chapter 2 ; ♡

13 2 103
                                    

" aku tak yakin yang jihye akan tolong kita "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" aku tak yakin yang jihye akan tolong kita " .

giselle menahan air matanya daripada jatuh . tiga jejaka itu hanya terdiam selepas mendengar ayat giselle .

" aku ingat wajah jihye saat dia dapat tahu tentang kematian mingyu begitu jugak dengan ayat terakhir jihye sebelum dia tinggalkan dunia kita semua .. "

( 𖥻 flashback : tiga bulan lepas . )

— giselle pov ♡

aku dan jimin cuba untuk membantu ahli yang lain sebelum suara jeritan jihye menarik perhatian kami berdua . dengan pantas , aku berlari ke arah jihye sementara jimin cuba untuk menge-cover aku daripada belakang .

tapi situasi yang berlaku depan mata aku sekarang membuatkan aku jatuh melutut . jihye memeluk badan mingyu yang berlumuran darah sambil menjerit pertolongan .

daniel yang cuba menghampiri jihye lantas ditolak kasar oleh jihye sehingga daniel terdorong ke belakang sedikit . seungkwan masih cuba untuk menumpaskan serangan .

" t-tolong buka mata awak , gyu . jangan tinggalkan saya , tolong gyu " .

mendengar raungan jihye sudah cukup membuat hati aku jatuh . tanpa aku sedar , air mata aku turut jatuh melihat kejadian yang kami semua tak sangka akan terjadi pada hari nie .

" kenapa kau tak tolong dia , daniel ! kenapa korang semua tak tolong dia ! ke-kenapa ?! " jihye menangis teresak-esak melepaskan semua perasaan dia manakala tubuh kaku mingyu masih erat dalam dakapannya .

seungkwan akhirnya berjaya menumpaskan serangan . aku bangun dan cuba menghampiri jihye sebelum jihye mengatakan sesuatu yang berjaya buatkan kami hidup dalam rasa bersalah sepanjang hidup .

" aku tak akan maafkan korang semua , jangan harap aku akan tolong dunia ini lagi . disebabkan korang , mingyu mati "  .

( 𖥻 present : end flashback . )

" kau fikir jihye akan terima kita ? dia tinggalkan dunia kita tanpa sebarang pesanan . mingyu mati depan mata dia dan kau masih harap jihye akan tolong kita ke , daniel ?! " giselle mula melarikan diri daripada tempat itu .

jujur dia tak dapat lupakan semua kesakitan jihye , wajah gadis yang pernah membawa seribu makna dalam hidup giselle kini hanya terpapar wajah yang kosong .

jimin menjerit memanggil nama giselle sebelum .

" akhirnya jumpa pun kau semua " .

𝗦𝗘𝗖𝗥𝗘𝗧 𝗗𝗢𝗢𝗥 . 𝗥𝗘𝗠𝗔𝗞𝗘Where stories live. Discover now