Dewan

5 0 0
                                    

Damia merenung segenap ruangan di dalam dewan itu, mencari kelibat tubuh seseorang yang ingin dicarinya sejak awal lagi. Dewan itu tidaklah sebesar mana, dan tidaklah padat dengan manusia. Namun wajah yang dicari masih belum ditemuinya.

Saat matanya khusyuk melilau sekeliling, tiba-tiba ada sentuhan lembut menyapa bahunya. Alangkah terkejutnya Damia seperti mahu gugur jantungnya.

"Abg Pa'an terkejut-lah Mia, abg dari mana, dah derma ke?" Kelihatan Damia tercungap sambil mengurut dadanya tetapi bibirnya sempat memberikan senyuman.

"Kenapa Mia terkejut sangat ni, chill okay. Mia cari siapa? Tengah tunggu turn ni" Balas Farhan sambil tergelak melihat gelagat Damia yang seperti melihat hantu.

"Tunggu si Ila lah, mana tah sisiput ni." Kata Dalila sambil menarik kerusi dihadapannya.

"Ooiii, suka hati kau je panggil aku siput ye. Aku ada class lah tadi. Lambat sikit keluar ada last minute quiz. Kan nak dekat exam ni." Kelihatan kelibat Dalila menghampiri mereka berdua.

"Hai Dalila, sibuk ye sekarang. Korang berborak lah dulu, abg nak gerak dah ni." Sapa Farhan kepada Dalila.

Tanpa menunggu balasan dari Dalila kakinya perlahan-lahan mengorak langkah ke ruangan menderma darah.

"Korang borak apa? Asal aku datang cepat je dia bla." Ngomel Dalila kepada Damia.

Perbualan mereka yang rancak telah menarik sepasang mata ke arah mereka.

Damia dan Dalila menghadiri program derma darah anjuran dari hospital berdekatan tempat mereka belajar. Tidak begitu ramai orang yang hadir ke program itu. Yang lain pastinya bertungkus lumus menyiapkan assignment dan quiz mereka. Tidak lama lagi exam bakal bermula.

****
2 hari sebelum...

*Tutt tuttt*

Crush
10.00pm
Hi awak, dah tido ke? Esok jom kita derma darah nak? Kita punya darah terlebih-lebih lak. 😅

Mia
10.02pm
Hiiii🌸belum tidur lg. Amboii tak takut jarum ke? Program habis pukul bape sampai bila? Esok mcm full je class. Kalau sempat onzz je.

Crush
10.06pm
Haha. Jarum takut saya la. Ohh takyah rushing, kalau x sempat esok kita g nextday. Dia 5hari dekat sini. Last 4pm. Nanti free gtau k. Class saya ptg free je.

Mia
10.07pm
Onzz je💃. Pape nnti i roger.

Crush
10.09pm
Roger n out. Bye ☺️

Mia
10.09pm
Byeeee🌸

*****

"Siapa yang belum daftar sila ke kaunter 1, dan siapa yang sudah selesai jangan lupa ambil snack yang disediakan sebelum keluar meninggalkan dewan."

Kedengaran suara fasilitator memberi pengumuman melalui corong pembesar suara di hadapan bahagian pentas dewan.

Tiba-tiba ruangan dewan dipenuhi para pelajar untuk menderma di saat-saat akhir.

Damia dan Dalila melangkah keluar dewan dan terus menuju ke asrama mereka sambil diikuti Farhan dan bersama dua orang sahabatnya.

Damia perasan ada orang dibelakang mereka dan dia memalingkan muka kebelakang untuk melihat siapa gerangan mereka.

Damia hanya tersenyum melihat gelagat Farhan yang meletakkan tangan dibibir tanda diam.

Dalila hanya bercerita tanpa mempedulikan orang yang lalu lalang disitu.



Okayy gais macam mana ok tak? Agak2 sapa eyh crush si Damia tu. Hmmm. Hehehe

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 24, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dhia DamiaWhere stories live. Discover now