21

340 24 11
                                    

Seboleh-bolehnya memang Senja Qalillah nak balik terus dan tidak mahu bertentang mata dengan tuan punya bilik!

"Agak-agak patah tangan tak kalau aku keluar guna tingkap?"

Kepala sudah dijenguk ke bawah dan peluang untuk patah riuk segala macam anggota badan itu sangat tinggi!

...

"Kenapa dalam banyak-banyak bilik, aku kena masuk bilik dia?"

Senja Qalillah menggumam sebelum dia mula menapak keluar dari bilik tidur Emir Hamzah.

Memang betullah apa orang cakap, perempuan dan directory memang tak pernah sebulu!

Waimah, kalau dah ikut panduan waze sekalipun pasti akan sesat.

...

Anak matanya meliar mencari seseorang.

Safinar yang sedang menyusun piring itu statik dan menghadap Senja Qalillah yang masih berdiri disebalik dinding yang memisahkan tangga dan ruang makan.

"Aikk buat apa tercegat lagi dekat situ. Sini, jom kita makan brownies."

Senja Qalillah hampir-hampir melatah bila mendengar suara Safinar.

'Masalah lemah semangat kau ni makin lama makin kronik eh Senja!'

Senja Qalillah hanya tersenyum sebelum menganggukkan kepalanya.

...

"Encik Emir tak ada eh aunty?"

Senja Qalillah berdoa agar Emir Hamzah memang tiada di rumah saat itu!

Tapi harapannya musnah bila suara lelaki itu kedengaran.

"Ada je. Kenapa? Takkan rindu kot?"

Emir Hamzah mula mengambil tempat duduk berhadapan dengan Senja Qalillah.

Senyuman mengejek sudah tersungging di tepi bibir lelaki itu.

...

Sheshhhhh!

'Mesti ada yang nak mengungkit kejap lagi ni!'

Senja Qalillah dapat rasakan macam ada rama-rama tengah buat pertandingan terbang dalam perut!

Senja Qalillah sudah membesarkan matanya agar lelaki itu tidak bercakap apa-apa perihal tadi.

...

"Ma, mama tahu tak tadikan,,,"

Emir Hamzah mula dah!

"Tahu apa pula ni Emir?"

"Kamu ni nak cakap lepas tu diam pula..."

Safinar sudah bertanyakan anak lelakinya.

'Ya Allah!!! Matilah aku!!!'

Senja Qalillah tidak keruan saat itu.

"Emir nak cakap yang dia tak sabar nak makan brownies aunty buat dengan vanilla ice cream with caramel drizzle!"

"Kan Emir kan?"

Senja Qalillah lantas bersuara.

Lantaklah kalau Emir Hamzah nak balun gelak sampai kejang urat saraf sekalipun!

Itu sahaja alasan yang paling logik saat itu.

...

"Ohh nak makan dengan ice cream. Mengada betullah budak sorang ni Senja..."

Safinar mula membebel dan laju kakinya melangkah ke dapur.

Senja Qalillah pula memulakan tugas memotong brownies yang sudah terhidang di atas flat tray bewarna putih itu.

SENJA, SEMOGA BAHAGIA. [COMPLETED]Where stories live. Discover now