Namaku Haziq, aku anak tunggal dalam keluargaku, mamaku telahpun pergi meninggalkan aku sewaktu aku sekolah menengah lagi. Kini aku tinggal bersama ayah di kota. Hidupku biasa-biasa sahaja, aku teringin menikmati apa yang rakan-rakan ku lalui, balik rumah di sambut leteran mama, hujung minggu keluar berjalan-jalan bersama mama. Namun itu semua adalah perkara yang tak dapat aku capai. Ayah sering sibuk dengan kerja, pergi siang, balik malam, jika berkesempatan, kami akan makan malam sama-sama, jika tidak, aku akan menjamah seorang diri. Perkara itu telah pun menjadi normal dalam hidup aku. Aku cuba menerima semua ini, namun kadangkala, jiwa remaja ku ini goyah. Aku bukanlah seorang yang suka berkelakuan nakal, kerana aku faham yang ayah penat berkerja demi membesarkan aku.
Sedikit sebanyak itulah pengenalan tentang diriku.Kisahnya bermula selepas aku telah tamat SPM, bekerja sambilan adalah inisiatif aku untuk mencari duit poket lebih, almaklumlah bila berkeinginan untuk memiliki sebiji laptop peribadi seperti rakan-rakan ku tapi tak nak membebankan ayah, itu sahaja yang boleh buat. Bekerja di F&B bukanlah satu perkara yang mudah, tapi gaji bulanan boleh tahan, siap dapat makan free. Selalunya aku akan cuti pada Sabtu dan Ahad, tapi jika perlukan tenaga kerja extra, aku akan dipanggil kerja, bayaran double, tu yang aku suka. Entah macam mana, tempat aku kerja tersebut buat renovation, jadi kedai tutup untuk 2 minggu, sedih la juga, tapi boleh la time tu rehat sekejap. Untuk mengisi masa lapang aku tu, aku mengambil upah jaga anak buah aku yang sorang dari mak cik aku, dia tinggal tak jauh, tapi sebab dia perlu ke outstation, dia tak boleh nak tinggalkan anak dia kat rumah asuhan untuk 2 minggu straight. Macam dirancang elok jer semua yang berlaku.
Jadi tugas aku hantarkan anak buah aku tu, Adam, ke sekolah paginya, tengahari jemput, pantau kerja sekolah bagai, sediakan makan minum, dah macam pengasuh. Nasib mak cik aku tu pemurah, dia bagi kat aku sehari RM50, kaya aku. Rutin harian ku untuk seminggu tak lah memenatkan, cuma kena tahan layan perangai budak umur 8 tahun, liat sikit. Kena bangunkan Adam pagi-pagi, duit belanja mak cik dah bagi siap-siap RM5, banyak tu. Itulah yang aku buat dari Isnin sampai Jumaat. Hari Sabtu dengan Ahad, terpulang kepada aku, cuma kena pastikan semua kerja sekolah Adam buat, setel.
Nama pun Sabtu, masing-masing bangun lambat, dekat jam 10 pagi baru tersedar. Si Adam tu kalau tak dikejutkan bukan reti nak bangun sendiri. Aku kemas rumah serba sedikit, mana yang mampu sambil pantau Adam buat kerja sekolah, tak sampai sejam tengok kerja sekolah dah tersengguk-sengguk, apa nak jadi pun tak tau. Aku bancuhkan Adam secawan Milo, bagi dia tenaga sikit. Dah siap semua, kitorang menjamah makanan yang ayah bawa pulang, ayah kerja separuh hari kadang-kadang kalau Sabtu, jadi boleh makan sama-sama. Lepas makan aku dan Adam tengok movie 'The Lion King' cd lama aku jumpa time kemas-kemas barang tadi. Aku pun tak tahu bila, tapi tengah dok tengok movie tu, aku terlelap.
'Ding dong.. ding dong.." loceng rumah berbunyi, aku tersedar dan melihat jam di dinding,
'dah pukul 4 petang!' monolog aku sendiri.
Aku bingkas bangun ke tingkap depan,
'siapa pulak kat pintu ni, pos laju, aku tak ada order apa2 pun dari lazada, hari sabtu pulak tu..' monolog aku lagi.
Aku intai dari tepi tingkap, mengendap siapa yang menekan loceng rumah tadi. 'Susuk tubuh yang tinggi, mengenakan baju-t putih dan seluar jeans, tak pernah aku kenal lelaki didepan pintu itu, kenalan ayah mungkin?' aku membuka pintu dengan perlahan dan mengeluarkan kepala aku sedikit,
"Ya cari siapa?" tanya aku.
