08

1.8K 315 66
                                    

08 : I Kill Them

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

08 : I Kill Them

"Kim Doyoung!" Junkyu berlari menaiki tangga namun dihalang oleh Mashiho.

"Tepi, adik aku dalam bahaya!" Tempik Junkyu.

"Kalau kau cuba selamatkan dia, silap hari bulan kau dan kita semua dalam bahaya!" Marah Mashiho.

Junkyu menolak Mashiho dengan kasar menyebabkan Mashiho jatuh.

"Ergh!" Suara erangan Doyoung lagi sekali membuatkan Junkyu cuak.

"Mari selamatkan Doyoung." Kata Jihoon. Maka mereka semua naik ke atas bersama dengan berhati-hati. Suara teriakan Doyoung sudah tak kedengaran. Mereka resah. Apa Doyoung selamat atau sebaliknya?

"Doyoung!" Junkyu terkejut melihat Doyoung yang sedang terbaring di atas lantai. Ditangannya berlumuran darah. Bercahayakan cahaya bulan, mereka melihat Doyoung yang menekup wajahnya dengan tangannya. Tangan Doyoung terketar-ketar. Dihadapan Doyoung, ada dua zombie yang sedang terbaring kaku. Sudah matikah zombie tu?

"D-Doyoung?" Jihoon memanggil nama Doyoung dengan teragak-agak.

"Hyung..." Suara Doyoung yang sayu itu membuatkan mereka terkejut. Doyoung masih hidup! Mereka bersebelas menuju ke arah Doyoung. Junkyu dan Asahi membantu Doyoung duduk.

"Doyoung, semua benda dah selamat. Kau tak apa-apa." Kata Yoshi dengan perlahan.

Mata Doyoung merah kerana menangis. Air matanya tidak henti-henti mengalir menuruni pipi. Dia menangis tersedu-sedan.

"Doyoung, kau dah buat benda betul." Hyunsuk menggosok belakang Doyoung.

"Hyung..." Doyoung memandang Junkyu. Junkyu memegang tangan Doyoung dengan erat. Dia rasa ada cecair pada tangan Doyoung. Darah. Ada darah.

"Hyung ada kat sini. Jangan takut." Ujar Junkyu.

Yedam mengangkat sebatang kayu yang tak jauh daripada zombie tu berada. Kayu itu berlumuran darah. Pasti Doyoung memukul zombie itu dengan kayu ni. Yedam perlahan-lahan menjenguk ke arah zombie itu. Dia menatap wajah zombie itu lama.

"Macam kenal... Tapi siapa?" Monolog Yedam.

"A-Aku... Aku bunuh..."

"Tak! Kau tak bunuh. Kau selamatkan diri kau." Ujar Junkyu lagi.

"E-Eomma... A-Appa..." Doyoung tersedu-sedan dengan tangisannya. Junkyu menarik Doyoung ke dalam dakapannya. Dia mengusap kepala Doyoung.

"Nanti kita jumpa eomma dengan appa. Jangan risau. Eomma dengan appa-"

"-dah mati." Junkyu terdiam.

"Apa maksud kau, Doyoung? Kita tak jumpa mereka lagi jadi-"

"Z-Zombie ni..." Jeongwoo mengetap bibirnya.

𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝐈 : 𝐙𝐨𝐦𝐛𝐢𝐞 𝐀𝐩𝐨𝐜𝐚𝐥𝐲𝐩𝐬𝐞Where stories live. Discover now