"Siapa yang nak jaga budak tu?"
"Dia dah 14 tahun kan? Mesti banyak nak kena belanja untuk jaga dia"
"Aku dah ada 3 orang anak. Mana mampu aku nak jaga dia"
"Mak dia ada tinggalkan duit untuk dia kan? Biarlah dia jaga diri dia sendiri"
Semua orang di dalam bilik pengebumian sibuk membincangkan tentang penjaga Ae-Cha yang seterusnya.
'Kalau tak nak jaga aku diam je lah' bisik Ae-Cha di dalam hati.
Namun, dia tak nak buat masalah di hadapan 'ibunya'.
Ae-Cha hanya mendiamkan dirinya dan cuba untuk bersabar.
Dia masih bersedih atas kematian ibunya yang mengejut.
Tiga hari lepas, ibunya mati di sebuah lorong gelap ketika dalam perjalanan pulang dari kerja. Punca kematian adalah disebabkan oleh kehilangan darah akibat tikaman di perut. Pihak polis mengatakan bahawa ibunya ditikam oleh perompak.
'Mama takkan mati dengan senang macam tu jer. Dia takkan!'
Ae-Cha cuba menahan dirinya daripada menangis.
'Aku akan cari siapa pembunuh tu sampai dapat!'
°°°
"Kat sini ke tempatnya, Felix?" tanya seorang lelaki yang berpakaian sut hitam.
"Ya, tuan" jawab Felix.
Lelaki tersebut keluar dari kereta Audi R8 hitamnya dan masuk ke dalam dewan pengebumian diikuti tiga orang lelaki di belakangnya termasuklah Felix.
Semua mata tertumpu pada lelaki itu.
"Siapa lelaki tu?"
"Dia tu orang mana?"
"Orang asing mana pula datang ni?"
Lelaki itu tidak menghiraukan bisikan orang ramai dan terus melangkah ke sebuah bilik.
Sebaik sahaja dia memasuki bilik itu, dia terus melihat ke arah gambar seorang wanita yang terletak di situ.
'Moon Aerum. Kat sini kau rupanya. Setelah lebih 10 tahun, akhirnya kita 'berjumpa' lagi...'
Kemudian, matanya tertumpu ke arah seorang gadis yang sedang memakai hanbok bewarna hitam yang sedang duduk di hadapan pusara tersebut. Kepala gadis itu hanya memandang ke bawah, jadi lelaki tersebut tidak dapat melihat mukanya.
Lelaki itu datang mendekati gadis tersebut, namun gadis yang tidak sedar akan kehadirannya itu masih menundukkan rupanya.
"Ehem...ehem..." Felix berdehem beberapa kali untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
Gadis itu mengangkat mukanya dan memandang ke arah lelaki itu.
'Budak ni...'
Lelaki tersebut dan Felix terkejut apabila melihat rupa gadis itu. Rupanya sama seperti gambar wanita yang terletak di pusara tersebut kecuali matanya yang bewarna merah delima.
"Siapa encik ni?" tanya Ae-Cha kepada lelaki itu. Nasib baiklah dia fasih berbahasa Inggeris (even dia tak cakap bahasa Inggeris).
"Er...hai. Nama saya Felix dan lelaki ni tuan saya, nama dia..."
"Raphael Katz"belum sempat Felix menghabiskan ayatnya, lelaki tersebut terus memotong percakapannya.
"And you, must be Alora, right?" kata Raphael.
"How did you know my real name? Only mom ever called me by that name"
Lelaki itu tidak menjawab pertanyaan Ae-Cha atau nama sebenarnya Alora. Dia memandang ke dalam mata merah delima Alora yang sama sepertinya. Mata Alora kelihatan kuyu.
Sudah tiga hari berturut-turut dia tidak tidur dan menangis setiap malam.
Setelah hampir 1 minit mereka bertentangan mata, lelaki itu akhirnya membuka mulutnya.
"Felix, bawa dia sekali dengan kita. Sediakan apa yang patut. Passport, baju and anything yang patut," arah Raphael kepada Felix.
Kemudian, Raphael terus keluar dari situ diikuti 2 orang lelaki di belakangnya. Felix memandang Alora dan hanya mengukir senyuman manis padanya sebelum ikut tuannya keluar dari sana.
Alora hanya memandang mereka tanpa berkata apa-apa.
'Siapa lelaki tu? Tiba-tiba je muncul. Dia ada kaitan dengan mama ke?'
Kemudian, empat hari selepas kejadian itu, sesuatu yang pelik berlaku.
___
YOU ARE READING
Mafia's little princess
RandomKenapa kau nak baca cerita ni? Tak payahlah baca. Bukan best mana. Cerita wattpad mafia biasa je. Kena culik ngan ayah sendiri. Tiba-tiba dilayan macam princess. Cousin kau jealous. Of course, wajib ada Karen sekali. Ada budak psycho bagai. Beberapa...