15

14 8 0
                                    


Sejambak bunga Daisy kurangkul kemas. Aku bawa meniti anak tangga untuk ke bahagian rooftop bangunan.

Bunga ini cuma sebagai peringatan kepada mangsa mangsa sebelumnya. Tiada seorang pun daripada mereka yang terselamat dari dendam Cik Hwang atas kematian anaknya kecuali aku. Kerana mengalami depresi teruk, Min Seo tekad hendak membunuh diri.

Cik Hwang juga tekad. Setelah mendengar berita kematian anaknya, dia bersumpah bakal 'menghidupkan' semula anaknya dengan tubuhku seperti apa yang dimerterai dalam perjanjiannya ibu.

Saban tahun Cik Hwang mencari aku. Akhirnya dia menemuiku di sini.

Dari jauh, aku melihat Mak Cik Hwa, Jungkook turut ada bersamanya. Aku menghayun langkah mendekati wanita itu lalu bertanya akan tujuannya ke mari. Sehinggalah aku rasa lemah lutut. Tak semena tubuhku rebah, aku terduduk.

Mak Cik Hwa tergamam. "Jadi, gadis itu... Dia anak Mak Cik Hwa?" Minda aku kembali melakar wajah seorang gadis manis berlesung pipit.

Hati aku bagai direntap. Tanpa dipinta, air mata aku mengalir ke pipi.

Aku berlutut di hadapan Mak Cik Hwa.

Acap kali aku ulang kata maaf di hadapannya. Mak Cik Hwa cepat cepat merangkul tubuhku. Dia kerap bertanya mengapa aku sehingga berlutut sambil memohon maaf kepadanya.

Semua ini kerana aku. Mimpi ngeri di rumah flat ini berlaku kerana aku. Anak Mak Cik Hwa menjadi mangsa juga disebabkan aku. "Semua ini kerana saya. Disebabkan saya, anak Mak Cik dan semua orang di sini menjadi mangsa. Saya m..minta maaf, Mak Cik."

Kala ini, bahuku terpaksa menampung beban yang berat. Masalah di bangunan flat ini berpunca daripada aku. Disebabkan aku diselamatkan dari mati kala itu, orang lain terpaksa tampung akibatnya.

"Apa apa pun akibatnya, semuanya telah berlaku, nak."

"Apa yang berlaku, bukan salah kamu." Mak Cik Hwa usap wajah aku. Dia cuba menenangkan aku. Dia seka air mataku sambil memujukku supaya tidak menangis lagi. Dia cuba sedaya upaya untuk meyakinkan bahawa apa yang berlaku bukan berpunca daripada aku.

"Cengeng!" Jungkook mengerlingku. Dia terlihat cemburu melihatku dengan Mak Cik Hwa. Barangkali kerana menyangka bahawa Mak Cik Hwa terlalu melebih-lebihkan aku berbanding dirinya yang terang terang anak saudara wanita ini. Mak Cik Hwa menggeleng kepala, spontan jarinya mencubit paha pemuda itu.

Aku seka air mata aku. Pemuda ini suka mengusikku. Aku cukup tidak suka akan perangainya. Bikin aku naik darah!

"Sudah. Dah besar panjang pun nak bertengkar lagi?" Aku tutup mulut aku.

Pemuda itu sekadar mendesis halus lalu beredar. Barangkali dia masih menyimpan amarah kerana aku telah mencederakan lengannya. Aduh, mahu tak mahu aku terpaksa juga menghadap. Lagipula kami bukan anak kecil lagi yang suka berperang mulut.

Mak Cik Hwa tersenyum geli hati lantaran dia mengamit aku supaya membuntutinya. Aku ekori Mak Cik Hwa sambil mataku ralit memandang segenap ruangan.

Bangunan rumah flat ini ada misteri yang akhirnya sudah kurungkai.

Dalang di sebalik misteri di sini ialah aku. Aku penyebab utamanya. Meski diri aku dihimpit perasaan serbasalah, perasaan ini akan kutampung seumur hidupku. Ini bayaran yang harus aku lunaskan kerana aku sekadar penyewa.

Aku cuma seorang penyewa.

The End

[✓] TENANT - JKWhere stories live. Discover now