Dato Sahak

62.4K 175 1
                                    

Aku nak cerita kat semua pembaca pengalaman hidup aku sikit

Kisah hidup aku ni terpulanglah pada korang nak percaya atau pun tidak tapi semua nama dalam ni aku kena ubah sebab nak jaga nama baik mereka semua

Nama aku Rosli, sekarang umur aku sekitar 40an tapi apa yg aku nak lakarkan kat sini adalah kisah hidup aku semasa umur aku lewat 20an hampir ke 30 an

Lepas aku graduate dari sebuah University di UK aku pulang ke tanah air dan terus diterima masuk bekerja di sebuah firma kejuruteraan. Sesuailah dengan pengajian aku selama bertahun-tahun mengaji di University untuk mendapatkan segulung ijazah dalam bidang yg sama

Nasib aku boleh dikatakan amat baik. Rezekilah katakan.

Bos besar aku nama dia dato sahak. Segak dan bergaya orangnya. Sesiapapun yg jumpa dia akan terasa akan aura peribadinya yg sangat optimistic dan sentiasa positive.

Sepanjang aku kerja dengan dia, dato sahak ni memang seorang yg tak kedekut ilmu, dia lah yg banyak mengajar aku tentang selok belok bekerja dalam bidang oil dan gas. Orangnya tak sombong dan sangat peramah

Jaranglah aku nak tengok dia marah para pekerjanya walaupun dia seorang yang tegas dan berwibawa

Mungkin kerana aku ni cepat tangkap dalam kerja dan banyak tugas sulit yg dato sahak campakkan pada aku. Tapi setiap tugasan itu aku terima dengan hati terbuka serta anggap sebagai suatu cabar an walaupun adakalanya aku rasa ianya di luar kemampuan aku.

Aku rasa mungkin sesuailah dengan gaji lumayan lima angka yg dato sahak berikan pada aku tak termasuk pelbagai bonus sebagai insentif atas progress keuntungan nilai billion ringgit yang aku bawa masuk untuk syarikat miliknya.

Akhirnya aku menjadi ketua dalam jabatan aku atas kepercayaan dato sahak setelah berjaya membukikan yang aku boleh laku kan segala tugas yang serba mencabar itu dengan sempurna. Setelah di naikkan pangkat kerja aku kian banyak dan kian mencabar.

Bayangkan aku keluar rumah pukul 8pagi tapi balik rumah sekitar 3 atau 4 pagi setiap hari bekerja dan kadangkala terlajak hingga ke pukul 5 atau 6pagi

Pergi outstation jangan ceritalah hampir tiap minggu ada saja tapak projek yg aku kena lawati.

MENJALANGKAN ISTERI Where stories live. Discover now