0.3

421 124 55
                                    

Sudah masuk hari ketujuh Asta dan Maya berkawan. Hari-hari juga mereka bermain bersama di langit pada waktu siang dan malam mereka akan duduk di atas atap melihat bintang.

Perasaan suka terhadap Asta kian mekar bak bunga mawar. Dia jatuh cinta terhadap Asta yang selalu ada disampingnya. Sentiasa buat dia tersenyum walaupun dia juga yang akan buat Maya menangis.

Hari ini adalah malam sabtu, Asta merancang untuk keluar melihat persembahan bunga api bersama Maya.

"Pergi tengok bunga api?" soal Maya.

Asta mengangguk.

Maya menggeleng.

"Why?" soal Asta.

"Malas."

"Ala...kat langit mana ada persembahan bunga api."

"Kau ni lagi bodoh dari aku rupanya. Bunga api tu meletup kat langit juga kan?"

"Maksud aku, dekat langit jauh nun disana. Tempat aku duduk. Bosan lah tengok dari langit. Orang tengok bunga api dongak ke atas. Aku kena tunduk ke bawah pulak." omel Asta.

"Ish, iyalah. Jom. Terbang kan?" soalan Maya itu kurang cerdik bagi Asta.

"Dah boleh terbang takkan nak bazir duit naik grab pulak. Ish kau ni. Bodoh lagi dari aku rupanya." bebelnya sambil mengikat kain pada tangannya dan tangan Maya.

"Diamlah. Jom terbang sekarang!"

"Jom! Super Wing!" Asta menghidupkan sihirnya dan membawa Maya terbang bersama.

"Kau layan kartun?" soal Maya.

"Mana ada, aku terpengaruh budak kecil yang main dekat taman petang tadi. Tak habis-habis budak tu jerit 'super wing' aku pun terpengaruh sebab macam comel je jerit macam tu." dia terangkan pada Maya dengan muka innocent. Cara dia terangkan tak pernah nampak macam bergurau.

Maya tertawa kecil, sikap Asta yang comel ini adalah salah satu sebab kenapa dia semakin jatuh cinta terhadap Asta.

-----

"Wah! Tu warna biru! Ha, yang tu pulak warna ungu. Eh warna pink!" Asta menunjuk ke arah bunga api yang berwarna warni itu dengan wajah yang teruja. Maya pula hanya menongkat pipi dan menatap wajah Asta lama.

Mereka berdua berada di puncak bukit supaya boleh melihat bunga api dengan lebih dekat. Tengah syok merenung wajah Asta, tiba-tiba terlintas satu soalan di dalam fikiran Maya.

"Asta."

"Hm?" Asta turut menongkat pipinya dan memandang wajah Maya. Apabila Maya memanggilnya pasti dia akan memberi sepenuh perhatian kepada Maya.

"Tanda cop ni tak pernah hilang dari tangan aku. Kau...tak balik istana ke?" soal Maya ingin tahu.

"Erm...tak."

"Kenapa tak balik? Bonda kau tak risau? Ayahanda kau? Atuk pin kau?"

"Sebenarnya...kalau aku dah turun ke bumi...aku tak boleh pulang semula ke langit."

"Habis tu? Kenapa kau turun dari langit? Tengok sekarang kau dah tak boleh balik!" marah Maya.

"Tapi...aku nak jumpa kau. Aku penatlah tahan perasaan aku. Aku taknak tengok kau dari langit je. Kau pun tahu kan aku cintakan kau?" Asta merenung ke dalam mata Maya.

"Tapi Asta...kalau kita saling cinta sekalipun...kita dapat bersama ke?" soal Maya.

Asta tersenyum pahit. "Honey, don't you ever love me please...just let me love on you. Its will make me sad when you fall in love to me. I don't want you love me. I'm just your 'maya'."

"What you mean, 'i'm just your maya'?"

"Maya, bermaksud ilusi. Asta bermaksud bintang. Even i'm your asta. I'm still your maya. Faham tak?"

Maya menggeleng, mata pelajaran apa yang dia belajar sekarang ni? Wajahnya jelas blur tahap internet tergendala.

Asta tertawa kecil, sabar jelah bila kena terangkan sesuatu dekat budak otak perlahan ni.

"Maksud aku, walaupun aku ni kau punya bintang, aku tetap kau punya ilusi. Faham?"

"Wah dah macam google translate."

"Tapi kau faham tak apa yang aku cakapkan ni?"

Maya menggeleng dan tersengih. Asta menggaru kepalanya yang tak gatal. "Aduhai Maya seorang ni. Kalaulah pipi kau dapat disentuh oleh aku, dah lama aku sepak muka kau yang cantik tu."

"Berani kau nak sepak muka aku?" Maya menayang wajah geram.

"Hehe, gurau je. Takkan aku nak lukakan bayi aku yang comel ni." Asta tersengih.

"Comel eh?" Maya memegang pipinya. Kuat sangat perasan.

"Mestilah comel!" Dengan semangat Asta menjawab.

"Tapi...kenapa ada orang tu kata aku buruk?"

"Siapa orang tu? Ish! Kalau aku boleh sentuh dia mesti pecah dah muka orang tu! Berani dia cakap aku punya baby tak comel?!" Asta menumbuk tapak tangannya sendiri.

"Eh, kaulah yang cakap aku hodoh dua hari lepas!" bengang Maya dibuatnya. Niat dia nak perli Asta, tapi Asta terlalu naif dan innocent orangnya.

"Eh ada eh?" Asta menggaru kepalanya.

"Ada! Kan aku kata aku cantik macam bidadari, lepastu kau menyampuk cakap aku ni hodohlah, buruklah. Ee! Geram je dengan dia ni."

Asta hanya tertawa dan berkata bahawa dia hanya bergurau. Elok berbual tentang cinta tiba-tiba dah lari dari topik.

-----

Maya berbaring di atas katil dan termenung. Kata-kata Asta di atas bukit tadi bermain di dalam fikirannya. Dia memandang wajah Asta yang sudah tertidur di atas sofa.

'Tapi aku dah cintakan dia.' Desis hatinya.


11:49, 27/7/21

Bab 3 yang tiada faedahnya 😔👍🏻

Asta : The Lost Star ✔︎Where stories live. Discover now