4

231 51 30
                                    

"Jeno! Apa aku nak buat? Aku taknak balik rumah" rungut Haechan dengan kesal.

Tiba tiba sahaja, dia boleh selamat berada di rumah Jeno. Ha macam mana? Sebelum sempat Taeyong berpusing menghadapnya tadi, cepat cepat dia berlari keluar dari rumah besar itu. Kalut betul dia menyarungkan kaki dengan selipar mahalnya sebelum berlari ke arah rumah yang paling dekat di kawasan tersebut.

Haah. Rumah Jeno.

"Ha itulah kau! Tak dengar apa yang aku cakap. Aku dah agak punya kau mesti akan buat hal, urgh" Jeno menjentik lengan Haechan dengan geram. Ha memang padan betul muka Haechan.

Buat hal lagi kan? Dah kena setepek dengan satu keluarga.

Haechan terbaring lemah di atas katil milik Jeno sambil matanya dipandangkan ke atas, menghadap siling. Langsung tidak menghiraukan kehadiran Sungchan dan Yangyang juga di situ. Kebetulan betul kedua dua sahabat mereka berkunjung ke rumah Jeno, dengan tujuan untuk bermain permainan video paling terbaru yang baru sahaja dibeli oleh Jeno semalam.

Maklumlah, orang yang datang daripada keluarga yang kaya. Begitulah juga dengan Haechan. Ekhem.

Tetapi dengan status kaya mereka itu, tidak bermaksud bahawa mereka boleh melakukan sesuka hati sahaja yang dimahukan bukan? Dan itu bukanlah terjadi kepada fikiran Haechan, yang sentiasa ingin mendapatkan apa yang dia mahu. Sering mencari perhatian daripada gadis gadis cantik di luar sana.

Tanpa juga menyedari akan statusnya yang kini sudah bertunang. Tch, anak sosial.

"Kau pun nak pukul aku jugak ke Jeno? Em adakah aku akan dibuang daripada keluarga ni nanti?" tanya Haechan berputus asa, bersama sama dengan pandangan kosongnya yang masih lagi menatap langit putih bilik si sepupu.

"Sudahlah dengan drama mintak simpati kau tu sebelum aku tendang kau jatuh" kata Jeno, menyampah menyebabkan Haechan memuncungkan mulutnya. Terus Haechan mengubah posisi baringannya tadi kepada meniarap sambil memandang ketiga tiga lelaki di ruang itu.

"Siapa yang mengadu dekat tunang aku? Baik mengaku sekarang!" tajam sahaja pandangan matanya, melihat satu per satu.

"Eh amboi, ini aku tak tahu. Kalau betul Minyoung datang semalam, tapi aku pun tak perasan tentang tu" balas Jeno terus terang sambil mengangkat kedua dua bahunya. Begitu juga Sungchan dan Yangyang yang menggelengkan kepala sahaja, kerana sibuk dengan urusan mereka berdua.

Haechan mencebik kesal.

"Chan, aku rasa kan ni macam pengajaranlah untuk kau. Baik kau pergi minta maaf dan pujuk balik Minyoung kau tu. Sebelum dia mintak putus" sambung Jeno lagi lalu menaikkan keningnya. Tangannya dihulurkan mencapai salah satu snek yang tersusun di situ, khas disediakan oleh sang pembantu rumah tadi.

Tidak!

Haechan menggelengkan kepalanya laju. Mendengarkan kata putus juga mampu membuatnya menggidik ngeri, apalagi jika dibayangkan?

Apapun, dia tetap menyayangi tunangnya.

"Huwaaaa!"

Sekali lagi, Haechan berpusing membaringkan tubuhnya sambil berteriak dengan tidak keruan. Otaknya bekerja dengan begitu keras memikirkan jalan penyelesaiannya.

Dan perkara pertama yang terlintas di fikirannya kini adalah, bagaimana dia mahu pulang ke rumah?! Mungkinkah dia akan dibelasah jika dia pulang nanti? Ataupun, dia harus pulang pada lewat malam nanti?

Urgh! Menyusahkan betul.

Tidur sini sahajalah!

Haechan memejamkan mata dengan kesal sambil menggigit bibir bawahnya. Dan pada ketika itu pula, kata kata Jeno tadi kembali muncul di dalam fikirannya.

"Aku taknak hilang dia. Macam mana nak pujuk?"















.

HONEY ✔︎Where stories live. Discover now