× 1 ×

1.2K 161 157
                                    

Special tags : liyaaaaaaa2433 dsMia_09 onepacketofasahi  haaenaa

My bias boo ♥️

    Bunyi rintik hujan yang semakin lebat kedengaran berdentum-dentum di atas bumbung perhentian bas yang lengang itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

    Bunyi rintik hujan yang semakin lebat kedengaran berdentum-dentum di atas bumbung perhentian bas yang lengang itu.

    Aku pegang beg baju di atas riba dengan erat. Kesejukan mula terasa menyucuk-nyucuk ke tulang. Buat beberapa hari ni, memang sentiasa hujan. Seakan mewakili perasaan aku beberapa hari ni.

      Dan aku harap ini hari terakhir hujan dan matahari mula muncul kembali. Macam perasaan aku juga.

      Terngiang-ngiang kata mak cik aku yang kedengaran keras di telinga aku, seakan bunyi guruh yang berdentum di langit. Perlahan-lahan aku tutup mata, cukup-cukuplah menangis. Aku penat. Penat sangat.

     "Kau ni duduk rumah aku cuma menghabiskan nasi je! Dah besar panjang macam ni pun nak menyusahkan aku lagi! Kau ingat aku takde keluarga nak sara ke? Kau ni memang pembawa malang! Tu sebab mak ayah kau mati, sebab kau! Anak yang tak berguna!"

       Memang betul. Aku memang tak berguna. Mak ayah aku mati sebab aku. Aku menyusahkan. Tanpa sedar, air mata aku turun lagi untuk kali kedua. Hujan yang tadi seakan mahu reda kini kembali lebat.

      Aku tak tahu aku nak bawa diri aku ke mana selepas ni. Aku mati akal. Aku takde sesiapa lagi kat dunia. Sedangkan saudara aku sendiri dah buang aku dari keluarga ni, ada ke manusia lain yang sudi nak terima aku?

     "Omma, appa maafkan Min," bisik aku perlahan menahan ketar. Beg baju dipegang lebih erat. Aku tutup mata rapat-rapat, minda aku kosong. Apa nak jadi, jadilah!

      "Err awak." Aku angkat muka perlahan-lahan. Seorang lelaki tinggi berdiri di sebelah aku sambil memegang payung berwarna biru.

       "Awak nak balik ke? Petang-petang macam ni selalunya bas takde. Kalau awak sudi, saya boleh tolong hantarkan," kata lelaki itu lembut. Payung di tangannya dibiarkan terbuka.

       Nak balik? Selepas dihalau tadi, takkanlah aku nak merayu kat makcik aku untuk tinggal kat rumah dia? Sungguh tak tahu malu.

        Aku hanya menggeleng-geleng. Lagipun, hati aku agak ragu-ragu nak terima tawaran lelaki ni walaupun wajahnya kelihatan seperti orang yang baik-baik.

• green tea • bang yedam Where stories live. Discover now