04

41 14 3
                                    


Malam itu, mata aku tidak mahu lelap. Sekejap aku mengiring ke kiri, sekejap lagi tubuhku menghadap kanan.

Semakin dipaksa, semakin kelopak mata aku kembali tercelik luas. Akhirnya, aku nekad hendak bangkit. Mataku menilik jam sejenak. Jarum jam baru sahaja menginjak pukul 2 pagi. Aku meloncat turun dari katil lalu beredar ke luar.

Aku sambar bantal lalu kurangkul erat. Naik bulu romaku sebaik hembusan angin dingin membelai kulit tubuh.

Aku menghidupkan suis TV. Rancangan variety show menjadi pilihanku.

Sesekali mataku beralih ke tingkap. Aku berasa seolah olah perilaku aku diperhati oleh sepasang mata. Sehingga mataku terpandang akan bayang hitam di sebalik langsir putih. Aku gagahkan diri untuk menapak lebih dekat.

Namun, niatku terhalang sebaik telinga aku mendengar bunyi ketukan di pintu.

Mahu meloncat keluar jantung aku dibuatnya. Tujuku kini beralih ke pintu. Sebaik aku menguak daun pintu, aku melihat wajah pucat Mak Cik Hwa. Tak semena dahi aku berlapis. Aku lihat penduduk rumah flat berkumpul di hadapan rumah Cik Nancy.

Mengapa pula mereka berkumpul di luar rumah pada waktu sebegini?

"Ada apa apa yang berlaku ke Mak Cik Hwa? Kenapa dengan Cik Nancy?"




Walaupun kaki aku beralas stokin dan selipar, aku masih dapat merasakan kesejukan lantai simen. Atas rasa ingin tahu, aku ikut Mak Cik Hwa ke rumah Cik Nancy yang dikerumuni orang.

Menurut Mak Cik Hwa, jiran mendengar Cik Nancy menjerit meminta tolong lalu mereka bergegas ke rumah sewa ini. Pintu rumah juga terpaksa dipecahkan dek dikunci dari dalam. Cik Hwang juga berada di sini, menemani Cik Nancy di dalam rumahnya.

Sehinggalah telinga aku menangkap suara lantang Cik Nancy.

Dari jauh aku lihat gadis itu merangkak mendekati aku lalu sepasang kaki aku ditarik. Mataku membuntang luas. Aku tidak berdaya hendak melawan kekuatan Cik Nancy yang seolah olah kudratnya bukan kudrat wanita.

"Cik Nancy, l..lepaskan saya." Aduh aku.

Penduduk rumah flat ingin membantu namun mereka takut untuk maju.

Aku cuba merungkaikan lilitan jemari Cik Nancy di leherku. Semakin aku merayu meminta dilepaskan, semakin gadis itu menekan nadi leherku. Nafas aku semakin lama semakin susut. Naik turun dada aku menstabilkan nafas.

Sehinggalah aku rasakan cengkaman itu kian longgar. Mata aku berpinar.

Wajah Cik Nancy terlihat samar samar.

"Aku minta bantuan engkau untuk bawa aku kepada dia. Bukan cuba untuk bunuh dia, manusia."

Aku dengar suara itu berbisik di telinga Cik Nancy. Suaranya kedengaran cukup dingin dan mendatar sahaja. Itulah bicara terakhir yang aku dengar daripada si empunya suara sebelum pandangan aku bertukar gelap gelita.

TBC

[✓] TENANT - JKWhere stories live. Discover now