aku hadir ke sekolah seperti biasa , tetapi lebih gembira berbanding selalu nya . baru baru ini aku kerap meluangkan masa bersama Renjun , dan tiba masa nya melupakan Junkyu
satu hari nanti pasti aku meluahkan perasaan kepada nya
di tempat duduk aku , aku menghisap lolipop yang aku beli di kedai . aku memakai earphone di kepala dan memasang beberapa buah lagu . orang orang disekeliking aku hiraukan
seseorang menarik earphone aku menyebabkan aku menoleh ketepi
" kau tak perasan ke ? Junkyu pandang kau semacam " Bae Rona menegur aku dengan mata nya kekal memandang kearah Junkyu
aku menoleh kearah nya , dan terlihat Junkyu tersenyum sinis dan kemudian menjeling aku
eh dia ni nak kena jolok mata ke apa , sedap sedap jeling orang . dah salah tak nak mengaku pula cis
" biarkan " aku memakai earphone semula dan mengendahkan gangguan lain
" bodoh juga rupa nya kau ni " ucap Bae Rona dan muka meninggalkan kelas
aku masih boleh mendengar nya walaupun hanya samar samar . ayat itu betul betul buat aku tersentak . apa dia kata tadi , dia kata aku bodoh ? kenapa ?
aku sekadar diam dan malas mahu bergaduh
di pintu belakang , Renjun berdiri disana menunggu aku . oh dah balik rupanya , kejap betul masa berlalu . aku terus menyandang beg dan bergerak ke pintu belakang
" nak keluar hari ni ? " soal Renjun tersenyum
" boleh je , awak nak pergi mana ? "
" sungai Han ? tempat tu macam menarik sebab aku tak pernah kesana " ujar nya
aku menangguk pantas . dia menepuk puncak kepala aku . sungguh , jantung aku berdebar sekarang ni . aku cuba menahan malu dan menahan blushing
tanpa angin dan ribut , seseorang cuba melanggar kami berdua . hampir hampir saja aku terjatuh , nasib baiklah masih stabil . makhluk Tuhan mana cuba cari masalah ni
" kau cari nahas ke ? " tegur Renjun tenang
" takde lah , buat apa aku nak kacau pasangan bahagia macam korang ni "
Junkyu menoleh , dia tertawa sinis . dia menjeling dan kemudian menghilang dari pandangan
YOU ARE READING
bestie ➳ junkyu
Fanfictionapa nasib kau bila kena friendzone dengan kawan sendiri kerana tak memahami nya. 「 complete ! 」 © heewonsimp 2021