"jungkook, tengok tu !" pekik aku sambil melompat-lompat teruja
di langit membiru itu tiba-tiba sahaja muncul cahaya pelangi yang indah walaupun tak ada hujan.
cantiknya !
"iya, pelangi biasanya muncul dalam dunia mimpi ni bila dah masuk waktu tengah hari." terang jungkook
aku menganggukkan kepala sambil bergumam huruf 'o' panjang-panjang, ooohhh
senyuman tak kian luntur di wajahku walaupun setelah lima minit berlalu. mulut aku dah kejang, but I just can't help it ! pemandangan yang langka ini betul-betul memukau mata.
"hey, kau lapar tak? jom aku tunjuk satu tempat ni yang ada banyakk makanan sedap-sedap" pelawa jungkook tiba-tiba
tanpa banyak tanya, aku pun mengangguk tanda setuju dengan ajakan dia. ah, ya tak ya. dah berapa lama agaknya dia ada dalam dunia ni?
soalan yang berlegar-legar di kotak fikiranku itu tak aku ambil pusing. sebab rasanya.. aku bakal ada banyak lagi masa untuk tanya jungkook pasal benda ni.
well, cuma kemungkinan je...kan?
°°°🌙🌙🌙°°°
minutes later, aku dan jungkook pun sampai di hadapan sebuah bangunan yang kelihatan vintage. sepertinya tempat ini adalah sebuah kafe berdasarkan ruangan dalam kedai yang terisi dengan beberapa buah meja dan bangku.
"jom masuk" ujar jungkook sambil menarik lembut tanganku untuk masuk ke dalam 'kafe' ni.
saat kaki aku melangkah melepasi pintu, bau aroma kopi dan roti mula memenuhi indera pernafasan. sangat sedap sampai aku tak sedar yang aku tengah tutup mata sambil mencium udara dalam-dalam.
bunyi lucu yang datang dari arah perut buat pipiku merona merah, malu dengan jungkook yang berpura-pura tak mendengarnya.
cih, padahal muka dia nampak sangat macam tengah tahan ketawa.
aku berjalan melepasi jungkook lalu meng-usha ke dalam peti yang menyimpan pelbagai aneka kek dan manisan lainnya.
showcase eh orang panggil?
sebuah dulang dengan penyepit yang memang sudah tersedia aku ambil.
"weh, banyaknya makanan! serius lah ni kafe je?" ucap aku teruja
dari luar memang nampak macam ada kek-kek je. sekali masuk dalam, banyak rupanya makanan lain.
"haah" balas jungkook pendek
YOU ARE READING
eudaimonia [JJK]
Fantasyyou, in my imagination are so vivid, as if you're right there but I reach out my hands and you suddenly disappear.. kita jumpa di alam mimpi kemudiannya jatuh cinta, menari berdua dalam hujan yang deras mengikut rentak indah tapi mengapa takdir mema...