MEREKA semua berada di ruang tamu. Beberapa dulang kuih-muih dan jus oren yang disusun cantik diletakan di atas meja kecil di depan mereka oleh pembantu rumah.
"Uncle boleh ceritakan lebih lanjut lagi?" Ariyan memecahkan kesunyian. Dia melihat Tan Sri Dr. Anajib dan isterinya di depan.
"Baiklah seperti yang kamu semua tahu. Banglo ini telah berusia hampir 96 tahun dan dibina pada tahun 1925 oleh sebuah keluarga bangsawan British, William Andrew Richard. Pada tahun 1931, banglo ini telah diwariskan kepada anak lelakinya. Tidak sampai setahun beliau sekeluarga tinggal di banglo ini mereka telah dijumpai mati. Khabar-khabar harian dan sumber goggle mengatakan mereka sekeluarga telah dibunuh oleh pembunuh bersiri atas sebab dendam sebenarnya palsu" Tan Sri menerangkan.
Mulut Ariyan, Nik dan Yuichiro ternganga. Mereka terkejut. Selama ini semua rakyat telah ditipu! Sejarah lama telah diolah menjadi palsu. Mesti ada dalang sebenar di sebalik pembunuhan bangsawan itu.
"Jadi apa sebab sebenarnya pembunuhan itu?" Zayden bertanya. Dahi berkerut-kerut memikirkannya.
"Salah satu saksi yang merupakan pembantu rumah keluarga itu telah ternampak terjadinya pembunuhan itu. Ini dia, gambar yang telah dilukis berdasarkan gambaran yang telah dilihatnya" Tan Sri Dr. Anajib memberikan sehelai kertas yang berada di atas meja ditepinya.
Raizel mengambil kertas itu. Matanya terbeliak melihat gambaran di kertas itu. Benda atau makhluk adalah perkataan yang sesuai untuk dibahasakan gambaran itu. Makhluk itu mempunyai enam kaki yang panjang dalam kedudukan merangkak. Kepalanya pula seperti kepala manusia tetapi lebih panjang sedikit dan tidak berambut. Ketinggiannya mungkin 198 cm.
Kertas itu kemudiannya diberikan kepada Reese dan seterusnya ahli-ahli The Arrynz yang lain.
"Apakah..." Nik terkaku. Tidak pernah dalam hidupnya melihat makhluk sebegitu. Walhal dengan kebolehan sixth senses yang dianugerahkan kepadanya.
"Reaksi kami macam itu juga" Kata Puan Sri Aisyah Zahra.
"Wow. Hahahaha, menarik. Kami janji akan menyelesaikan kes ini secepat yang mungkin. Tan Sri, kami terima kes ini" Ariyan ketawa dan tersenyum. Dia berdiri dan menghulurkan tangannya kepada Tan Sri Dr. Anajib. Akhirnya jumpa juga kes yang sangat menarik dan menyeronokkan untuk mereka.
"Baiklah. Terima kasih sekali lagi The Arrynz. Negara kita bertuah mempunyai remaja-remaja yang berbakat seperti kamu semua" Mereka berdua berjabat tangan tanda persetujuan. Kata sepakat telah dibuat. Tunggulah dan lihat kepakaran The Arrynz untuk menyiasat kes ini. Rahsia lama akan terbongkar. Sejarah sebenar akan diketahui.
***
Mereka semua berkumpul di dalam bilik yang dikongsi oleh Ariyan dan Zayden. Tan Sri Dr. Anajib telah memberikan mereka tinggal di bilik tetamu. Mereka saling berkongsi.
"Jadi... Apa plan kita?" Reese bertanya. Dia duduk di atas lantai dan menyandar badannya di dinding. Di ribanya pula terletak sebuah laptop. Dalam fikiran Reese, semuanya kusut. Wajah arwah Hannan terlintas di fikirannya. Dia hampir terlupa bahawa lusa adalah genap dua tahun si pencuri hatinya meninggalkan dunia ini untuk selama-lamanya. Kematian Hannan telah meninggalkan impak yang besar dalam hidupnya.
"Mereka tidak berikan penjelasan yang sebenar. Tetapi kenapa?" Ariyan bersuara. Riak wajahnya serius. Kenapa mereka tidak memberitahu semua details? Kenapa dirahsiakan. Mereka datang untuk menolong selesaikan kes ini, sepatutnya semua maklumat mesti diberitahu.
"Aku rasa aku pernah nampak benda tu. Tapi di mana" Zayden membisikan kepada dirinya. Dia cuba mengingatkan sesautu. Dalam hatinya, dia ketawa kecil. Banglo ini lebih tua daripada dirinya yang berumur 72 tahun tetapi dia banyak pengalaman dalam kehidupan.
YOU ARE READING
The Arrynz [ OG ]
Mystery / ThrillerThe Arrynz. Sekumpulan pelajar lelaki di Alice Highschool yang menjadi pujaan ramai. Mereka bukan kumpulan pelajar lelaki yang biasa-biasa tetapi luar biasa. The Arrynz terdiri daripada... Ariyan, Raizel, Reese, Yuichiro, Nik dan Zayden. Dengan meng...