chapter 6

26 6 0
                                    


"KRINGGGGGGGGG!!!" bunyi loceng menandakan masa untuk masuk ke kelas mula kedengaran.

Liana yang baru tersadar dari pengsan dengan segeranya bangun dan cuba mengenal pasti tarikh serta tempat yang dia berada sekarang. Setelah mengenal pasti, Liana dapati bahawa tarikh yang dia berada sekarang adalah 1 hari sebelum kematian gadis loker tersebut. Liana dengan pantasnya cuba mencari gadis tersebut untuk memberi amaran tentang apa yang akan terjadi kepada dirinya.

.............................................................................................................................................................

Maria merupakan seorang gadis yang sangat cantik dan mesra terhadap semua orang. Namun demikian, kerana kecantikannya tersebut beliau sering diabaikan dan dihina oleh gadis lain di sekolahnya. Oleh itu, Maria sering berseorangan dan sering juga digoda oleh lelaki yang gatal di sekolahnya itu. Pada suatu hari, seorang guru lelaki yang bernama Marco mulai mendekati dirinya dan mereka berdua mulai jatuh cinta antara satu sama lain. 

Pada hari jadinya Marco, Maria berniat untuk memberikan kejutan namun demikian, siapa sangka lelaki yang disayanginya itu sedang bersama guru kelasnya berserta 2 orang anak lelaki. Luluhnya hati Maria apabila mengetahui Marco sudah lama berkahwin dengan guru kelasnya dan dirinya secara tidak langsung digelar perampas. Maria yang kecewa dengan kebenaran tersebut, tidak menghadiri kelas selama 4 hari. Selepas 4 hari tidak hadir, Maria mula mengambil keputusan untuk ke kelas demi masa depannya. Guru kelasnya masih tidak berkata apa-apa kepadanya dan Maria menggangap Guru kelasnya itu tidak mengetahui hubungannya dengan Marco. 

Pada malam tersebut, Guru kelas Maria secara tidak sengaja menjumpai sebuah rakaman dan gambar suaminya dengan Maria di dalam laptop milik Marco. Guru kelas tersebut sangat marah dan membuat keputusan untuk bertemu Maria keesokkan harinya. 

Pada keesokkan harinya, Guru kelas tersebut terkejut melihat Maria yang sedang bersama suaminya di stor sukan dan kerana cemburu dia akhirnya mengambil keputusan untuk membunuh Maria. Guru kelas tersebut memanggil Maria untuk bertemu dengannya untuk kelas tambahan malam. Maria dengan bersangka baik bersetuju untuk bertemu Guru kelasnya itu kerana dia juga mahu memberitahu perkara sebenar dan meminta maaf atas kelakuannya. Justeru itu, Maria telah pun bertemu Marco untuk meminta putus di bilik stor sukan dan Marco dengan tenangnya menerima dan meminta maaf atas kelakuan dirinya kepada Maria.

Sampainya di sekolah, Maria menunggu Guru kelasnya di dalam sebuah kelas. 

"PANGGGG!!" bunyi  pukulan dikepala Maria.

Maria pun jatuh pengsan akibat pukulan di kepalanya yang sangat kuat.

"HAHAHAHAHA, Pengsan pun kau perempuan... Kau murid yang aku paling sayang rupanya ada hubungan dengan suami aku, sampai hati kau ya" kata guru kelas tersebut

Guru tersebut mengheret Maria sehingga ke bilik stor sukan dan bergegas ke kafe untuk mengambil parang. Guru tersebut mula mengerat kaki Maria satu per satu, secara tiba-tiba Maria tersedar dan menjerit kesakitan. Guru tersebut hanya tersenyum sinis dan berkata

"Sedapkan rosakkan rumahtangga orang? sini aku kerat satu per satu badan kau yang kau bagi kat suami aku!" kata Guru kelas tersebut dengan nada marah

Maria yang diikat mulutnya, hanya mampu menangis dan akhirnya mati kerana kekurangan darah. Guru tersebut berasa sangat puas dan menghabiskan kerjanya untuk mengerat badan Maria sehingga 20 keratan. Setelah selesai, Guru kelas tersebut menyusun keratan badan Maria di dalam loker Maria sendiri dan dikunci kemas. Guru kelas itu dengan pantasnya menghilangkan bahan bukti dan membersihkan diri sebelum pulang ke rumah dan keesokannya, mayat Maria ditemui oleh seorang pelajar yang cuba membuka loker Maria kerana bau yang sangat busuk.

JANGAN BACA BUKU ITU!!Where stories live. Discover now