18

341 28 7
                                    

Tak sangka yang Senja Qalillah mampu bertahan bekerja di PCL walaupun tekanan yang dirasai sama hebat seperti dia bekerja di syarikat lamanya dahulu.

Suasana di PCL juga menjadi punca utama kenapa dia mampu bertahan untuk teruskan perkhidmatannya sebagai seorang akauntan.

...

Ada masa kalau dia buat salah yang sudah berapa kali diberitahu oleh Emir Hamzah, masak juga dirinya kena marah.

Dekat sini jelas menunjukkan bahawa Emir Hamzah itu tidak sentiasa meng-anak emaskan dirinya. Nampaklah sisi professionalism lelaki itu ketika bekerja. Tapi ada masa, lelaki itu akan mengaplikasikan dictatorism lagi-lagi bila dia tahu yang Senja Qalillah tidak memandu. Dengan segala kuasa yang ada, Emir Hamzah akan sedaya upaya ingin menghantar pulang.

Sebab itulah, Senja Qalillah akan sehabis baik bergerak keluar daripada pejabatnya dengan cara paling selamat.

Sampaikan dia terpaksa 'squatting' untuk berjalan melintasi pejabat lelaki itu!

Pernah kantoi dengan Emir Hamzah sendiri!

Dan sudah pasti malunya sebakul!

...

Imbas kembali

15 minit sebelum waktu pejabat tamat, Senja Qalillah sudah mula mengemas meja kerjanya. Selaku pekerja yang prihatin, dia sudah masak dengan waktu pulang Emir Hamzah.

Lelaki itu akan balik sedikit lewat daripada pekerjanya.

Jadi, Senja Qalillah harus bertindak dengan lebih pantas untuk tidak bertembung dengan lelaki itu. Hari ini dia tidak memandu, jadinya sebarang kebarangkalian untuk Emir Hamzah mengeluarkan 'notis' untuk menghantarnya pulang ke Teratak Senja itu sangat tinggi!

"Aku kena selamatkan diri aku kali ni! Jangan gagal!!"

Tangannya kembali mengemas dan membersihkan sebarang kekotoran di meja kerjanya.

Haruslah dia bersihkan meja kerja sendiri, nanti tidaklah dia menyusahkan petugas kebersihan. Selesai menutup pintu pejabatnya, Senja Qalillah mula berada di posisi 'squatting'. Dengan penuh gaya spy tidak tamat latihan, dia mula bergerak keluar dari zon merah PCL!

Tengah syok-syok nak meraikan kejayaan yang Emir Hamzah tidak perasan akan dirinya, tiba-tiba suara lelaki itu kedengaran perlahan seakan berbisik.

"What are you doing? Squatting or sneaking out?"

Emir Hamzah sudah menundukkan badannya agar selaras dengan posisi kepala Senja Qalillah.

...

Mahu tak terkejut member!

...

"Ya Allah! Encik Emir ni kenapa? Terkejut tahu tak?!"

Senja Qalillah sudah terjelepok.

"Get up."

Arahan yang ringkas diberikan oleh Emir Hamzah.

Senja Qalillah akur sahaja dengan arahan itu.

...

"Awak nak mengelak daripada saya kan?"

Dah tahu tapi duk tanya juga, kenapa!

"Maaaanaaaaaaaaaa ada. Saya tengah nak cari peniti tudung saya. Tadi tercicir."

Selagi boleh cover, haruslah kita cover!

Tamat imbas kembali

...

Hari ini Senja Qalillah lebih bersedia untuk menghantar kerjanya kepada Emir Hamzah untuk disemak.

SENJA, SEMOGA BAHAGIA. [COMPLETED]Where stories live. Discover now