MARIA mengengsot tubuhnya ke belakang. Idrus mula menanggalkan tali pinggang, untuk memberinya satu pengajaran, kerana tidak memenuhi kehendak lelaki itu.
Zap! Zap! Zap!
Maria pejamkan mata serapatnya. Dia tidak mahu memohon rayu lelaki itu lagi. Dia menahan rasa sakit, apabila tubuhnya dilibas dengan tali pinggang berulang kali.
Bukan sikit wang yang lelaki itu mahu. Katanya, ingin memulakan perniagaan yang baru, dan tidak mahu lagi bergantung harap pada Maria.
Maria sudah tahu semua rancangan Idrus. Setahun dia ditipu, rupanya lelaki itu sudah berkahwin dan memiliki dua orang anak yang berada di kampung.
Terluka? Memang dia terluka. Kecewa? Memang dia kecewa. Dia mengharapkan ketulusan hati dari Idrus, namun dirinya dipergunakan.
Perkenalan mereka tidak lama, hanya enam bulan. Idrus merupakan pekerja di Jane's Treats miliknya. Tutur kata yang sopan, perilaku yang baik menyebabkan dia selesa bersama lelaki itu. Dia membesar di rumah anak yatim. Tiada saudara mara, hanya Umi Lydia dan teman-teman di rumah anak yatim Kaseh itu.
Jane's Treats merupakan nyawanya. Banyak yang dia korbankan untuk Kafe itu. Kerja dari pagi sehingga malam, tidak kenal erti penat. Tiga tahun berusaha, akhirnya Maria dapat tersenyum bila kafe miliknya semakin dikenali.
Setahun usia perkahwinannya bersama Idrus, hanya sebulan dia merasa bahagia kerana selepas itu rahsia yang selama ini Idrus sembunyikan, akhirnya dia tahu.
Dan kini, sekali lagi dia terpaksa hadap kesakitan ini. Dalam seminggu bukan sikit luka yang ada pada tubuhnya. Lelaki itu bagaikan orang gila apabila memukul dirinya. Maria lelah, cinta yang ada untuk Idrus semakin pudar dengan perangai dan tingkah laku lelaki itu.
"Ceraikan saya." Tekad Maria. Biarpun dia tahu dia bakal mati di tangan Idrus, Maria tetap tidak mahu lagi hidup bersama dengan lelaki itu.
Benar, kata Maria itu sudah mula membuat Idrus semakin gila. Sekali lagi, tubuhnya ditendang oleh lelaki itu, tanpa rasa belas kasihan. Rambutnya mula dicengkam kuat. Wajahnya ditampar dan diludah oleh lelaki itu. Maria tahan rasa. Saat itu, dia merasakan dia hanya ingin mati dari diseksa sebegini.
"Aku tak bodoh untuk ceraikan kau, Maria." Cengkam kuat pipi Maria yang sudah merah akibat ditamparnya tadi. Dan bibir sedikit terluka, Idrus semakin kuat mencengkam pipi itu bila Maria seolah melawan dirinya.
Baginya, Maria asetnya untuk hidup senang. Dari awal perkenalan mereka hanya penipuan yang dia sajikan untuk wanita itu. Tekaannya benar, Maria begitu senang untuk ditipu. Biarpun wanita itu berusia 28 tahun, tapi sangat mudah percaya pada pujuk rayunya.
Kerana desakan dari isteri yang dia cinta yang mahu hidup mewah, dia terpaksa mengahwini Maria untuk memenuhi keperluan isterinya yang seolah tidak memahami keadaan dirinya yang berada di Kuala Lumpur. Salah Idrus juga, kerana pekerjaannya sebenar dirahsiakan oleh Julia.
Pasu kaca yang berada di sisi katil, Maria ambil secara sembunyi bila Idrus seakan mengelamun, terus dihentak kuat ke arah kepala lelaki itu.
"Ah!" Idrus jatuh ke atas lantai, tangan memegang atas kepalanya yang terasa sakit dan pedih. Perlahan-lahan mata hitam lelaki itu mula tertutup. Maria sandarkan tubuh dengan nafas lega melihat keadaan Idrus. Dia yakin lelaki itu hanya pengsan.
Telefon pintar atas katil, dicapai. Satu nombor didail, dia mahu meminta pertolongan. Tubuh Maria terasa sakit yang teramat sangat.
"Tolong aku." Perlahan-lahan mata hazel Maria tertutup. Dia lelah, dia sakit dengan rasa ini. Sakit yang tidak berkesudahan.
YOU ARE READING
BUKAN SUGAR MUMMY(EBOOK)
Random𝓣𝓱𝓮 𝓦𝓲𝓯𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 4 BLURB BUKAN SUGAR MOMMY Pangkat, kuasa dan wang bukan lagi perkara utama bagi seorang wanita berstatus janda yang bernama Marie Jane. Dari kecil dia kehilangan kasih sayang kedua ibubapanya. Kisah duka hidupnya tidak b...