Haru POV
Aku balik ke rumah dengan Saki pada pukul 12.30 malam. Kitorang berpisah bila lorong rumah kitorang berbeza. Aku melambai padanya kemudian dengan malas aku jalan kaki ke rumah. Lampu rumah yang masih terbuka buat aku mengeluh.
"Kamu lambat balik 23 minit!" ujar ayah sebaik saja aku membuka pintu.
"Ayah dah kata kamu perlu balik sepuluh minit lepas habis tahun baru! Kalau kamu buat perangai macam ni lagi, ayah takkan bagi kamu keluar dengan kawan-kawan kamu," ujar ayah dengan dingin.
Inilah sebabnya aku rasa malas nak balik. Tapi kalau tak balik ayah mesti lagi marah. Mak pula hanya diam dan sekali-sekala cakap lembut dengan ayah.
"Esok pastikan kamu siapkan buku matematik yang ayah beli untuk kamu bersedia untuk subjek tahun 3." Ayah beredar dan aku naik ke bilik.
Tanpa buka lampu, aku terus campakkan diri ke atas katil. Aku keluarkan ema dari yukata aku. Tadi aku tak gantungkan dekat kuil. Aku baca semula benda yang aku tulis.
Aku harap aku boleh lari dan hidup dengan keluarga lain.
Aku ketawa sendiri melihat apa yang aku tulis. Lebih tepat, aku ketawakan diri sendiri sebab berharap macam tu. Aku tak nak fikir pasal apa-apa lagi. Aku nak hidup macam apa yang aku nak, walaupun sekali je.
• • •
"Bangun!"
Suara siapa tu?
"Aira! Dah pukul berapa ni!"
Siapa yang dia panggil?
"Kakak!"
Aku terus terjaga apabila ada sesuatu menutup muka aku. Seorang kanak-kanak perempuan yang aku tak kenal duduk atas badan aku dengan bantal menekup muka aku. Otak aku mula nak berfungsi dan memproses kata-kata dia.
"Kakak?" tanyaku. Aku sendiri terkejut dengan suara yang aku kenal tetapi asing bagi aku keluar dari mulut.
"Kakak kena bangun, kalau tak kena demam nanti!" Dia terus turun dari badan aku dan keluar dari bilik.
Dengan pantas aku bangun dan merasa badan aku. Sangat asing. Dada aku terasa berat. Akhirnya aku melihat pantulan diri aku pada cermin di meja solek. Rupa yang sangat aku kenal berada dalam cermin tu.
"Ini... Aira?"
• • •
Aku mengambil plaster yang tersimpan dalam laci meja solek. Aku tampalkan plaster pada luka di jari aku. Tadi aku terlampau terkejut sampai terjatuh minyak wangi di atas meja dan pecah. Dengan refleks, aku mengutip kaca dan cederakan jari aku.
Tetapi dengan ni satu hal yang pasti, ini bukan mimpi. Aku boleh rasa sakit. Aku mencapai telefon pintar Aira dan mula mendail. Aku perlu telefon badan sebenar aku untuk pastikan apa yang berlaku sekarang.
Aku telefon sekali, tak dapat.
Dua kali, tak dapat.
Tiga kali, akhirnya ada orang jawab tapi bukan orang yang aku sangka.
"Kamu ni kawan Haru, kan? Sekarang ni anak pak cik dalam proses untuk belajar. Kalau kamu nak bercinta, baik jangan dekat dengan anak pak cik," ujar ayahku.
"Aya-" Ayat aku tergantung bila tersedar aku hampir terlepas cakap. Kalau aku panggil ayah sekarang, lagi teruk anggapan dia terhadap Aira.
"Bukan, pak cik. Saya cuma nak pulangkan duit yang saya pinjam dekat dia semalam," jawabku separuh jujur. Aku memang ada pinjam duit Aira semalam tetapi itu bukan sebab utama aku telefon.
"Hmph! Tunggu dia habis ulang kaji dulu!" Ayah terus tamatkan panggilan.
