Aira POV
Suasana perpustakaan sangat senyap. Semua sibuk ulang kaji untuk ujian akhir tahun. Aku curi-curi melihat dia yang sibuk menulis nota. Aku ikut study group ni pun sebab aku nak ada dekat dengan dia. Aku ni walaupun tak berapa suka ulang kaji, tapi markah aku masih tinggi dalam ujian. Sebab tu jugalah diorang ajak aku ikut sekali.
Aku melihat jam yang disangkut pada beg. Lagi lima minit nak pukul lima dan kitorang akan berhenti ulang kaji dan terus balik ke rumah. Saya disebelah aku sudah mula menyimpan barangnya. Aku pun mula menyimpan barang aku sekali. Yang lain kecuali dia sudah menyimpan barang mereka.
"Tak nak balik?" soalku pada Haru.
"Aku nak ulang kaji lagi sikit," jawabnya tanpa memandangku. Walaupun agak sedih dia tak pandang, tapi aku juga dah biasa.
"Rajin sangatlah kau ni. Memang tak hairanlah kau dapat nombor satu setiap kali ujian," ujar Saki.
Selain Haru, Fujima juga stay di perpustakaan. Memang tak hairan kerana mereka berdua merupakan rival. Aku juga kalau boleh tak nak balik dan duduk di situ sambil menatap muka dia. Tapi kalau macam tu nampak sangatlah yang aku ni suka dia.
"Aku nak cuba berborak dengan dia," kataku perlahan tetapi masih didengar oleh Saya.
"Bukan korang pernah berborak ke dalam chat?" soal Saya.
"Pernah. Tapi itu pun pasal aku tulis puisi je. Aku hantar dekat dia pun sebab dia suruh aku cuba buat. Tak sangka pula dia suka puisi yang aku tulis. Lepas tu aku tanya dia kalau dia nak aku buat lagi puisi macam tu. Dia kata okay dan macam tulah kitorang mesej. Tak ada benda menarik atau romantik pun."
"Apa kata, kau luahkan perasaan dekat dia lepas ujian ni?"
"Eh?! Tak apa ke? Tak cepat ke?"
"Kau dah suka dia sejak tahun pertama, kan? Apa yang cepatnya? Lagipun okay apa kau luahkan masa habis ujian. Sekurang-kurangnya tak adalah ganggu pelajaran dia nanti."
Cadangan Saya ni ada bernasnya juga. Mungkin aku patut cuba. Tapi nak luah macam mana? Aku ni bukan berani nak luah depan-depan. Nanti suara tak keluar, dah aku berdiri macam patung je dekat situ. Habis dia fikir aku ni buang tabiat!
"Mungkin aku patut cuba cara biasa yang aku mesej dia?"
• • •
Seminggu aku tunggu dan akhirnya ujian dah berakhir. Semalaman aku perah otak untuk tulis puisi luahkan perasaan. Esok merupakan hari cuti sekolah. Masa yang sesuai untuk aku luahkan perasaan sebab esoknya nanti kalau kena reject tak payah jumpa dia.
Pada waktu pagi tu aku terus send puisi yang aku tulis semalam. Kemudian aku terus tutup telefon aku dengan perasaan berdebar.
"Aira, tolong tengok adik tu kejap!" Panggil ibuku. Aku mula ke bilik air untuk mandikan adik kecil aku. Selesai sahaja, aku pergi kemas bilik pula. Ambil masa dua jam juga baru selesai. Aku mula buka LINE dan dia masih lagi tak baca mesej aku.
Tiga jam kemudian, aku buka semula LINE dan lihat dia sudah membaca mesej aku dua jam yang lalu. Tapi masalahnya kenapa dia tak balas? Aku dah cuba beranikan diri untuk luahkan perasaan. Aku mula menaip.
Jadi aku kena reject?
10 minit kemudian dia balas.
Sorry. Tapi aku tak terfikir pun nak bercinta masa sekolah. Jangan risau. Kita masih boleh jadi kawan.
Sah. Aku kena reject. Tapi kenapa aku tak rasa sakit, rasa nak menangis ataupun patah hati? Mungkin sebab jawapan dia yang tak berapa jelas?
"Jadi dia reject bukan sebab tak suka kau ataupun dia suka orang lain. Wah. Jawapan penuh harapan betul. Tengok muka kau pun aku dah tahu," ujar Saya.
Dia betul. Jawapan tu buat aku rasa masih ada harapan. Kalau dia suka aku dan rasa yang bercinta tu takkan ganggu pelajaran dia, mungkin dia akan terima aku, kan? Jadi apa yang aku perlu buat adalah kenal dia dengan lebih lagi.
"Aku nak cari jalan supaya dapat borak dengan dia tapi lepas kena reject ni rasa malulah. Boleh tolong tak?" Aku minta pendapat Saya.
"Hmm.. Aha! Hujung bulan nanti, kelas kita akan berkumpul dekat festival untuk sambut tahun baharu sama-sama. Haru mesti datang kalau Saki yang jemput. Lepas tu kita boleh pergi kuil untuk berdoa. Bukan ke bagus untuk buat hajat?"
Cadangan Saya buat aku teruja. Aku juga terfikir nak bergaya sikit pakai kimono. Tahun lepas kitorang berkumpul aku tak pakai kimono sebab dah kecil dan ibu lupa nak beli yang baru. Aku cuma pakai t-shirt buat aku digelakkan oleh diorang.
• • •
Aku lihat diri aku di depan cermin. Kimono merah jambu dengan corak kelopak bunga sakura. Rambut aku yang selama ini diikat ekor kuda aku lepaskan. Kemudian aku ikat separuh atas dan biarkan rambut yang bawah. Dilengkapkan dengan sanggul rama-rama.
Sampai sahaja, aku melihat rakan kelas lain sudah menunggu. Saya berpegangan tangan dengan Fujima. Manakala Saki dengan Haru di sebelahnya. Melihat Haru dengan yukata buat jantung aku berhenti. Tahun ni juga dia nampak kacak sangat.
"Wah, Aira! Kau nampak lain sangat!" ujar Saya teruja.
"Aira-chan kawaii. Kan, Haru?" soal Saki. Soalan tu buat jantung aku berdebar.
"Hm. Nampaknya kau ubah stail rambut kau," jawab Haru.
Aku pandang Saya dengan mata bersinar. Saya cuma senyum dan memberi thumbs-up padaku.
"Sekarang jom enjoy festival ni!" Kami mula bergerak dalam kumpulan empat orang.
Saya sudah semestinya dengan aku. Kemudian dia menarik Fujima dengan kitorang. Lagi seorang tak lain tak bukan, Haru. Walaupun dia dengan Fujima ni rival, tapi diorang ni rapat dan tak boleh berpisah. Tapi sebab Fujima jenis anti sosial, jadi kalau tugas ajak keluar tu Saki lah.
"Eh, ada ema*!"
(*Ema merupakan sejenis kayu kecil di mana orang menulis hajat mereka dan gantungkan di kuil)
"Jom tulis hajat masing-masing. Lepas tu berdoa dekat kuil dan gantungkan," cadang Saya. Kitorang setuju.
Aku menulis hajat aku dan berdoa dalam hati.
Aku harap aku dapat mengenali Haru dengan lebih lagi selama aku sukakan dia.
• • •
YOU ARE READING
After Know You
FantasyAira sukakan Haru sejak tahun pertama lagi. Dia luahkan perasaan padanya semasa tamat ujian akhir tahun tetapi Haru balas dengan mengatakan yang dia mahu fokus belajar. Ini membuatkan Aira rasa dia ada harapan. Pada tahun baharu sebelum mereka masuk...