Alora
Badan aku selamat bersemadi di atas katil empuk saiz King aku dengan aircond yang on.
Habis satu badan aku bermandikan peluh dan air mata akibat didenda oleh Felix tadi. Sumpah, aku tak pernah kena marah seteruk tu sejak aku hilangkan tupperware mak aku.
Hah... apalah nasib aku hari ni. Mula-mula kena ancam bunuh dengan Tyler, lepas tu kena marah dengan Felix. Apalah nak jadi lepas ni eh.
Ahhh!!! Malas aku nak fikirkan. Baik aku tidur je pagi-pagi ni.
Well, it's not like anything bad will happend if I sleep. Right?
_____________________________
It's 3.00 pm and Mr.Katz is nowhere to be found. I can't find him anywhere neither at his study or bedroom. Seriously, where the fck is him right now??!!
Sekarang aku dalam perjalanan ke private gym Mr.Katz pula, dan kenapa mesti rumah ni besar sangat? Aku rasa aku dah sesat sekarang tapi aku tetap jalan dengan confident sebab bak kata aku, confident itu penting even tetap salah. Inilah quote yang sering aku gunakan apabila aku malu ketika jawab soalan math dengan yakin dan kuat di dalam kelas.
"Alora? Nak ke mana tu?".
I swear that voice send me chills.
Aku memandang ke belakang dan nampak Felix sedang berada di belakang aku sambil membawa tablet yang sering dia bawa ketika bersama Mr.Katz.
Dek kerana kejadian pagi tadi, aku cuba untuk elak bertemu dengan dia namun, apakah daya, jodoh kami agak sangat kuat sehingga hanya kematian sahaja yang boleh memisa-
"Alora? You hear me?"
Oh. Aku tak sangka aku dah jauh mengalamun. Tapi tu tak penting sebab aku ada benda lagi penting nak buat.
"Felix! Mana Mr.Katz?"
"Mr.Katz? Dia ada meeting sekarang"
HAH??!!! Kenapa dia mesti ada meeting sekarang??!! Dalam banyak-banyak masa, WHY NOW??!!!
"Er...Alora. Kalau awak nak jumpa Mr.Katz sekarang, dia ada kat bilik meeting kat tingkat 3 sekarang" Felix yang nampaknya memahami isi hati aku mula memberitahu keberadaan Mr.Katz. By the way, masa bila ada bilik meeting dalam rumah ni?
Tapi abaikan hal tu dulu sebab aku ada hal lain.
"Thank you, Felix! Gotta go now!" Aku dengan cepatnya berlari ke hadapa-
"Alora! Lif kat arah sini, bukan sana!!! Kat sana tu tingkap!!!" jerit Felix sambil menunjukkan arah yang bertentangan.
Aku pula mula pusing dan sambung balik berlari ke arah lif terdekat. Kalaulah aku terus berlari ke arah tingkap tadi, tak sempat aku nak kawin.
Bak kata aku, confident itu penting even apa yang kita buat tu salah, memalukan dan boleh menyebabkan ajal kau datang buat suprise.
MEETING ROOM
Meeting room betul di hadapan aku. Terang lagi bersuluh ada papan yang tertulis 'IMPORTANT MEETING IS HELDING INSIDE' di bahagian atas pintu.
YOU ARE READING
Mafia's little princess
RandomKenapa kau nak baca cerita ni? Tak payahlah baca. Bukan best mana. Cerita wattpad mafia biasa je. Kena culik ngan ayah sendiri. Tiba-tiba dilayan macam princess. Cousin kau jealous. Of course, wajib ada Karen sekali. Ada budak psycho bagai. Beberapa...