CHAPTER : 1

196 34 2
                                    

Jaket panjang berwarna hitam dibetulkan. Rambut yang menutup wajah diselak ke belakang. Peluru dimasukkan ke tempatnya. Tangan dihulu ke arah satu kepala. Mata sebelah dikelip.

BANG!

TEPAT.

Kepala hancur, dan jatuh, darah mengalir membasahi daratan pasir.

Senyuman sinis si gadis ini terukir di bibir. Peluh-peluh yang menitik dibiarkan. Phone telinga ditekan.

Settle" suara lunak berkata-kata.

"And that is the last one! Misi selesai" dengan lagak si gadis berbicara.

Topeng muka menutup bibir munggil dan hidung mancung si gadis. Topi menutup matanya. Identiti dirahsiakan. Hanya nama yang disebut. Wajah langsung tidak dibongkarkan.
____________________________

Tombol pintu utama dipulas. Mata melilau untuk memastikan semuanya selamat. Dengan perlahan-lahan pintu ditutup semula. Kemudian, berlari menaiki anak tangga. Pintu bilik ditutup. Nafas lega dihembuskan apabila selamat memasuki bilik tanpa bebelan papa nya.
           
         *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Matahari terbit dan cahaya mula terpancar. Oleh kerana langsir, cahaya dihalang memancar ke dalam ruang bilik si gadis. Pintu diketuk bagai mahu roboh.

"Ya, bangun dah!!!!" laung si gadis.

Gadis yang baring di atas katil bersaiz king itu bangun dan bersandar pada katil. Lama itu, kaki mendarat di atas lantai. Selesai menguruskan diri, si gadis menuruni anak tangga. Mati senyuman apabila melihat semua sudah berkumpul seolah-olah ada perkara serius yang mahu dibincangkan.

"Kayla duduk. Ayah dan momma ada benda nak cakap"

"Dah kenapa berkumpul ni? Ada perkebumian ke?"

Sebelum sempat berkata-kata lagi bantal yang berada di sebelah Luca mendarat di muka Kayla.

"Aduh, sakitlah bangang!" marah Kayla kepada abangnya.

"Kayla, ini benda serius. Soal masa hadapan kamu, jadi behave!" tegas Alexander merangkap ayah kepada Luca Alaxender dan Daisy Mikayla

"Bincang apa tu? Masa hadapan Kayla cerah je belum gelap lagi lah buat masa ni" selamba Kayla.

"Kayla!" tegas Daisy Alaya. Momma kepada Luca dan Kayla.

"Hah, apa yang penting sangat sampai masa depan kita pun diancam?" soal Kayla.

Alex menggeleng melihat telatah anaknya.

"Kamu akan berkahwin seminggu lagi" ujar Alex.

Dengan itu, Kayla terlopong. Pandangan tidak percaya itu memandang Luca. Luca mengangguk. Pandang momma nya pula, momma nya juga senyum.

"Kok begitu sih? Enggak mau!"

"Tak perlu bergurau. Lagi pun papa rasa dia sesuai dengan Kayla"

Kayla menggeleng.

"No! Kaylah tak setuju!" bentak Kayla.

Luca menampar bahu Kayla. Kayla menjeling tajam.

"Kayla tetap tak setuju! Entah mamat mana nanti jadi suami Kayla. Ayah, momma look at me. Your daughter such a beautiful girl! How can both of you do like this to your own daughter? And you, Luca! You have to protect me!" bentak Kayla lagi.

"Setuju atau tak, kau kena kahwin juga. Jangan berkeras, Kayla! Aku kenal calon suami kau tu. Kau setuju jelah" ujar Luca.

Kayla mendengus lalu berdiri tegak dan beredar. Muka Alaya berubah kecewa. Alex pula mengeluh berat.

DARK WAR ROMANCE Where stories live. Discover now