" dino ? kau ke itu ? " giselle menekup mulutnya menahan perasaan gembira dia selepas dapat bertemu dengan rakan sekampung dia semula .
tanpa melengahkan masa , pantas giselle berlari ke arah dino dan badan lelaki itu dipeluk erat bagi melepaskan rindu .
" tak sangka kau selamat , baguslah " kata giselle sebelum dino membalas pelukan gadis itu kembali .
daniel , seungkwan dan jimin tersenyum sahaja melihat mereka berdua manakala jungkook sedang meneliti keadaan pokok tersebut .
iya ah , orang tengah seronok reunion . jungkook pun tidak mahu mencelah dalam kebahagiaan mereka berlima .
" kau dapat kejar jihye tak masatu ? " teruja giselle menyoal . sepertinya dia masih mengharapkan berita yang baik tentang jihye .
dino tersenyum nipis sebelum dia menggelengkan kepalanya perlahan tanda tidak . senyuman giselle mati , terasa seperti harapan gadis itu makin tenggelam .
" maafkan aku giselle tapi aku tak dapat tahan jihye daripada pergi . cuma dia ada katakan sesuatu kepada aku untuk korang semua " perlahan dino berkata sambil cuba menahan sebaknya sendiri .
mana kan tidak , apabila jihye sudah dianggap sebagai kakak dia sendiri dan gadis itu jugak telah berjaya menyelamatkan dia dulu . tapi dino cuba sedaya upaya untuk kekal tersenyum .
" maksud kau ? " dengan pantas jimin membuka suara . seungkwan dan daniel pun tidak sabar menantikan perkara yang dino akan sampaikan , mungkin jugak jihye sudah maafkan mereka semua ?
" jihye kata , tolong jaga diri korang semua dan maafkan dia " akhirnya dino melepaskan semua beban yang dia simpan selama nie . giselle pun tanpa menunggu lagi terus memeluk dino dan belakang lelaki itu ditepuk perlahan .
" gwaechana , aku yakin jihye masih risaukan kita semua dan dia cuba bagi jawapan supaya kekal untuk mencari dia " giselle cuba memujuk walaupun dia tahu semua itu mustahil .
tak lama lepastu , bunyi pokok pokok tumbang dan angin kencang mula menarik perhatian mereka berenam .
" witch dengan werewolf tengah datang ke arah sini , cepat siap sediakan diri korang " jerit jungkook dan memasing mula berdiri dalam posisi yang sepatutnya .
" kita kena fikirkan sesuatu untuk bukak pintu ke dunia sana " ujar daniel kepada yang lain .
tapi dalam keadaan sebegitu , apa sahaja yang mampu mereka fikirkan ? secara tiba-tiba langit mula bertukar gelap tanpa sebarang petanda dan seungkwan memandang ke atas langit .
" red moon ? "
YOU ARE READING
𝗦𝗘𝗖𝗥𝗘𝗧 𝗗𝗢𝗢𝗥 . 𝗥𝗘𝗠𝗔𝗞𝗘
Fantasy⌗ 𝗦𝗘𝗖𝗥𝗘𝗧 𝗗𝗢𝗢𝗥 . kau pasti yang dunia kita akan selamat ? kalau kita tak dapat hidup macam mana ?