Anak-anak pada dato sahak masa ni masih berusia belasan tahun. Tinggal di sekolah asrama atau boarding school di Australia
Banyaklah hal-hal peribadi yang kami bualkan ketika itu. Aku kira dato sahak nak mengenali asal usul aku dengan lebih mendalam.
Dia kagum dengan cara aku dan masih mengekalkan adat dan budaya orang Melayu. Berbeza dengan keluarganya yang sudah lari jauh dari budaya Melayu dan hampir ke arah ke baratan.
Aku memang terkejut jugak bila tengok ada bar yang dipenuhi arak dalam rumah dato sahak. Siapa sangka ada orang Melayu yang memilih hidup seperti itu.
Sebagai anak kampung memang aku akui aku mengalami sedikit kejutan budaya.
Perbualan antara dato sahak dan anak sepupunya iaitu isteriku sue hanya menggunakan bahasa Inggeris
Nasib baiklah aku juga pandai berbahasa Inggeris jadi taklah janggal sangat sebab aku belajar berbahasa Inggeris dengan fasih semasa menjadi pelajar di UK.
Keluarga aku jangan cakap lah, semua segan bila aku dijodohkan dengan golongan orang kayangan ni semua.
Biasalah orang kampung memang rasa rendah diri bila berjumpa dengan golongan kayangan
Jadi nak dipendekkan cerita masa di akhir pertemuan antara aku dan dato sahak dirumahnya, dato sahak telah memberikan aku suatu kejutan besar!
Dahlah dia naikkan pangkat aku kepada GM dan juga di lantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat, dia juga menghadiahkan sebuah rumah banglo mewah di kawasan bukit Damansara lengkap dengan segala peralatan dan perabot serta dua buah kereta mewah buatan jerman!
Gaji dan elaun aku serta merta naik mencecah hingga keratusan ribu ringgit!
Aku kira itu caranya orang kayangan meraikan perkahwinan antara aku dan anak sepupu kesayangannya yang dianggap seperti anaknya sendiri
Bila sudah berada lama dalam keluarga ini aku mulai faham akan cara hidup mereka dan aku mulai terikut-ikut pula dengan rentak mereka
Kerjaya aku sebagai eksekutif syarikat telah membuat aku hanyut dalam dunia materialistik
Dato sahak dan juga Isteriku sue sangat sporting terhadapku dan mereka memberikan sepenuh kepercayaan kepada aku untuk mendapatkan tender-tender dari syarikat-syarikat gergasi oil dan gas didalam dan di luar negara
Sue tahu yang aku kena melobi kerja-kerja dan adakalanya melibatkan entertainment di kelab-kelab mewah di sekitar ibukota dan diserata negara termasuk di timur tengah dan Eropah
Aku mulai bergelumang dalam kehidupan yang tak pernah aku bayangkan wujud selama ini
Demi menyesuaikan diri dengan Kerjaya dan demi tugas aku, aku mula belajar meneguk arak dan pelbagai minuman keras yang lain.
Sebut sahaja Bintang Palace, Vegas, deSwan, deboss club, kelab-kelab malam mewah di Bangkok dan Jakarta kesemuanya sudah aku kunjungi.
Pelayan wanita GRO sering bertukar ganti. Hampir kesemuanya telah aku tiduri walaupun aku tahu ada sebilangan Pelayan GRO di tempat-tempat itu ada yang sudah bersuami.
Sue tahu akan kedudukan aku dan dia sangat sporting dan memahami Kerjaya aku. Malah dia galakkan aku buat apa sahaja asalkan dapat job untuk syarikat
"Bie, buat je apa pun janji dapat job.. I tak kesah lah. You don't worry about me. I dah diajar dan diasuh sejak remaja lagi tentang kehidupan macam ni. Pergi je lah Bangkok tu bawak Tan Sri tu entertainment. Enjoy yourself bie. Jangan balik tangan kosong okay! The money and the job is more important than me" kata sue pada aku.
Aku disuruh oleh dato sahak untuk belajar main golf, tennis dan squash semata-mata untuk menyesuaikan diri aku dengan kehidupan orang kayangan di kota raya yang serba pantas dan sangat mencabar
Kalau dahulu aku cuma shopping pakaian berharga bawah dua ratus ringgit, kini pakaian yang berharga ribuan ringgit menjadi kebiasaan diri aku.
Duit bagaikan air mineral yang mengalir deras. Setiap job yg aku dapatkan memberikan imbuhan bonus yg amat besar hingga bernilai jutaan ringgit.
Siapa sangka seorang anak kampung yang mandi terjun ditali air bersama rakan dan jiran kini menjadi golongan kayangan dengan harta bernilai jutaan ringgit
Dari kereta jenama BMW X5 pemberian dato sahak kini aku beralih kepada jenama Porsche Cayenne manakala kereta isteriku dari BMW 3 series aku gantikan dengan Mercedes CLS dan juga sebuah sports car jenama itali untuk kegunaan hujung minggu
Menaiki pesawat kelas ekonomi terus ke kelas bisnes atau satu.