Prolog

5.4K 339 7
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





Perkembangan dunia semakin lama semakin maju dan moden,

Kalau dulu jodoh mak ayah di tetapkan oleh datuk nenek punya kenalan,

Sekarang hah, hujung jari je dah dapat jodoh.

Ramai pengaplikasi telah mencipta cabang untuk jodohkan seseorang,

Itu la ini la...

Berlambak-lambak.

Cuma itu la kena pandai pilih.

Jangan ingat profile gempak,. muka handsome dan cantik main tangkap muat je asal sedap di pandang mata.

Tapi untuk situasi dia sekarang, dia bukan la sebahagian dari pengguna mana-mana aplikasi ni. Dia hanya la salah seorang daripada pekerja dari agensi cari jodoh dan date upahan. Asalnya dia cuma di arahkan untuk jadi teman date untuk seorang klien ni, siap profile reading dan meeting lagi tu sebab katanya klien mereka ini adalah high profile.

Selepas briefing, rupanya klien dia itu bercitarasa tinggi, mentah-mentah la dia tolak sebab ada je calon yang lebih cantik dan high maintainence dari dia. Yang sesuai untuk klien dia ni. Tapi bos dia cakap, calon lain pun tak nak sebab dah kenal sangat dengan klien ni. Katanya itu la ini la. Disebabkan klien tu dah berikan harga tinggi nak tak nak dia terpaksa la bersetuju.

Dipendekkan cerita, selepas buat aturan hari, tempat dan persiapan untuk date segala bagai tu, akhirnya dia ditemukan klien yang dikatakan manusia paling cerewet dan perfectionist itu. Semasa tunggu tu dia tak pasang expectation yang tinggi macam suka ke jatuh hati ke apa. Apa dia tahu date mereka ini hanya untuk satu hari ni je. Kalau klien dia tak berkenan ya sudah. Yang penting dia dah buat apa yang patut.

Serius beritahu klien dia memang boleh tahan orangnya!

Segak mengenakan sut Armani biru gelap, bertali leher satin bintik kuning berwarna biru sendondon dengan warna sut tersebut. Rambut hitam berkilat itu di sisir tepi kanan, mempunyai sepasang kening berbulut lebat yang garang, dua pasang mata beranak mata biru sapphire, hidung mancung, wajah bersih tanpa cela. bibir penuh yang kissable.

Kalau boleh terliur, lama dah meleleh keluar macam air paip.

Tapi itu la....

          "Hi nama saya Azareilla Leilani. Panggil Aza. 25 tahun."ajunya kepada klien di hadapannya ketika itu.

           Dengan renungan dingin, lelaki itu mengangkat matanya dari skrin telefon. Sejak tadi dia sibuk dengan telefonnya. "Rasanya awak dah tahu siapa saya?Saya diberitahu agensi dating awak akan briefing penuh mengenai klien yang awak bakal temui."ujar lelaki itu dengan nada dingin tidak peduli.

Hak alah! Berlagak betul!

Ya!Memang ada!Tapi ini kan sudah dinamakan sebagai basic date. Iaitu berkenalan! Macam la mereka berdua ni sudah lama berkenalan!Berkenalan pun tak boleh.

39. He Sweet But PsychoWhere stories live. Discover now