*****
Akhir 2011"Weyh, lepas habis exam ni kau nak balik terus ke camne?" Tegur Dalila sambil mengeringkan rambutnya yang basah.
"Aku balik terus lah, rindu sangat dekat family aku, rasa lama tak jumpa". Keluh Damia.
Hari ni, hari terakhir aku dan rakan2 yg lain menduduki SPM. Separuh dari pelajar SPM yang lain telah pulang ke rumah masing2, pada seminggu yg lalu. Hanya tinggal paper kursus perniagaan bagi menutupi tiara SPM tahun ini.
"Eleh kau, macam lah tak balik langsung, rasanya bulan lepas, aku ikut kau balik, gedik lah."Dalila mencebik kepada sahabatnya itu.
"Nanti balik KL, tolong sampai salam rindu pada abg encem sebelah rumah ye, hehehe.."
Aku hanya menggeleng kepala mendengar permintaan Dalila. Siapa lagi yang dimaksudkan Dalila, kalau bukan abg Pa'an.
Dalila sering mengikuti aku pulang kerumah, begitu jugak dgn aku, pulang kerumahnya atau keluar bersama keluarganya ketika outing. Rumah Dalila tak begitu jauh, tetapi dia lebih gemar duduk di asrama, katanya asrama tempat yang menyeronokkan.
*****
"Mia, ibu dan ayah nak balik dah ni, jaga diri, kalau ada pape, telefon ibu, tak pun bagitahu dekat abg Pa'an ye."Pesan Puan Aisyah kepada Damia. Sekali lagi dia terpaksa berjauhan dengan anak perempuannya itu, cuma kali ini tidak lah terlalu berat untuk melepaskan anaknya.
Danish yang sibuk bermain dengan Dalila merengek tak nak balik. Si Dalila memang rajin melayan perangai adiknya, si Danish.
"Dah Danish , jom kita balik, pergi salam Kakak Mia dengan Kak Ila, ayah dah tunggu dekat bawah tu." Arah ibu kepada Danish.
"Dah lah tu dik , jangan buat drama dekat sini, baik kau balik cepat."Damia hanya ketawa melihat lagat adiknya itu sambil menutup rasa sebak didalam dadanya.
Mereke berpelukkan sebelum meninggalkan kolej kediaman Damia. Damia menghantar ibu dan adiknya dengan pandangan yang sayu.
*****
Seminggu Kemudian...
"Mia, esok aku teman kau sampai blok depan kolej lelaki tu je ye, sebab aku dah janji dengan Aina bilik sebelah, nak pergi kelas sama."ujar Dalila sambil mengemas katilnya itu.
Aku hanya mengganguk kecil sambil menatap skrin telefon.
Walaupun, dulu Dalila dan Damia mengambil kos yang sama, kini hanya Dalila yang meneruskan minatnya itu sampai ke tahap Degree. Dalila tetap mengambil Degree in Business Studies. Manakala Damia memilih untuk menukar kos kepada Degree in Human Resource Management.
*Tutt tuttt*
Ibu
9.30pm
Salam ank ibu,esok dah start kuliah kan? Brg² dah siapkan ke belum? Tido awal taw mlm ni. Selamat mlm..Mia
9.33pm
Wasalam ibu, aah esok dah start, berdebar lak rasa, hehe. Semua dah ready. Ok ibu, kjp lg Mia tdo. Kirim salam semua. Nite bu..*Tutt tuttt*
Abg Pa'an
9.45pm
Hi adik abg, dah tdo ke? Esok tghri kita lunch sama nak?Mia
9.46pm
Hi, abg Pa'an. Sorry esok dah janji dgn Ila nak mkn sama.Abg Pa'an
9.48pm
Ouhh really, cun lah mcm tu, kita jumpa sekali.Mia
9.50pm
Tak janji. Ok bye nk tdo.Abg Pa'an
9.51pm
Good night syg.. sweet dream.Damia mengeluh memandang skrin telefon, lalu matanya ditutup rapat.
*****
"Good morning all. Macam mana orientation last week?" Suara ceria Sir Aidil menggamit suasana dalam kelas.
"Best sir, dapat jumpa senpai, hahaha. Tapi boring lah lama sangat orientasi tu. Kena buat itu buat ini, kena kejar masa." Kedengaran suara Shasha dari jauh menjawab dan disokong rakan yang lain.
Sir Aidil tergelak mendengar jawapan Shasha serta pelajar lain. Terserlah lesung pipit di pipinya membuatkan yang lain terjerit melihatnya. Begitu riuh sekali.
Pagi ni, hanya tertumpu kepada pengenalan course dan sesi ramah mesra antara pelajar lain.
Kebanyakan pelajar perempuan, rata-ratanya aku dah kenal sewaktu orientasi. Hanya beberapa dari mereka dan pelajar lelaki je belum kenal.
Course aku ni baru je lagi dekat uni ni, so tidaklah begitu ramai pelajar yang ambil course ini . Lelaki pun hanya ada 8 orang, yang lain perempuan 15 orang je. So hanya satu kelas sahaja. Coure Dalila ada 3 kelas, kemain banyak.
Sedar tak sedar, hampir 3 masa dah habis, time to rehat 🤩, yeahhh! Kelas petang cancel. Kemain gembira rasa. Ouhh, lupa lak abg Pa'an n Ila.
Tanpa Dalila sedari, ada sepasang mata memerhatikannya dari jauh.
Senpai=abang/senior lelaki
Weyh lama giler aku nak updated cite ni. Hahahahaha. Sorry. Enjoyyy