ORANG ramai berkumpul di depan banglo milik Dato' Rick. Bunyi-bunyi siren kereta polis jelas terdengar kuat di kawasan itu. Beberapa wartawan dan jurukamera berkumpul setempat, menunggu untuk menemu bual detektif dan polis yang terlibat dalam penyiasatan itu.
Pintu rumah banglo tiga tingkat milik Dato' Rick itu akhirnya terbuka, menampakkan beberapa polis yang sedang mengari Dato' Rick. Mereka berjalan keluar dan dikerumuni oleh wartawan yang betugas untuk menemu bual mereka.
"Tuan. Adakah benar Dato' Rick adalah dalang sebenar kes pembunuhan Dato' Othman tiga hari yang lepas?" Soal seorang wartawan wanita dari syarikat penyiaran TV3.
"Apakah sebab Dato untuk merancang pembunuhan Dato' Othman ini? Adakah Dato' Othman telah membuat kesalahan sehingga Dato ingin menghapuskan Dato' Othman. Apakah motif sebenar Dato?" Bertalu-talu wartawan lelaki dari syarikat penyiaran TV9. Cahaya-cahaya flash kamera mengaburkan pandangan mereka.
"Maaf. Sila berikan laluan untuk kami lalu. Proses temu bual akan dijalankan nanti atau semua boleh pergi ke Detektif Ariyan untuk mengetahui siasatan penangkapan Dato' Rick. Beliau lah yang berjaya menyelesaikan kes ini dibantu dengan beberapa rakannya" Jujur salah satu polis yang bertugas untuk menangkap penjenayah yang bernama Dato' Rick itu menjawab. Kemudiannya, mereka mengiringi Dato' Rick untuk dibawa ke balai polis untuk siasatan yang selanjutnya.
Dato' Rick hanya mendiamkan diri sahaja dan membiarkan dirinya dibawa masuk ke dalam kereta polis. Television yang menyiarkan berita penangkapan Dato' Rick itu ditutup.
"Wei, asal kau tutup?" Soal remaja lelaki yang beririskan biru laut itu. Dia mencapai bantal kecil ditepinya dan dibaling ke arah Nik.
"Malas aku. Aku kan yang menyiasat kes itu dengan Ariyan dan Reese. Asyik melihat muka dia sahaja. Muak aku dengan muka palsu Rick The Prick itu" Jawab Nik.
"Kau tahu tak maksud prick tu apa?" Air minuman yang sedang diminum olehnya hampir disembur. Yuchiro menekan perutnya untuk menahan tawa.
"Er... Tak?" Nik menunjukkan wajahnya yang polos.
"Ptfff- Hahahahhahahaha. Haih, satu saja aku nak nasihatkan kau. Nanti kau pergi kedai buku, pergi beli kamus Malay-English, English-Malay. Lepas kau beli tu, balik. Kau pergi dapur, pergi blender kamus dewan sampai lumat and done! Sila minum. Selepas beberapa jam, nanti bijak lah kau. Tapi tak genius macam Ariyan dan Italian twin tu lah. Hahahahhahaha" Yuichiro mengenakan Nik. Ada ke patut suruh pergi blender kamus. Budak-budak tak matang sahaja beri nasihat macam tu.
"Hish. Nak merajuk lah" Ya lah, bukan salah dia sebab English tu susah sangat. Dia dibesarkan di Còrdoba, Sepanyol. Ayahnya pula warganegara Malaysia dan berkahwin dengan ibunya yang mualaf dan lahirlah dia. Disebabkan dia satu-satunya pewaris Arfeila Famiglia yang asalnya di Italy. Memang tidak hairanlah di Italy. Italy memang terkenal dengan asal usul mafia. Disebabkan itulah dia fasih berbahasa Melayu, Spanish dan Italian sahaja.
Television yang ditutup oleh Nik tadi dibuka semula. Dia menekan beberapa butang di remote controller, mencari siaran yang menarik untuk ditonton. Akhirnya tiada juga siaran menarik, dia pasrah. Siaran TV9 yang sedang memaparkan cerita teladan kanak-kanak, Pada Zaman Dahulu ditonton olehnya. Macam budak-budak betul lah perangai si Nik Fiaz Qayyum bin Nik Amir ni.
Bunyi tapak kaki di atas lantai mozek bercorakkan geometri terdengar. Lantas mereka berdua, Yuichiro dan Nik menoleh kepala mereka untuk melihat empunya tapak kaki yang berjalan kuat itu.

YOU ARE READING
The Arrynz [ OG ]
Mystère / ThrillerThe Arrynz. Sekumpulan pelajar lelaki di Alice Highschool yang menjadi pujaan ramai. Mereka bukan kumpulan pelajar lelaki yang biasa-biasa tetapi luar biasa. The Arrynz terdiri daripada... Ariyan, Raizel, Reese, Yuichiro, Nik dan Zayden. Dengan meng...