chapter 1

61 6 0
                                    


Perpustakaan Malia, sebuah perpustakaan usang yang telah lama dibuka sejak tahun 1980, dan telah menjadi tumpuan ramai kerana keunikannya. Perpustakaan Malia ini terletak di dalam sebuah sekolah elit iaitu Clover University. Clover University merupakan sekolah elit yang hanya pelajar kaya dan genius sahaja yang dibenarkan untuk belajar di situ.

kisah ini bermula dengan seorang gadis pintar dan jelita yang bernama Liana Matilda. Beliau merupakan anak seorang jutawan yang terkenal di London. Kehidupan Liana Matilda sama seperti pelajar elit yang lain, yang setiap harinya dipenuhi dengan kekayaan. Namun demikian, Liana Matilda seorang yang kasar dan tidak suka bergaul dengan gadis yang terlalu feminine walaupun dia seorang yang sangat jelita. Liana Matilda merupakan gadis yang berambut kerinting yang berwarna kuning keemasan dengan kulit putih gebu serta mata yang berwarna biru. Beliau juga merupakan anak tunggal dan mempunyai seorang sahabat baik iaitu Sarah Trisha.

"RING RING RING..." jam loceng kuat kedengaran di tepi katil Liana, Liana dengan pantasnya menekan jam loceng tersebut dan bergegas ke bilik air untuk mandi. Setelah mandi, Liana menaiki kereta Mercedes biru milik ayahnya yang dipandu oleh Encik Malik yang merupakan pemandu yang berkerja dengan ayahnya. Sampainya di destinasi iaitu Clover University, dia berlari ke kafe untuk bertemu dengan sahabatnya Sarah.

kelihatan dari jauh seorang gadis yang berambut ikal mayang berwarna perang sambil mencekak pinggang dengan jelingan mata yang sangat tajam tepat ke arah Liana.

"habislah minah ni membebel nanti, aduhai kenapalah aku bangun lambat!" mengeluh Liana di dalam hatinya

"Amboi, Cik Liana memang suka buat orang menunggu ya? boleh berjanggut lubang hidung ni tunggu kau!" kata Sarah dengan nada perli

"Ala , maaflah tadi jem teruk lepastu ada lembu tu nak lintas kene langgar lori..lepastu nak kapankan lagi tu yang lama tu." celoteh Liana dengan nada gurau senda

"HAHAHAH, bongoklah kau ni" , "takpa kali ni sebab lawak, aku maafkan kau." gelak Sarah

Liana turut tergelak melihat reaksi sahabatnya itu..


" RINGGGGGGGGGGGGGG..."

Jam loceng menandakan masa rehat telah berbunyi, Sarah dengan selambanya menarik Liana untuk ke perpustakaan kerana tidak lama lagi mereka akan menghadapi peperiksaan dan ingin meluangkan masa di perpustakaan untuk belajar bersama-sama.

"Dah lama kita tak pergi ke perpustakaan Malia ni eh? , selalu lepak kafe je duk melantak dessert sampai kena halau dengan makcik kafe sebab tak abis2 kita je habiskan dessert diorang. kata Sarah sambil gelak tawa.

"Haah, aduhai terhibur bila ingat balik makcik kafe tu duk kejar kita dengan penyapu lidi." kata Liana sambil gelak tawa.

sesampainya mereka di Perpustakaan Malia, mereka berdua duduk di bahagian belakang sekali yang berdekatan dengan rak buku lama. Liana terus duduk di kerusi dan melentokkan kepalanya dengan lembut di atas meja manakala Sarah sibuk mencari buku rujukan untuk dijadikan rujukan sesi pembelajaran mereka pada hari ini. Semasa Sarah tengah sibuk mencari buku, dengan tidak sengajanya dia terlanggar sebuah rak kaca berhabuk berdekatan dengannya. Sarah dengan cuaknya mendekati rak tersebut untuk memastikan rak tersebut tidak pecah. Ketika Sarah mendekati rak kaca tersebut. Tiba-tiba, terasa tangan menyentuh bahunya dan Sarah terkejut lalu jatuh ke lantai. Gelak tawa Liana kuat kedengaran, Sarah dengan muka merah menjeling Liana dan bergegas pergi ke meja mereka.

"Liana, kau ni terperanjat aku kau tahu!!" muncung Sarah

" hahahahha, maaflah aku dok tengok kau tertonggeng2 cari buku sampai aku kat sebelah pon kau tak nampak, tu saja uji reseptor terkejut kau tu mana tau rosak" kata Liana sambil senyum sinis.

"otak kau, ingat reseptor terkejut aku ni rosak ke ish!!" kata Sarah

"hahahha iyalah minah, eh nak tanya rak kaca tadi kau dah betulkan belom?" kata Liana

"Haah eh, lupa aku" , " teman aku jap boleh?" kata Sarah

"Takut ler tu, yelah mari kita" Kata liana dengan nada perli

Sarah hanya mampu menggeleng kepala melihat gelagat sahabatnya yang asyik menyakatnya. mereka pon kembali ke arah rak kaca tersebut . Liana dan sarah mendekati rak kaca tersebut dan terlihat sebuah buku berwarna hijau lumut yang terkunci kemas dengan mangga berbentuk bunga mawar merah. Mereka serentak toleh ke arah satu sama lain.

"buku apa tu?" seram lak aku tengok" Tanya Sarah dalam nada ketakutan.

"Entahlah, nak tanya pustakawan tak?" Tanya Liana

Tiba-tiba suara garau kedengaran...

"Awak berdua buat apa kat sini?" kata Encik Osman yang merupakan pustakawan di situ

"Encik Osman, saya terlanggar rak kaca ni tadi , tu yang nak betulkan tapi tengok2 ada buku kat dalamnya" kata Sarah

Encik Osman datang mendekati rak kaca tersebut dan dengan kerasnya memarahi Sarah dan Liana dengan berkata " Lepas ni jangan pandai2 nak betulkan, biar je nanti saya kemas!"

Liana dan sarah mula berkerut dan tertanya kenapa Encik Osman terlalu marah.

"Buku hijau tu jangan pandai2 nak baca atau bukak? Faham!!"

Liana dan Sarah mengangguk faham dan mereka pon beredar keluar untuk ke kelas mereka .

KENAPA DENGAN BUKU HIJAU TU? DAN KENAPA ENCIK OSMAN MARAH MEREKA?

Nantikan chapter 2 ...



JANGAN BACA BUKU ITU!!Where stories live. Discover now