PROLOG

430 4 0
                                    

𝗕𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗱𝗶𝗲𝗱𝗶𝘁

MARIA mengengsot tubuhnya ke belakang. Idrus mula menanggalkan tali pinggang, untuk memberinya satu pengajaran, kerana tidak memenuhi kehendak lelaki itu.

Zap! Zap! Zap!

Maria pejamkan mata serapatnya. Dia tidak mahu memohon rayu lelaki itu lagi. Dia menahan rasa sakit, apabila tubuhnya dilibas dengan tali pinggang berulang kali.

Bukan sikit wang yang lelaki itu mahu. Katanya, ingin memulakan perniagaan yang baru, dan tidak mahu lagi bergantung harap pada Maria.

Maria sudah tahu semua rancangan Idrus. Setahun dia ditipu, rupanya lelaki itu sudah berkahwin dan memiliki dua orang anak yang berada di kampung.

Terluka? Memang dia terluka. Kecewa? Memang dia kecewa. Dia mengharapkan ketulusan hati dari Idrus, namun dirinya dipergunakan.

Perkenalan mereka tidak lama, hanya enam bulan. Idrus merupakan pekerja di Jane's Treats miliknya. Tutur kata yang sopan, perilaku yang baik menyebabkan dia selesa bersama lelaki itu. Dia membesar di rumah anak yatim. Tiada saudara mara, hanya Umi Lydia dan teman-teman di rumah anak yatim Kaseh itu.

Jane's Treats merupakan nyawanya. Banyak yang dia korbankan untuk Kafe itu. Kerja dari pagi sehingga malam, tidak kenal erti penat. Tiga tahun berusaha, akhirnya Maria dapat tersenyum bila kafe miliknya semakin dikenali.

Setahun usia perkahwinannya bersama Idrus, hanya sebulan dia merasa bahagia kerana selepas itu rahsia yang selama ini Idrus sembunyikan, akhirnya dia tahu.

Dan kini, sekali lagi dia terpaksa hadap kesakitan ini. Dalam seminggu bukan sikit luka yang ada pada tubuhnya. Lelaki itu bagaikan orang gila apabila memukul dirinya. Maria lelah, cinta yang ada untuk Idrus semakin pudar dengan perangai dan tingkah laku lelaki itu.

"Ceraikan saya." Tekad Maria. Biarpun dia tahu dia bakal mati di tangan Idrus, Maria tetap tidak mahu lagi hidup bersama dengan lelaki itu.

Benar, kata Maria itu sudah mula membuat Idrus semakin gila. Sekali lagi, tubuhnya ditendang oleh lelaki itu, tanpa rasa belas kasihan. Rambutnya mula dicengkam kuat. Wajahnya ditampar dan diludah oleh lelaki itu. Maria tahan rasa. Saat itu, dia merasakan dia hanya ingin mati dari diseksa sebegini.

"Aku tak bodoh untuk ceraikan kau, Maria." Cengkam kuat pipi Maria yang sudah merah akibat ditamparnya tadi. Dan bibir sedikit terluka, Idrus semakin kuat mencengkam pipi itu bila Maria seolah melawan dirinya.

Baginya, Maria asetnya untuk hidup senang. Dari awal perkenalan mereka hanya penipuan yang dia sajikan untuk wanita itu. Tekaannya benar, Maria begitu senang untuk ditipu. Biarpun wanita itu berusia 28 tahun, tapi sangat mudah percaya pada pujuk rayunya.

Kerana desakan dari isteri yang dia cinta yang mahu hidup mewah, dia terpaksa mengahwini Maria untuk memenuhi keperluan isterinya yang seolah tidak memahami keadaan dirinya yang berada di Kuala Lumpur. Salah Idrus juga, kerana pekerjaannya sebenar dirahsiakan oleh Julia.

Pasu kaca yang berada di sisi katil, Maria ambil secara sembunyi bila Idrus seakan mengelamun, terus dihentak kuat ke arah kepala lelaki itu.

"Ah!" Idrus jatuh ke atas lantai, tangan memegang atas kepalanya yang terasa sakit dan pedih. Perlahan-lahan mata hitam lelaki itu mula tertutup. Maria sandarkan tubuh dengan nafas lega melihat keadaan Idrus. Dia yakin lelaki itu hanya pengsan.

