بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
In the name of God, Most Gracious, Most Merciful🥀✨
Hi, Aku Tengku Tiara Hafsah. Orang panggil aku Hafsah sebab apa-apa je lah.
Aku sekarang ni tengah berkurung dalam bilik sebab Mama dan Papa aku tak suka tengok muka aku kerana satu kejadian.
Mari aku ceritakan.
Flashback
"Kevin, kita nak pergi mana ni?" Tanya aku dengan bimbang. Jujur aku cakap aku memang aku tak suka berjalan dengan dia.
"Adalah...jom masuk" Ajak Kevin dengan selamba sambil memasuki pintu bilik sains itu.
"Weyy, tak boleh masuk bilik sains tanpa kebenaran cikgulah!" Marah aku sebelum aku beranjak dari sana.
"Tunggu kejap!" Kata Kevin sebelum menarik aku masuk ke bilik sains dan menutup pintu bilik sains itu.
"Apa yang kau buat ni ha?! Nanti kalau ada orang nampak macam mana?! Kau nak orang fitnah kita ke ha?!" Marah aku sebelum menepis tangan Kevin dari memegang aku.
"Hafsah, sebenarnya aku suka kau dari sekolah rendah lagi...jom couple?" Ajak Kevin yang membuatkan aku tergamam kerana aku hanya anggap dia tidak lebih dari kawan.
"Sorry, tapi aku tak nak bercouple!" Kata aku sebelum mahu keluar dari bilik sains itu.
Selepas sahaja aku membuka pintu bilik sains itu alangkah terkejutnya aku apabila nampak budak-budak kaki gosip. Dengan pantas aku keluar dari bilik sains itu.
"Oh my gosh! Kevin! You berdua-duaan dengan Hafsah?! Ini tak boleh jadi I akan sebarkan khabar ini! Cau!" Kata budak-budak kaki gosip itu.
Balik sahaja aku daripada sekolah. Aku terus melihat Mama dan Papa aku di ruang tamu. Aku pun hairan sebab Mama dan Papa aku sepatutnya hari ini outstation.
"Mama, Papa? Buat apa kat sini? Kata outstation?" Tanya aku dengan hairan sambil pergi ke mereka untuk bersalam.
Namun tangan aku ditepis yang membuatkan aku terkejut.
"Apa ni?" Soal Papa dengan serius selepas menunjukkan gambar aku dan Kevin masuk ke dalam bilik sains.
"Ah P-papa, ini b-bukan apa yang Papa fi-fikirkan..." Kata aku dengan gagap. Jujur Papa aku ni selalunya serius tapi bukanlah sampai begini sekali.
"Papa tanya apa ni!!" Jerit Papa dengan kuat yang membuatkan aku tergamam.
"Mama, percayakan Hafsah kan?" Kata aku sambil menitiskan air mata.
Setelah sahaja aku berkata begitu Mama dan Papa aku dengan pantas pergi naik atas namun aku halang dengan mencium kakinya.
"Mama! Papa! Sumpah Hafsah memang tak buat semua benda keji tu!!!" Kata aku selepas sahaja mencium kaki Mama aku.
Dengan pantas Mama aku tendang aku yang membuatkan aku terus terjatuh dari tangga.
"Dahlah tu Hafsah! Mama dan Papa sungguh kecewa dengan Hafsah! Sanggup Hafsah buat Mama dan Papa macam begini?! Mana Mama dan Papa apa nak letak muka ni ?! Semua kawan Mama dah tahu yang Hafsah buat benda keji tu!! Mak Jah, jangan biarkan si Hafsah tu keluar dari rumah! Kurung dia dekat bilik kalau kami kat rumah!" Kata Mama aku dengan tegas sebelum naik ke biliknya.
YOU ARE READING
Tuan Dayyan Qayyim's Wife
Romance🥀✨ "Aku akan cari kau...my first love" - Tuan Dayyan Qayyim. TUAN DAYYAN QAYYIM, Seorang jejaka yang kaya, muda dan kacak. Namun disebalik kejayaannya, terdapat satu kisah gelap. Akan tetapi, hadirnya seorang gadis menjadi cinta pertamanya namun na...