"Fuh! Hampir," keluhku. Buat pertama kalinya aku tak ada ulang kaji nak dibuat. Aku melilau melihat bilik Aira. Pertama kali aku berada dalam bilik perempuan. Bilik dia warna merah jambu. Ada ciri-ciri kebudak-budakan memandangkan dia duduk sebilik dengan adik dia.
Bau bilik ni pula tak ubah seperti strawberi dan bubble gum. Sekali pandang memang bilik idaman kebanyakan perempuan. Aku buka laci meja belajar pula. Terdapat satu buku kecil.
"Ini... diari Aira?" Bila difikirkan semula, tak hairan juga dia ada diari. Aku cuma biarkan tanpa menyentuhnya. Aku tak nak sentuh barang privasi dia. Walaupun aku tak tahu sampai bila kitorang akan tertukar badan.
Tzzt! Tzzt!
Aku mencapai telefon dan nama aku sendiri terpapar di skrin. Akhirnya panggilan yang aku tunggu dah sampai. Aku terus mengangkat dan suara yang sangat tak asing menerjah. Rasa pelik bila dengar suara sendiri dari hujung talian.
"Haru? Kau Haru, kan?" tanya dia.
"Aira?" jawabku.
"Betullah kau Haru! Apa kata kita jumpa dekat taman? Sekarang!" Dia terus meletakkan panggilan sebelum sempat aku kata apa-apa.
"Ibu, saya keluar sekejap!" Aku mengambil kot tebal dan keluar memandangkan salji lebat.
"Haru!"
Aku memandang diri 'aku' yang agak lain. Macam mana tak lain? Aku pakai sweater dengan skaf merah terlilit di leher. Headphone kesayangan aku pula digantikan dengan smurf di kepala. Ini ke versi aku yang 'lain'?*
(*Yang dimaksudkan tu ialah badan sebenar dia)"Macam mana boleh jadi macam ni? Kita ada buat apa-apa yang tak biasa ke?" soalku.
"Rasanya tak ada. Semua benda yang aku buat semalam adalah perkara biasa."
"Aku pun. Tak ada benda pelik yang berlaku pun semalam."
"Tapi kalau nak cari sebab dia takkan ambil masa sehari je. Kita kena tunggu. Mana tahu benda ni cuma berlaku sehari je?" tanya Aira.
Aku mengangguk setuju.
"Memandangkan kita tak tahu sampai bila akan terus macam ni, apa kata kita buat peraturan? Untuk jaga privasi badan sebenar kita dan supaya orang sekeliling tak syak apa-apa," cadangnya.
"Bagus juga. Aku mula dulu. Pertama, jangan sesekali makan snek atau apa-apa dalam bilik aku. Kedua, pastikan kau siapkan modul dekat atas meja sebelum ayah aku periksa. Ketiga, aku alah dengan kacang jadi jangan sesekali makan. Aku tak tahulah kalau kau dekat dalam badan aku, alahan tu muncul ke tak tapi untuk jaga-jaga."
"Keempat, ayah aku tak suka bising jadi jangan pasang muzik kuat-kuat atau menyanyi. Kelima, ayah aku takkan benarkan tidur lewat kecuali ulang kaji. Terakhir sekali, jangan suka-suka main phone depan ayah aku."
"Err.. kenapa hampir semuanya pasal ayah kau ni?"
"Memang semua benda, ayah aku yang tetapkan."
"Aku tak minta banyak, cuma jangan mandi. Lepas tu kalau Saya telefon atau pergi rumah aku, cakap yang kau tak sihat."
"Itu je?" Dia mengangguk. Aku nak tanya pasal diari dia, tapi aku batalkan niat aku. Sama ada dia larang atau tak, aku takkan sentuh privasi dia.
• • •
YOU ARE READING
After Know You
FantasyAira sukakan Haru sejak tahun pertama lagi. Dia luahkan perasaan padanya semasa tamat ujian akhir tahun tetapi Haru balas dengan mengatakan yang dia mahu fokus belajar. Ini membuatkan Aira rasa dia ada harapan. Pada tahun baharu sebelum mereka masuk...