Telefon pintar atas katil, dicapai. Satu nombor didail, dia mahu meminta pertolongan. Tubuh Maria terasa sakit yang teramat sangat.

"Tolong aku." Perlahan-lahan mata hazel Maria tertutup. Dia lelah, dia sakit dengan rasa ini. Sakit yang tidak berkesudahan.

SEMINGGU KEMUDIAN..

Idrus mengejar langkah Maria yang berada di hadapannya. Perceraian mereka terjadi jua. Rupanya dalam diam, Maria mengumpul bukti untuk menentang dirinya selama ini.

Menyesal pun tiada gunanya. Julia pula semakin mendesak dirinya bila mengetahui dirinya sudah dimadukan secara rahsia. Pilihan diberikan untuk dia memilih Julia atau Maria.

Tanpa perlu berfikir banyak kali, dia memilih Julia kerana dia sayangkan Julia dan anak mereka, sementara Maria pula adalah tempat dia melunaskan nafsu dan menumpang kesenangan wanita itu.

"Maria." Seru Idrus perlahan. Tangan Maria cuba untuk dia sentuh, namun ditepis oleh seorang lelaki yang berada disisi Maria. Dia kenal lelaki itu. Qaid.

Teman Maria yang dianggap abang sendiri. Sudah berkahwin. Wajah Maria dipandang lama. Seolah meminta simpati, dia tahu sekejap lagi Maria mesti terpujuk kerana wanita itu sangat sayangkan dia.

"Aku rasa wang ni cukup untuk kau, Idrus. Aku tak akan tolong kau. Jangan ganggu aku lagi!" Tegas kata Maria. Wajah Idrus dipandang tajam. Pusing tubuh, Maria dan Qaid terus beredar dari situ.

Idrus pula hanya cebikkan bibir bila rayuannya tidak diendahkan oleh Maria. Ah, sudahlah. Bukan dia ikhlas pun merayu tadi. Melihat amaun yang tertera atas cek itu Idrus tersenyum lebar. Maria memang seorang yang pemurah!

Tapi senyuman itu hanya sementara bila dua pegawal polis datang menghampiri dirinya.

"Idrus bin Razali?" Soal seorang pengawal polis itu.

Idrus mengangguk perlahan. Dia mula merasa hairan. Apa yang sedang berlaku?

"Kami terpaksa menahan Encik Idrus atas penderaan fizikal dan mental ke atas Puan Maria Jane bin Abdullah. Sila ikut kami ke balai." Tak sempat Idrus mahu melarikan diri, tubuhnya terus ditangkap oleh dua pengawal polis itu. Meronta-ronta Idrus mahu melepaskan diri tapi dia tak dapat melawan tubuh tegap pegawai polis itu.

Dan dari jauh, Maria dan Qaid tersenyum kemenangan bila melihat Idrus masuk ke dalam kereta polis itu. Setahun bukan mudah untuk dia lepaskan diri dari lelaki itu. Rancangannya bersama Qaid secara sembunyi itu membuahkan hasil bila setiap bukti Idrus memukulnya dan menderanya dirakam secara rahsia.

Maria juga mempunyai seorang doktor yang dia percayai. Dari nasihat Doktor Hania tu lah, dia berani melangkah ke depan. Dia sudah penat mencintai lelaki yang tidak pernah menghargai dirinya.

Hari ini, akhirnya, Maria bebas dari lelaki itu.

Alhamdullilah.

Salah ke Maria, kalau dia juga ingin bahagia? Dan dia yakin, Idrus bukan lagi bahagia untuknya sebaliknya lelaki itu hanya tahu memberi derita kepada dia.

Cukuplah dengan masa satu tahun yang dia sia-siakan untuk lelaki itu. Kerana cinta pada lelaki itu, dia ikutkan rasa hati. Kerana cinta pada lelaki itu, dia derita. Bagi Maria, cinta itu tidak buta. Hanya manusia yang tidak pandai menilai dan Maria salah seorang dari itu kerana dia terlalu mencintai Idrus sehingga membiarkan dirinya jatuh ke dalam gaung yang sangat dalam.

Kini, Maria sudah mampu menarik nafas lega bila keadilan memihak kepadanya.

BUKAN SUGAR MUMMY(EBOOK) Where stories live. Discover now