Nuttella toast | ヌテラトースト

109 20 4
                                    

Sudah hampir setengah jam peperiksaan berjalan. Dan selama setengah jam tu lah pelajar-pelajar dalam kelas membuka langkah dengan soalan-soalan yang membunuh pointer mereka. Ada yang sampai berpeluh-peluh menjawabnya.

Aku angkat muka dan mula mengurut tengkuk yang sakit. Budak-budak lain ni tak sakit tengkuk ke asyik menunduk je? Aku pandang orang sebelah dengan pandangan tak puas hati. Dia tengah bawa jet turbo ke? Laju betul dia menulis, siap selak kertas kuat-kuat pula. Senang sangat ke soalan tu? Cis tak boleh jadi ni!

Budak yang duduk selang sebaris dengan aku tiba-tiba melakukan gegeran tak sepatutnya daripada aktiviti memadam. Wah, banyak betul background music kat sini. Padam sampai nak tembus meja. Tak fikir orang lain langsung.

Aku tunduk semula memandang soalan di atas kertas. Tapi kertas aku yang memang dari tadi kosong masih tak berubah. Aku pegang kepala dengan bersungguh-sungguh, cuba mengingati ilmu yang sempat diserap daripada aktiviti mengunyah buku tadi. Ternyata kebijaksanaan aku tersekat di skala enam.

Aku harap Leo tengah berdoa sekarang. Mana lah tahu berkat doa dia, otak aku tiba-tiba boleh menjana idea-idea gempak dan bombastik?

Aku pandang semula soalan.

Setelah dua minit masa dihabiskan dengan termenung menginsafi dosa-dosa lalu, akhirnya aku angkat pen dan mula menulis.

Jap. Pembaris mana pembaris?

Aku mencari-cari kehadiran seketul plastik 15cm jenama ziraffe made in china. Habis diangkat semua kertas. Tanpa disedari, aku tertepis pen hingga jatuh. Sengsaranya kehidupan!

Leher aku dipanjang-panjangkan mencari lecturer supaya dia boleh tolong ambil kan. Tapi dia dah selamat berhijrah ke bahagian belakang kelas. Damn, siapa nak tolong ambikkan pen aku?

Aku capai pen kedua terbaik yang aku ada. Pen ni tak best sangat kalau dibuat menulis tapi lebih baik ada daripada tak ada langsung.

Aku mula menulis.

Timbul satu lagi masalah.

Pen ni tak ada dakwat.

Aku hentak-hentak pen itu di atas meja. Tapi disebabkan dakwatnya berdegil taknak keluar, aku goncang badannya sekuat tenaga. Oh yeah. Pen itu terlepas dari tangan aku lalu terbang membelah udara hinggalah terkena kepala budak meja sebelah.

Budak meja sebelah mencarut terkejut. Tapi korang tak perlu tahu apa dia carutkan sebab perkataannya boleh menganggu jiwa dan raga. Biarlah rahsia. Apa yang pasti, carutannya kedengaran jelas dan kuat hingga kepala semua orang yang menunduk, terus terangkat secara automatik.

Seorang lecturer lelaki datang ke arah aku.

"Ada masalah ke?" dia bertanya sambil pandang aku dan budak meja sebelah silih berganti.

"Err.. pen saya terjatuh" aku memberitahu fakta yang penuh menyakitkan itu sambil buat muka sedih.

"Takkan terjatuh sampai terkena kepala orang lain?"

Dahi aku mula berpeluh.

"Bukan macam tu. Tadi saya cari pembaris saya lepastu pen saya terjatuh kat lantai. Jadi saya pun- ah! Tak, tak! Sebenarnya masa saya jawab soalan ni, tiba-tiba ada burung helang masuk ikut tingkap lepastu dia sambar pen saya dan boom! Lepastu whoooshh! Lepastu zap zap zap! Eh tak tak. Biar saya mula semula...." aku tarik nafas dan berdehem beberapa kali. "Sebenarnya, bukan saya yang buat"

Suasana sunyi sepi.

Seluruh warga kelas pandang aku tak berkelip.







•••








❝caramel latte ♡ pt。 ❞Where stories live. Discover now