Ubah

13.8K 99 4
                                    

Setelah isteri aku selamat melahirkan anak lelaki luar nikahnya, isteri aku mulai berubah watak

Dia sudah mula tidak mengendahkan aku lagi tetapi lebih fokus terhadap anak yang baru dilahirkannya itu

Setelah tamat pantang isteri aku masih enggan bersetubuh dengan aku atas pelbagai alasan

Dia mahu aku memahami keadaan dan emosi dia selepas melahirkan

Aku akur

Setelah isteri aku kembali bekerja, aku juga mulai fokus pada kerjaya aku

Bulan demi bulan berlalu, setiap kali aku mengajak isteri aku untuk mengadakan hubungan kelamin suami isteri, isteri aku menolak dan terus menolak

Aku kini mulai sedar yang dia sudah berubah. Mungkin dia sudah tidak lagi mempunyai sebarang perasaan terhadap aku

Aku sedar yang dia sudah mulai pulang lewat dari tempat kerja atas alasan banyak kerja yang penting yang perlu dia siapkan

Isteri aku ni bekerja dengan syarikat milik ayahnya jadi aku tidaklah menaruh sebarang syak wasangka

Yelah, itukan syarikat bapak dia. Takkan lah dia nak buat benda yang bukan-bukan depan bapak dia sendiri betul tak?

Rupanya sangkaan aku meleset sama sekali. Dalam diam-diam isteri aku mengadakan hubungan terlarang dengan pekerjanya

Sepatutnya aku sedar dari awal lagi bila salah seorang pekerjanya mula rajin mengambil dan menghantar isteri aku pulang dari tempat kerjanya tapi alasan yang dia beri amat kukuh

Lagipun itu staff dari pejabatnya yang juga pekerja ayahnya dan tambah lagi ayah mertuaku sendiri yang berkata dia yang arahkan pekerjanya mengambil dan menghantar isteri aku

Kalau korang kat tempat aku pun mesti korang mesti tak syak apa-apa jugakan

Jadi di takdirkan suatu hari tu aku dapat panggilan kecemasan dari pejabat ayah mertuaku

Ayah mertuaku kata isteri aku pengsan di tempat kerja dan sekarang berada di sebuah hospital swasta dan dia minta aku segera ke sana

Aku rasa cemas dan terus memberitahu keadaan isteri aku pada bos aku dan dia mengizinkan aku bekerja separuh hari

Setelah tiba di sana aku di minta untuk terus ke wad dimana isteri aku mendapatkan rawatan

Bila aku masuk kedalam bilik wad tersebut aku lihat parents isteri aku turut berada di situ bersama beberapa orang staff yang rapat dengan isteri aku termasuk lelaki yang menjadi pemandu dan juga pembantu peribadi Isteriku

Isteri aku hanya tersenyum tawar bila melihat aku masuk kedalam bilik wadnya

Kemudian seorang doktor memanggil kami keluar untuk memberitahu keadaan isteri aku

"tahniah encik.. Isteri encik di sahkan mengandung!" kata doktor itu

Semua orang mengucapkan tahniah pada aku

Ya Allah.. Ini balasan yang aku dapat setelah apa yang aku korbankan untuk isteri aku!

Sudahlah dia enggan bersetubuh dengan aku sejak dia melahirkan anaknya, anak itu pula aku rela bin kan atas nama aku. Kini dia sedang mengandungkan pula lagi sekali anak luar nikah dengan entah anak siapa-siapa!

Kau rasa?!

Sejujurnya aku tak mampu meneruskan lagi hubungan aku dengan isteri aku

Segala pengorbanan yang aku berikan rupanya sia-sia belaka

Selang beberapa hari aku memfailkan ceraikan keatasnya dan beberapa minggu berikutnya kami disahkan bercerai namun talak itu hanya jatuh apabila isteri aku selamat melahirkan anak luar nikahnya sekali lagi

Aku berhenti kerja dan memberikan notis tiga bulan untuk berpindah ke tempat lain sebab enggan berselisih dengan bekas isteri aku lagi sejak dari itu

Selang beberapa bulan kemudian aku ditawarkan pekerjaan di sebuah negeri lain di utara semenanjung dan terus menetap disana

Catatan Hati Cuckold Where stories live. Discover now