PROLOG

3.3K 254 9
                                    

Kakinya melangkah laju ditepi koridor hospital itu. Peluh mula merenik sedikit demi sedikit. Jantung mula berdebar - debar. Lutut pula hampir - hampir sahaja tercabut kerana menggigil.

"Alamak! Pintu kunci lah" kata gadis tersebut secara berbisik.

" Kalau tak keluar sekarang pasti mereka akan dapat tangkap aku!"

Tiba - tiba dia terdengar bunyi detapan tapak kasut yang seakan hampir dengan dirinya, segera gadis tersebut bersembunyi di sebalik dinding koridor hospital itu sambil berharap empunya badan tidak akan dapat mengecam dirinya sedang bersembunyi.

Mata dipejam rapat seraya gadis itu menahan nafas nya. Bunyi detapan tapak kasut itu semakin menghilang. Terus sahaja gadis itu melepaskan keluhan berat.

"Fuh! Hampir hampir sahaja!"

"Ish aku tak ada pilihan lain selain panjat tembok dekat belakang bangunan ni!" Kata gadis itu lagi. Dia mula melaju kan langkah menuju ke belakang bangunan hospital tersebut.

Dia memandang ke kiri kemudian ke kanan bagi memastikan tiada sesiapa pun yang perasan kehadiran dirinya. Apabila dia merasa selamat segera gadis tersebut memanjat tembok tinggi itu.

Plakk!!..

Bunyi tapak kasut nya yang secara tidak sengaja terpijak ranting kayu semasa dia melompat turun. Gadis itu akhirnya berjaya keluar dari tempat yang dianggap sebagai neraka bagi nya.

"Akhirnya aku bebas!" Kata gadis itu gembira. Dia tersenyum gembira sambil mata nya dipejamkan rapat sebelum dia membuka matanya drastik.

"Uih tak boleh bergembira sekarang ni! Kau kene pergi dari sini dulu, nanti mereka perasan habis kau!" Katanya pada diri sendiri sebelum kakinya laju berlari meninggal kan hospital tersebut.









                                239words
                               
Jalan cerita yang sama, tapi Ara perbaiki sedikit penulisan. Happy reading!

Encik CEO dan Cik Sewel ✔️Where stories live. Discover now