1 : The New Mission

1.2K 117 12
                                    



ROSELLA meliarkan pandangan ke sekeliling, ditatapnya sekumpulan kanak-kanak yang bermain riang di hadapan sana. Bunyi kicauan burung yang hinggap di dahan pepohon menenangkan jiwa kacaunya. Rosella melepaskan helaan nafas besar. Matanya dikatup rapat, dia cuba mencari ketenangan buat seketika.

Matanya kembali terbuntang tatkala sentuhan lembut seseorang menganggu istirahatnya. Termangu-mangu dia menatap seorang gadis kecil yang turut menatapnya sama, gadis kecil itu memegang tangan Rosella erat. Rosella tersentak. Entah apa yang merasuk dirinya, Rosella terus menepis tangan kecil itu. Terburu-buru dia bangkit lalu bergegas pergi meninggalkan anak kecil itu sendirian.

"Oh no! You make her cry old lady!"

Rosella menjadi statik, dikerlingnya seorang anak lelaki yang cuba membantu gadis kecil tadi untuk bangkit. Tanpa menghiraukan dua kanak-kanak itu, Rosella terus sahaja bergegas tanpa berpaling ke belakang. Dia menghentikan langkah kakinya tatkala dia sudah tiba di hadapan seekor kuda, dinaikinya kuda itu dengan lekas.

Rosella menunggang kuda hitamnya, dia bergegas pergi pada arah matahari terbenam iaitu ke arah barat. Dia harus pergi juga, tidak mahu ada yang mengecam dirinya jika dia berlama-lamaan di situ.

Keheningan yang melamar suasana menghenyak Rosella. Cahaya keperang-perangan yang terpancar dari permaidani luas di atas sana mendamaikan hati kecilnya.

Tap! Tap! Tap!

Bunyi ketukan kaki kuda yang membelah laluan jalan menemani pertualangan sepinya. Bunyinya terus berlagu kuat bertepukan dengan batu-batu yang memenuhi sempadan jalan. Bunyinya kedengaran berpuitis bak ketukan jarum jam setiap kali detik menyapa arah minit.

Rosella melarikan pandangannya pada langit biru yang mula bertukar kekuning-kuningan di atas sana. Kelihatan kapal putih awanan tertampal indah pada permaidani langit senja, burung berterbangan memenuhi arena lapangan sementara bayu terus bertiup mengusik daunan yang berguguran.

Dikatupnya lagi matanya membiarkan dirinya terus terlena diusik tiupan bayu yang berterbangan memenuhi awangan.

Rosella mengangkat kelopak matanya, pandangan itu terus dipusatkan pada tangan kanannya. Diangkatnya tinggi tangannya itu ke udara, lantas dia terkenangkan anak kecil yang menggenggam tangan kotor itu.

Dia tidak mahu anak kecil yang suci itu memegang dirinya yang kotor. Dirinya kotor, tersangatlah kotor...

Dia tidak layak untuk disentuh insan sesuci dan semurni itu.

Rosella hanyut di dalam fatamorgana ciptaannya sendiri. Selang beberapa minit berlalu, akhirnya dia tercampak kembali ke realiti penuh fana ini. Rosella menggeleng-gelengkan kepalanya cuba mengusir pemikiran penuh sia-sia. Dia kembali menumpukan perhatian pada arah hadapan.

Selepas lebih dari 30 minit dia menunggang kuda, akhirnya dia tiba juga di destinasi yang ditujunya. Rosella turun dari kudanya, sempat lagi diusapnya kuda hitamnya itu sebelum dia berlalu menuju ke arah mansion lama yang terletak di perbukitan.

"Lucifer, wait for me here.. okay?"

Rosella mula mendaki bukit cerun di hadapannya, sengaja dia tinggalkan Lucifer di bawah. Rosella terus mendaki sehinggallah dia tiba di hadapan mansion yang sudah lama terbiar.

Semak-samun memenuhi sekitar halaman sementara akar-akar pepohon menjalar panjang pada sekeliling dinding mansion. Lumut hijau tertampal pada dinding yang kian retak itu.

Ditariknya hood yang menutupi kepala lalu disarungnya masker pada wajah. Rosella membuka langkahnya kembali.

Rosella terus masuk ke dalam tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Dia berjalan di atas marmar yang sudah mula menjadi retak serta dipenuhi lumut kehijau-hijauan itu.

Assassin in Mission : Red RoseWhere stories live. Discover now