0.1

585 146 177
                                    

Pada pukul 9 malam, Maya mengulang kaji seperti biasa sebelum dia keluar memajat atap untuk melihat bintang pada pukul 10. Kejadian malam semalam terimbas semula.

Dia fikir itu hanya mimpi tetapi...

"Woi! Kau belajar apa tu?" soal Asta yang duduk di atas bingkai tingkap dengan bergaya sekali.

Maya terkejut sedikit. "Eh? Kau datang lagi? Semalam kenapa tiba-tiba hilang?"

"Aku lompat dari tingkap sebab mak aku panggil." Jawabnya selamba.

"Eh? Kau duduk dekat kawasan sini ke?" soal Maya.

Asta tidak menjawab, sebaliknya dia menukar topik. "Malam ni kau tengok bintang lagi ke?" soal Asta.

"Hari-hari aku tengok bintang. Kenapa?" Soalan berbalas soalan.

"Tahu, memang hari-hari kau selalu tengok bintang. Saja tanya kau tengok ke tak malam ni."

"Macam mana kau tahu?" soal Maya hairan.

"Aku nak tengok sekali boleh?" Sekali lagi dia lari dari soalan Maya.

"Tengok jelah, siapa larang? Sebelum ni tak pernah pun minta izin aku nak tengok bintang."

"Sebelum ni kau belum jadi milik aku, sekarang kau milik aku. Apa salahnya aku minta izin kau?"

"Dekat badan aku tak ada pun cop nama kau. Jadi aku bukan milik kau. Memandai je." Kata Maya.

Asta mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. "Hulur belakang tapak tangan kau." arahnya.

"Nak buat apa?" Maya hulurkan juga. Mana tahu Asta ni nak bagi dia coklat ke kan?

Tiba-tiba dia terasa seperti di cop pada tangan. Rupanya Asta dah cop tangan dia. Maya melihat tangannya yang tertulis,

'HAK MILIK ZILDAN ASTA'

"Sekarang kau milik aku." Asta menyimpan copnya.

"Mana datang cop tu?" soal Maya naif.

"Aku ada magic tau. Nak tengok?" soal Asta.

"Seriously?"

"Nak tengok ke tak?" soalnya lagi.

"Boleh lah, tunjuklah cepat." Gesa Maya.

Asta mengambil anak patung sotong milik Maya dan menghidupkan patung itu. Maya terkejut melihat patung itu hidup.

"Mati kan balik!" arah Maya dengan nada yang takut.

Dengan segera Asta mematikan sihirnya. Dia memandang wajah Maya yang sudah kemerahan kerana menangis.

"Maya, kenapa? Tadi kata nak tengok magic."

"Tapi janganlah sampai hidupkan anak patung. Aku ni dah lah penakut. Kalau malam ni dia kacau aku macam mana? Siapa nak teman aku tidur?" soal Maya sambil mengelap air matanya.

"Aku teman, kau kan hak milik aku. Aku janji tak buat apa-apa. Jangan nangis dah tau, nak aku siapkan homework?" Pujuknya dan sempat pula dia memberi rasuah.

"Betul ni kau nak siapkan homework aku?" soal Maya yang termakan rasuah.

Asta mengangguk. Dia mengeluarkan kuasa magic nya. Tiba-tiba semua kerja sekolah itu sudah siap tertulis. Maya terdiam, dia memandang wajah Asta dengan bengang.

"Kepala hotak kau pakai kuasa! Kalau salah macam mana?" soal Maya geram.

"Chill lah babe. Dijamin betul semua, ok sekarang, jom pergi tengok bintang." Asta memanjat tangga dan membuka pintu kecil yang ada di siling bilik Maya.

"Macam mana kau tahu tu pintu untuk aku pergi atas atap?" soal Maya hairan.

"Kau ni agak-agaklah nak tunjuk bodoh pun. Dah terang-terang tangga ni letak dekat sini untuk panjat atap kan? Lepastu ada pintu pulak tu, jelas lagikan nyata."

Maya tersengih dan mendapat jelingan dari Asta. Dia memanjat atap pula dan mereka duduk bersebelahan sambil melihat bintang.

