☄︎1010

113 31 0
                                    

"Dah lama tak visit collection aku. Mesti dah berhabuk." Katanya seorang diri. Kopi panas disisip perlahan, pagi yang dingin itu membuatkan dia malas untuk bergerak. Terasa mahu berselubung di dalam selimut sahaja.

Setelah dia selesai bersarapan dan pinggan serta cawannya dibasuh, kakinya mengorak langkah ke arah dinding dimana tergantungnya sebuah lukisan lelaki yang tidak ubah seperti Jimin.

Tangannya digenggam sehingga menjadi penumbuk sebelum batu permata pada cincinnya ditemukan dengan lukisan cincin pada tangan lelaki di lukisan tersebut. Melagakan kedua-dua batu cincin mereka berdua.

Dan dengan sekelip mata dindingnya bergerak ke arah kanan, memberinya laluan untuk melalui ruangan sempit di hadapannya itu.

Ibu jarinya ditekan pada skrin akses untuk membuka pintu besi tersebut.

Kakinya melangkah masuk ke dalam, senyuman tersungging di wajah.

"Rindunya dekat korang semua, my favorite collections." Bulu ayam yang tergantung dicapai dan dia mula membuang semua habuk yang menghujani collection miliknya itu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Counting Days | 박지민 ✔Where stories live. Discover now