noah!" Raden menderam marah. Sudah tahu bertanya pula.

Nasib baik suami orang, kalau duda macam dia, dah benjol kepala Noah.

Suka hati dia je nak tinggalkan Raden melayan Arluna tu tadi.

Noah buang sengih. Dia terus menutup fail yang perlu dia semak sekali lagi sebelum diserah kepada Zhafiz.

"Gadis tadi tu cantik lah, sesuai dengan kau hot dan spicy ni." Usik Noah, lagipun sampai bila Raden mahu bersendiri dan hidup dalam kenangan Murni?

Semuanya yang berlaku kerana takdir Tuhan. Macam dia, dulu dia salahkan Inara dan seolah menyalahkan takdir.

"Cantik pun tak ada guna, kalau mengedik macam tu. Aku tak suka lah." Raden buat muka geli.

Geli-geli pun tadi dia juga yang mengangkat tubuh genit itu.

Itu semua sebab terpaksa je. Kalau tak, memang taklah dia bersentuhan dengan gadis itu.

"Aku takut dia jadi isteri kau je nanti." Senyuman sinis dilempar.

Benci-benci nanti jatuh cinta.

Manalah tahu kan? Sebab hati kita Allah yang pegang.

Ewah, kemain Noah Arjuna berbicara sekarang.

"Kau gila! Tak nak aku isteri macam dia. Seram!" Mengecil mata Raden.

Kalau dapat isteri macam Arluna, bukan dia yang menekam, tapi gadis itu yang terkam dia.

Berdekah Noah ketawa. Hiburan petang hari. Isu gadis yang cantik itu tadi.

"Dahlah, cakap dengan kau buat aku sakit hati je." Raden bangun berdiri.

"Habistu, kau nak cakap dengan gadis tadi tu ke?" Bidas Noah lagi, tak puas mengusik Raden.

Bum!

Pintu yang dihempas kuat itu menjadi jawapan untuk soalan Noah. Noah ketawa kecil.

SETELAH berhempas pulas naik ke tingkat atas, akhirnya sampai juga Arluna ke dalam biliknya. Terus dia lempar tubuh ke atas katil secara perlahan.

RADEN'S (E-BOOK) Where stories live. Discover now