Penat.
Itu sahaja yang aku boleh katakan sekarang. Tak pernah aku sangka belajar boleh memenatkan sebegini.
Hari demi hari, rasa putus asa itu semakin menggunung. Hanya kerana mengingatkan harapan ibu dan ayah sahaja, aku masih teguh disini.
Tapi aku juga manusia. Seperti pokok yang tidak disiram, makin hari makin layu. Cuma mampu berdoa dan berharap aku antara bunga yang teguh berdiri tak tumbang dek kepanasan yang terlampau.
YOU ARE READING
Curhat
RandomIni hanya curahan hati aku, sebagai seorang kawan, seorang anak dan juga seorang pelajar.