"Saya jiran sebelah, baru pindah semalam, datang berkenalan" balas jejaka itu,
dia menghulur tangannya untuk bersalam, reaksi aku pantas sebelum sempat aku memikirkan apa-apa, tangan ku menyambut salam dia. Beberapa ketika kemudian, aku teringat yang aku hanya memakai singlet nipis dan boxer yang ketat sahaja, aku lalu menarik semula tangan dan cuba cover diri, apabila dia melihat cara pemakaian aku itu, mulutnya terbuka sedikit, menampakkan reaksinya yang terkejut.
"Heh heh, maaflah, baru sedar dari lena, tak perasan pakaian kurang sopan sikit, sekejap yer" terang aku kepadanya,
aku melontarkan senyuman dan nak masuk pakai baju, tiba-tiba, tangan aku dipegang, aku terkejut.
"Tak apa, saya datang sekejap sahaja, by the way, nama saya Amirul, ni ada sedikit buah tangan!" bingkas Amirul balas,
Amirul lalu menghulurkan satu beg plastik putih kepada aku sambil senyum, dalam pada itu, aku perasan yang Amirul tengah menatap badan aku, aku hanya tersenyum sengih menerima buah tangan itu.
"Ehh! terima kasih, buat susah-susah jer, nama saya Haziq, saya tinggal dengan ayah saya kat sini, by the way, tengok apa tu?" tanya aku sambil senyum.
Muka Amirul mula merah,
"Cantik body, pergi gym ker?" tanya Amirul tersengih.
"Exercise sikit-sikit je" balas aku segan.Aku menjemput Amirul untuk masuk rumah dahulu minum air tapi ditolaknya kerana masih ada barang yang hendak dikemas. Lalu Amirul beredar sambil mencuri pandang ke aku, aku hampir tergelak apabila Amirul terlanggar pintu pagar rumah. Jam menunjukkan pukul 5, aku mengajak Adam teman aku ke rumah sebelah sambil aku sediakan minum petang, teh panas dan karipap yang diberi Amirul tadi. Sampai di depan rumah Amirul, pintunya terbuka luas dan masih ada kotak-kotak yang tak dibawa masuk. Aku membunyikan loceng, sebentar kemudian.
"Eh, Haziq, ada apa kemari?" tanya Amirul,
ceh konon, padehal nampak dah aku dok dulang minum petang, saja jer nak buat skema.
"Ada Haziq sediakan sedikit minum petang, ada teh panas dengan karipap yang Amirul beri tadi!", balas aku.
Amirul menjemput aku masuk, aku dan Adam masuk tanpa segan masuk ke dalam rumah Amirul, sampai sahaja di dapur, aku terkejut,
"Banyak nyer barang bakery!" terkeluar dari mulut aku,
"Haha, kakak saya, hobi dia buat kek la, biskut, pantang nampak perkakas bakery baru, mesti nak beli, tambah collection.", balas Amirul.
"Amboi, sedap kau kutuk kakak kau depan orang, ni jantan mana pulak kau bawak nih!" perli wanita dari belakang aku,
rupa dalam lingkungan 30an. Sesi perkenalan pun bermula.
(Panjang lebar cerita sambil menjamah minum petang yang aku bawa)Rupanya Amirul teman kakak dia datang ke sini, kakaknya mendapat tawaran mengajar di sekolah menengah lama aku, Amirul ni sebaya dengan aku dan hendak mencari kerja part time sementara menunggu keputusan tawaran sambung belajar. Selepas minum dan berbual panjang, aku dan Adam tolong serba sedikit membawa kotak-kotak diluar masuk ke rumah, setelah selesai, kami bertiga duduk di ruang tamu kepenatan, kakak Amirul pula ke dapur untuk sediakan makan malam. Tiba-tiba Amirul mendekati aku,
"Haziq ni masih single ke dah taken?" bisik Amirul. Aku terkejut, tapi selamba jer balas, "Siapa la nak kita Amirul, bukan kaya pun, rupa pun biasa-biasa jer, kenapa?".
Amirul memberikan aku satu senyuman yang manis, lalu membalas, "Tak ada apa-apa, saja tanya", senyuman yang diberi Amirul tu membuatkan aku rasa kurang senang dan kebingungan.
YOU ARE READING
JIRU (Jiran Baru)
RomanceRemake cerita lama yang diolah supaya lebih berhemah untuk pembaca. Tidak ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang dah mati. Pertemuan yang tidak disangka dalam hidup Haziq. Cabaran kehidupan yang penuh drama, kehangatan, kesedihan (mungkin). Kisah...