Sue

47.7K 137 1
                                        

Tapi apa yang aku nak cerita disini ialah tentang isteri aku yang bernama Sue. Bukan nama sebenar tapi kira bolehlah ni.

Sue ni aku kenal masa aku awal-awal diterima masuk bekerja lagi. Dia ni bukan kerja jurutera tapi kerja sebagai setiausaha pada bos besar aku tu, dato sahak

Sue ni memang kategori wanita cantik dan sangat bergaya. Sesuailah kerja dia sebagai setiausaha kepada dato sahak

Ada juga aku dengar khabar angin yg desasa desus Sue ni dulu pernah jadi perempuan simpanan dato sahak. Tapi sejauh mana kebenaran cerita itu aku tak pasti

Yang aku pasti aku syok sangat kat dia. Selalulah aku bergurau dengan sue ni di tempat kerja dan sue ni aku kira tak sombong juga.

Dengan suaranya yg halus dan manja memang membuat hati aku cair pada dia

Body dia memang mantap, tinggi lampai, kulit cerah. Makeup tebal dengan maskara. Bau perfume dia memang bau yang kau kena beli kat suria klcc tu la. Kalau cari kat tempat lain rasanya tak ada kot. Maybe kat pavilion ada tapi entahlah aku teka je

Dato sahak memang perasan aku suka kat sue so satu hari tu dato sahak ajak kami lunch kat sebuah restoran mewah di dalam sebuah hotel mewah

Jadi nak dipendekkan cerita dato sahak mintak aku kawin dengan sue. Aku dan sue masa tu memang terkejut jugalah. Tak sangka pulak dato sahak minat ambil tahu tentang hal peribadi staff bawahan dia

"I rasa you berdua patut kawin lah sebab I tengok you berdua memang sepadan" kata dato sahak

Walaupun aku syok kat sue ni tapi aku tak pernah rasa aku layak untuk dia

Nak tahu sebab apa, sebab aku ni tak hensem mana pun. Ok ok je la. Rupa biasa-biasa yang orang tak akan toleh dua kali nak lihat aku. Dengan kacamata tebal. Gaya ulat buku. Rambut sikat tepi

Siapalah aku kalau nak digandingkan dengan sue ya tak. Sue ni kalau jadi pelakon drama atau movie pun aku rasa para Penerbit akan berebut nak ambil dia bekerja. Dengan lagak gaya persis seorang model atau Ratu Cantik dunia

Aku dan sue tergelak secara spontan masa dato sahak cakap macam tu. Aku pandang pada sue dan sue juga pandang pada aku. Tulah kali Pertama mata kami bertentang mata. Dengan suatu pandangan yang berbeza. Kalau sebelum ni aku pandang dia sebagai rakan sekerjanya tapi kali ni amat berlainan pulak rasanya

Ya aku syok kat dia. Tapi aku tak pernah bagi clue yang aku syok kat dia

Entah macam mana dato sahak boleh tangkap aku kan. Yelah dia dah makan garam sebelum aku mesti pengalaman hidup dia lebih banyak dari aku

Dato sahak masa tu berusia sekitar 40an Kalu tak silap. Memang gaya dato sahak gaya orang kayangan sungguh lah. Yang kat badan dia aku kira tak lari dari 20,000 ke 30,000.

Tu tak masuk jam jenama mewah ratusan ribu ringgit malah mungkin jutaan rasanya.

Aku ni walaupun gaji aku sekitar 25,000 sebulan pun tapi sebagai anak kampung aku tak reti sangat nak bermewah-mewah.

Banyak duit gaji aku aku berikan pada mak ayah, atuk dan nenek dua-dua belah dan adik beradik di kampung.

Aku nak balas budi pada semua orang yang dulu sentiasa memberikan sokongan dan galakkan pada aku hingga lah aku berjaya

Walaupun aku mampu membeli kereta buatan Eropah tapi aku pilih untuk membeli proton perdana. Rumah pun aku beli rumah teres dua tingkat di kawasan ampang berdekatan dengan pejabat tempat aku bekerja

Dato sahak pun hairan pada aku yang tak seperti staff lain yang bergaji tinggi macam aku. Rakan sekerja aku ramai yg memakai kereta jenama mewah macam BMW atau Mercedes tapi aku tak macam itu. Aku pilih hidup serba serdehana. Impian aku ketika itu ialah nak melihat adik beradik aku sama berjaya seperti aku. Masuk ke University dan mendapat pekerjaan yg baik dan mempunyai masa depan yang cerah.

Jadi aku korbankan segala kemewahan yang boleh aku nikmati demi adik beradik dan saudara mara aku masa tu

Jadi berbalik pada sue. Masa aku pandang pada sue, sue hanya tersenyum dan tak berkata apa-apa pada aku ataupun dato sahak

Selepas mata kami bertentangan sue pandang pula pada dato sahak lalu Sue tertunduk malu

"alah dato, takkanlah orang secantik cik sue ni nakkan orang kampung macam saya ni dato hihihi"

"hey Rosli. You tak cuba mana you tahu. Cuba you tanya dia depan-depan. Nak tak dia kawin dengan you Rosli hahaha"

Gitu lah nakalnya dato sahak mengusik kami berdua. Setelah di selidik rupanya sue ni ada sangkut paut pertalian darah dengan dato sahak

Bapa kepada sue ni adalah sepupu kepada dato sahak. So nak dijadikan cerita dalam enam bulan begitu hubungan kami direstui kedua-dua belah pihak dan kami pun mendirikan rumahtangga

Patutlah ramai staff buat gossip pasal hubungan kemesraan antara sue dan dato sahak. Diorg tak tahu yang mereka ada pertalian darah hingga dianggap ada skandal

Dato sahak ni seorang duda bercerai mati sebab isterinya mati akibat barah. Mungkin perasaan cinta antara dato dan datin sentiasa mekar hingga ke akhir hayat maka dato sahak rela menduda hingga ke hujung usia

Aku tengok kalau dato sahak nakkan mana-mana perempuan dia petik jari je

Masa aku buat kunjungan hormat bertandang selepas majlis perkahwinan aku pun terpesona dengan keindahan rumah agam dato sahak yang terletak di bukit tunku. Deretan kereta-kereta mewah buatan Eropah dari jerman dan itali memenuhi ruang letak kereta di hadapan rumah agamnya

Dato sahak mempunyai dua orang cahaya mata yang menetap di luar negara.

MENJALANGKAN ISTERI Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang