-1-

20 3 33
                                    

tik, tik, tik, tik...

jam antik di penjuru bilik asrama sudah menunjukkan pukul 11:45 malam tapi mata aku tetap tak boleh nak lelap.

aku toleh ke katil sebelah kiri, kanan, dan juga depan. roommate aku yang lain semua dah tidur. ah tak apa, kalau mata aku tak nak tidur jadi ayuh membaca!

perlahan-lahan, aku turun dari katil yang agak tinggi dari lantai ini. aku bukannya budak kecil, tapi bila turun katil masih nampak macam diri sendiri masa 'muda-muda' dulu.
terkial-kial nak turun katil huehue.

gaun tidur labuh separas buku kali berwarna putih lusuh yang tersarung di tubuh aku angkat sedikit supaya tak tersadung. rambut coklat perang yang mengurai panjang aku sikat dan ikat, tak berapa nak kemas lah tapinya.

buku teks yang tergeletak di atas meja aku capai. aku bukan suka sangat belajar, tapi ada satu tajuk dalam buku ni yang menarik. baru saja cikgu terangkan pasal tajuk ni dalam kelas siang tadi.

"shifting to desired reality"

title besar itu aku baca secara berbisik. ada ramai orang yang bahaskan tentang benda ni.

tentang masuk ke alam mimpi yang kita boleh kawal sendiri ikut suka hati, ada yang mampu buat dan ada yang tidak. banyak juga method nya.

cikgu baru sebut tajuknya saja aku dah rasa excited. sampai setiap bibit kata cikgu yang berunsurkan shifting ini aku salin dalam buku.

kalau tak kerja sekolah pun aku tak hamak nak buat. bagus orang yang masukkan tajuk ni dalam buku teks, bravo, bravo.

"apa kata aku cuba shifts ? jadi tak agaknya? hehehe" ucap aku teruja

nota di buku kerja aku selak dan selak untuk cari method yang rasanya mudah untuk 'orang baru' seperti aku.

"ah, pillow method macam sesuai!" pekik aku ceria seakan lupa yang cuma tinggal aku saja masih terjaga

"mhmm" bunyi erangan dari penghuni katil di sebelah meja belajar membuatkan aku terkejut

jangan la terjaga, aku malu kalau ada orang tau aku cuba shifts. entah la kenapa, bukan salah pun cuma aku malu!

mulut aku tekup pakai tangan, dengan pergerakan yang halus aku pergi ke arah skylar, gadis yang sepertinya dah terjaga akibat pekikan aku tadi.

"sky, kau dah bangun ke?" bisik aku

tangan kiri melambai-lambai di depan wajahnya namun gadis itu kekal statik, tidur balik agaknya.

biarlah, aku mengangkat bahu.

satu demi satu langkah yang perlu aku ikut untuk shifts guna pillow method ni diteliti sekali lagi.

" wah, susah juga ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" wah, susah juga ni. tapi tak apa, Eui Seo boleh!"

buku conteng dari dalam laci aku keluarkan lalu dikoyakkan secebis kertasnya buat aku tulis benda yang aku nak buat dalam mimpi tu, serta orang yang aku mahu jumpa.

eudaimonia [JJK] Where stories live. Discover now