"sorryla susahkan kau.", ucapku sembari sahaja kami berhenti di depan tandas perempuan. Aku hanya mengerut dahi sahaja. Aku merenung tandas perempuan itu heran.
Mataku kemudian beralih ke si dia. Dia mengeluh sebelum memberikan aku sebuah beg kertas yang diisi dengan baju seragam sekolah. Bukan baju seragam lelaki tapi perempuan. Aku berkerut dahi lagi-lagi.
"Pergi la tukar baju kau tu. Tak akan itu pun nak ajar.", balasnya tiba-tiba dan terus pergi beredar meninggalkan aku berseorangan di depan tandas. Aku hanya patuh saja. Malas nak layan dan cepat-cepat aku tukar baju.
Sebaik sahaja aku keluar dari tandas selepas menukar baju, tiba-tiba sahaja dia datang semula. Mana tak terkejutnya aku dia pandang aku macam nak cari gaduh dengan aku. Dia lantas memberikan tangannya seolah dia ingin berjabat tangan.
Aku memandang tangannya aneh. Dia mengeluh lagi lambat-lambat, "Bang Yedam. Kau ni aku nak kawan dengan kau tapi buat muka macam tu asal?", ujarnya sambil menarik paksa tanganku untuk berjabat tangan.
"Ish-- perempuam dengan lelaki mana boleh pegang tangan."
"Alah le mengarut apa kau. Dah lah jom.", Yedam menarik tanganku laju dan terus beredar dari tempat tandas itu. Langkah aku hanya mengikutinya saja. Aku tidak tahu dia ingin bawaku kemana.
Sedangkan sekarang ialah waktu pelajaran. Langkah kami terhenti apabila sampai di bilik muzik. Yedam memulas daun pintu dan terus menarikku masuk tanpa apa-apa penjelasan mahupun amaran.
Aku meneliti semua sudut ruangan bilik muzik itu. Senyuman kecilku tiba-tiba terukir tanpa sedar. Yedam mengunci pintu bilik muzik ini. Mungkin dia taknak ada orang lain ganggu. Positif sahaja la.
Dia lambat-lambat mencapai piano dan menyuruhku untuk duduk disebelahnya, "Aku tak pandai main piano la.", bantahku tidak mahu. Dia menjeling kasar.
"Ada aku suruh kau main dengan aku ke? Aku suruh kau duduk kat sebelah aku je.", ucapnya selamba. Sekejap, rasa nak carut sahaja. Tapi aku lupakan perasaan itu dan berjalan menuju ke arahnya malas.
Dia tersenyum senget apabila aku mula duduk disebelahnya. Aku? Mestilah aku jeling dia. Dahlah aku tak kenal siapa dia ni tapi aku berterima kasih la sebab dia tolong aku dari si Jiyeen tu.
Alunan piano mula dimainkan. Melodi-melodi yang lembut mula bergema di seluruh penjuru bilik muzik. Aku terpaku. Terpaku kerana ini pertama kalinya aku menlihat seseorang bermain piano untukku(?) Mungkin.
Mataku kemudian menjeling sedikit kearah Yedam yang duduk disebelahku bermain piano itu. Dia nampak betul-betul fokus. Jari-jemarinya yang menekan satu-persatu not piano itu membuatkan dia nampak lebih menarik.
Side profilenya saja sudah buat aku meleleh air liur menlihatnya. Aku kemudian mengalihkan pandanganku kearah lain untuk mengelakkan diriku dari terpesona lebih oleh Yedam.
Akhirnya, alunan muzik piano itu mula berhenti menandakan dia sudah pun habis bermain. Aku memandangnya dengan senyuman nipis sambil bertepuk tangan. Dia lagi-lagi tersenyum senget. Eh apa kau senyum macam tu fikir aku terpikat.
"Macam mana? Nak kawan dengan aku tak?", ucapnya tiba-tiba. Aku buat muka jijik memandangnya. Baru sahaja aku ingin bangun dari dudukku, Yedam tiba-tiba menarikku semula sehingga aku terduduk di pangkuannya. Ya, atas peha dia.
Entah mengapa aku merasakan jika pipi aku memerah. Aku pandang dia sekilas, "Jadi kawan aku atau girlfriend aku."
...
YOU ARE READING
deal // yedam
Fanfiction❛❛ Congratulations ! You make me suffered now. ❜❜ treasure bang yedam 2021 ❪ 𝗥𝗘𝗠𝗶𝗡𝗗𝗘𝗥 : Nak edit tapi saya malas ya Allah ❫