"Boleh aku tahu kau sebenarnya anak siapa, asal mana, keturunan apa dan kenapa kau pakai pakaian macam putera raja ni?" soal Maya ingin tahu.

"Sebenarnya, aku ni keturunan kerajaan langit malam." jawabnya dengan wajah biasa. Tetapi kedengaran seperti dia tak main-main.

"Elok-elok lah. Kau ingat kelakar ke?" Maya menayang wajah dingin.

"Betul lah! Kalau kau nak tahu, aku salah satu bintang yang kau tengok tu." Asta menunjuk langit yang dipenuhi bintang.

"Ish, kau ni, mana ada bintang boleh jadi manusia kacak macam kau."

"Ish! Itulah kau tak tahu, apa kau tahu? Wishing to the star, hope you can find a prince charming." Sempat Asta memerli Maya. Maya hanya menjelingnya sahaja.

"Dekat atas sana ada sebuah istana yang tak akan dilihat oleh manusia. Aku selalu bermain dengan bintang, kau mungkin tak nampak aku sebab manusia biasa macam kau akan nampak aku seperti bintang yang lain."

"Habis tu sekarang ni kenapa aku boleh tengok kau?" soal Maya lagi.

"Sebab aku nak kau tengok aku. Jadi kau bolehlah nampak aku."

"Dalam banyak-banyak orang kenapa kau pilih aku untuk tengok kau?"

"Kau ni memang tak reti bersyukur eh dapat jumpa aku? Aku bagi kau tengok muka aku yang kacak ni pun still nak mempersoalkan kenapa aku pilih kau." Asta merengus perlahan.

"Aku terfikir je. Tapi apa niat sebenar kau turun ke bumi?"

Asta terdiam, dia memandang langit malam dan memikirkan ayat untuk dia jawab soalan Maya tadi.

"Aku selalu tenung kau juga dari langit. Kau pun selalu tatap aku dari langit. Lama-lama aku jatuh cinta-" Asta menekup wajahnya yang sudah kemerahan. Dia malu sebenarnya untuk menunjukkan perasaannya.

Pipi Maya turut kemerahan, dia pun turut malu apabila melihat Asta blushing.

"Betul ke aku selalu tatap kau?" soal Maya malu-malu. Asta mengangguk dan masih menekup wajahnya.

"Yang jatuh dari langit semalam bukan tahi bintang, tapi aku." Asta perlahan-lahan menurunkan tangannya dan tersengih.

"Kau turun dari langit semata-mata nak jumpa aku?" soal Maya lagi. Asta mengangguk lagi.

Mereka saling bertatapan mata. Dua-dua terkedu dan terpesona.

Maya terus bangun dari tempatnya. "Dah jomlah masuk." Dia terus turun dari atap, begitu juga Asta.

"Maya. Kalau kesan cop dekat tangan tu hilang. Maknanya aku balik rumah. Kalau tak hilang maknanya aku merayap tengah malam." kata Asta.

"Oh, tak tanya pun. Tapi cop ni memang aku tak boleh hilangkan ke?"

Asta menggeleng. "Aku pergi dulu lah."

"Tadi kata nak teman aku tidur? Kau duduk dekat sofa tu. siapa suruh kau kacau aku tadi." Maya memeluk tubuhnya.

"Yelah, kau dah tidur nanti aku pergi tau?" tanya Asta pada Maya.

"Ok, jangan buat apa-apa dekat aku eh!" pesan Maya.

"Bukan boleh sentuh kau pun."

"Kenapa tak boleh?" soal Maya naif.

"Kau nak sangat aku sentuh kau ke?" soal Asta sinis. Dia menunjuk reaksi miang.

Maya menggeleng laju.

Asta tertawa kuat sebelum dia menjawab pertanyaan Maya tadi, "aku tak boleh sentuh manusia. Itu jelah aku boleh jawab. Dah pergi tidur! Aku panggil mickey dengan minnie nanti." ugut Asta.

"Macam manalah kau tahu pasal trend tu." Maya masuk ke dalam selimutnya.

"Kau ingat manusia je maju? Kitorang lagi maju." katanya selamba.

"Yelah...good night."

"Good night too my maya."



8:54 , 26/7/21




Bab 1 yang merapu 😂👍🏻

Asta : The Lost Star ✔︎Where stories live. Discover now