TEASER 1

262 4 0
                                    

"Maria Jane, rupanya kau masih hidup lagi." Si dia bersuara sinis. Maria memeluk erat pinggang Luth dari arah belakang.

"Kau siapa?" Terus soalan itu diberikan pada si dia yang masih tajam memandang ke arah Maria yang masih bersembunyi di belakang tubuh Luth.

"Kau pula siapa nak soal siapa aku?" Luth kepal kuat tangannya. Siapa dia ni? Kenapa Maria seolah takut pada si dia ni?

"Aku tak pernah lagi pukul perempuan yang biadap macam kau. Jangan sampai kau orang pertama yang rasa penampar aku! ." Suara Luth naik seoktaf, dia tahu ramai yang melihat mereka sekarang. Tapi Luth langsung tak peduli, tangan Maria yang memeluk tubuhnya, dia sentuh lembut bagi menyatakan yang dia ada dengan Maria ketika ini.

"Yang kau sentap ni dah kenapa? Eh Maria, jantan ni pula ke kau bela selepas kau rampas laki aku. Memang perempuan macam kau ni, tak serik-serik lagi ye, tak cukup lagi ke dengan penampar dan cat merah aku bagi pada kau, ke kau nak aku simbah acid pulak pada muka kau tu!" Julia mahu menarik rambut Maria tapi ditepis kuat oleh Luth sehingga Julia jatuh tersungkur ke atas lantai.

"Kalau dia yang bela aku pun,apa hak kau nak buat dia macam tu? Eh perempuan, pasal laki kau tu, laki kau tu yang bodoh, yang ambil kesempatan atas Maria untuk kesenangan hidup kau! Please lah, kalau dah tahu hidup tu tak mewah, jangan nak ikut gaya hidup orang lain sehingga menyusahkan orang! Aku pulak yang akan bagi amaran pada kau, kau dekat lagi dengan Maria walaupun seinci, aku akan ajar kau. Aku tak peduli kau siapa. Perempuan macam kau memang layak kena balun dengan aku. Memang sesuai sangat lah kau dengan laki kau yang tak sedar diri tu. Tak guna!" Luth pegang tangan Maria yang memeluk tubuhnya sebelum dipeluk bahu Maria dan berlalu dari situ. Julia yang menjerit macam orang gila tu dibiarkan begitu saja.

BUKAN SUGAR MUMMY(EBOOK) Where stories live. Discover now