بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
In the name of God, Most Gracious, Most Merciful🥀✨
Tuan Dayyan Qayyim's wife🥀✨
WATAK UTAMA:
Tuan Dayyan Qayyim bin Tuan Aiman Rahman
Tengku Tiara Hafsah binti Tengku Adnan Danish
🥀✨
"Aku akan cari kau...my first love" - Tuan Dayyan Qayyim.
TUAN DAYYAN QAYYIM, Seorang jejaka yang kaya, muda dan kacak. Namun disebalik kejayaannya, terdapat satu kisah gelap. Akan tetapi hadirnya seorang gadis menjadi cinta pertamanya akan tetapi cinta pertamanya itu sudah hilang sejak 5 tahun yang lepas.
Demi mencari cinta pertamanya, dia sanggup membuat apa sahaja untuk mencarinya. Namun rancangannya gagal apabila dia bertemu dengan seorang gadis yang bertudung cantik.
TENGKU TIARA HAFSAH, Seorang gadis yang bertudung cantik. Keluarganya sangat kaya dan tegas dengan agama. Namun disebalik senyumannya yang manis, Tengku Tiara Hafsah ada kisahnya yang tersendiri.
Setelah difitnah berdua-duaan dengan lelaki pada umur 16 tahun merupakan satu ujian yang sangat besar bagi Tengku Tiara Hafsah.
Dia dikurung di rumah selama 5 tahun oleh ibubapanya. Tiada kawan, tiada telefon pintar, dan tiada orang untuk dia berbual.
"Mama! Papa! Sumpah Hafsah memang tak buat semua benda keji tu!!!" - Tengku Tiara Hafsah.
Apabila dia cuba menafikan fitnah tersebut makin ibubapanya percaya dengan fitnah dan tuduhan tersebut.
"Dahlah tu Hafsah! Mama dan papa sungguh kecewa dengan Hafsah! Sanggup Hafsah buat mama dan papa macam begini?! Mana mama dan papa nak letak muka ni ?! Semua kawan mama dah tahu yang Hafsah buat benda keji tu!! Mak Jah, jangan biarkan si Hafsah tu keluar dari rumah! Kurung dia dekat bilik kalau kami kat rumah!" - Puan Hanim Nabila.
Namun semuanya berubah apabila dia dijemput hadir ke majlis mewah yang diadakan di 'cruise'.
Memang dari awal lagi yang dia dah rancang untuk bunuh diri di majlis mewah itu.
"Buat apa saya nak hidup kalau tiada seorang pun nak percayakan saya?" - Tengku Tiara Hafsah.
Namun dihalang oleh Tuan Dayyan Qayyim, seorang jutawan yang sangat terkenal dalam bidang perniagaan.
"Saya akan tolong Cik yang Cik ni tak buat benda keji tu! Saya percaya yang Cik tak buat benda keji itu. Don't ever give up, untuk tegakkan kebenaran..." - Tuan Dayyan Qayyim.
Cinta mereka mula berputik sejak mereka Kahwin untuk mengelakkan diri daripada fitnah. Demi membersihkan nama baik Tengku Tiara Hafsah, Tuan Dayyan Qayyim sanggup berkorban cinta pertamanya.
Di sebalik dalam hati yang sudah rosak, Tengku Tiara Hafsah masih mempunyai harapan yang sangat kuat.
"Walaupun yang lain dah hancur tapi harapan saya masih ada..." - Tengku Tiara Hafsah.
Di sisi yang lain, Tuan Dayyan Qayyim tengah mencari-cari cinta pertamanya yang sudah hilang sejak 5 tahun yang lepas.
"I want to find my first love..." - Tuan Dayyan Qayyim.
Namun bahagia tidak akan kekal selama-lamanya. Rumah tangga mereka tergugat kerana munculnya orang ketiga.
MIRA SAFIEYA, Seorang gadis kampung namun dia berpindah ke bandar untuk tinggal bersama dengan ayah tirinya. Masuk sahaja dia bersekolah, dia terus jatuh hati dengan Tuan Dayyan Qayyim sampai sanggup buat apa-apa sahaja.
"Aku akan pastikan kau merana Hafsah! Dayyan hanya milik aku seorang sahaja!" - Mira Safieya.
Walaupun dengan situasi itu, Tengku Tiara Hafsah sedar akan munculnya lagi penyebabnya menderita selama ini.
KEVIN LART, Seorang jejaka berkacukan darah cina dan melayu. Dia sangat obses dengan Tengku Tiara Hafsah sejak dari zaman sekolah rendah lagi kerana mereka dulu adalah kawan baik.
"Hafsah, aku takkan lepaskan kau! Kau tahukan yang aku sayangkan kau?! Sampai aku sanggup suruh orang fitnah kita!" - Kevin Lart.
Betapa hancurnya hati Tengku Tiara Hafsah apabila mendengar sendiri apa yang Tuan Dayyan Qayyim katakan kepadanya.
"Aku adalah penyebab kau kena fitnah..." - Tuan Dayyan Qayyim.
Sungguh Tengku Tiara Hafsah itu tidak kuat. Dia hanyalah manusia biasa yang ada hati, harapan dan jiwa namun semuanya sudah hancur.
"Hafsah tak kuat! Cukuplah diorang dah seksa jiwa raga Hafsah...tapi janganlah harapan Hafsah untuk hidup bahagia dengan Dayyan!" - Tengku Tiara Hafsah.
Tengku Tiara Hafsah sungguh terkejut apabila dia mendapati yang ibubapanya itu mempercayai bahawa dia memang tidak melakukan benda keji itu.
"Mama minta maaf, sayang. selama ni mama langsung tak pedulikan Hafsah, mama langsung tak dengar penjelasan Hafsah. Mama betul-betul minta maaf... Hafsah, jadi tolonglah buang pisau tu" - Puan Hanim Nabila.
"Semoga satu hari nanti, abang boleh jumpa dengan cinta pertama abang..." - Tengku Tiara Hafsah.
"But I already founded it...and that is you" - Tuan Dayyan Qayyim.
"Saya sayang abang till Jannah..." - Tengku Tiara Hafsah.
"Me too...my love" - Tuan Dayyan Qayyim.
🥀✨
⚠️berkemungkinan Sad ending
YOU ARE READING
Tuan Dayyan Qayyim's Wife
Romance🥀✨ "Aku akan cari kau...my first love" - Tuan Dayyan Qayyim. TUAN DAYYAN QAYYIM, Seorang jejaka yang kaya, muda dan kacak. Namun disebalik kejayaannya, terdapat satu kisah gelap. Akan tetapi, hadirnya seorang gadis menjadi cinta pertamanya namun na...