3

4 2 0
                                    

Aira POV

Lepas saja ulang kaji, aku terus baring dan mengeluh. Patutlah Haru tak pernah gagal dapat nombor satu. Selalu kena suruh baca buku atau ulang kaji lewat malam. Kalau tak dapat nombor satu lepas bekerja keras macam ni, bukan dia je yang sedih nanti. Ayah dia pun mesti mengamuk.

"Tapi kalau macam ni, boleh ke dia betul-betul berseronok masa zaman sekolah?" bisikku.

Aku mencium bau selimut Haru. Bau mint bercampur buah kelapa. Sedap juga bau ni. Kemudian muka aku terasa panas. Macam mana kalau Haru ada memori ni lepas kitorang tukar badan semula? Malulah nanti!

Aku cepat-cepat bangun dan cari aktiviti lain yang hendak dibuat. Aku memeriksa rak bukunya. Yang ada cuma buku sastera dan bahasa asing. Novel atau komik satu pun tak ada. Pasrah, aku cuba mengambil satu buku tersebut dan membacanya.

Keputusan aku di kelas dikira bagus jadi aku fikir aku ni seorang yang pandai tapi bila baca buku ni, satu pun aku tak boleh nak hadam! Dia baca buku ni hari-hari ke? Ini bukan tahap sekolah menengah dah ni. Haih, rasa kagum aku terhadap Haru semakin bertambah.

Aku letak semula buku itu di rak dan sesuatu jatuh. Aku mula menunduk untuk mengutipnya.

"Inikan emma milik Haru," bisikku lalu membaca apa yang ditulis.

• • •

Aku bangun apabila suara tidak asing menerjah telinga. Mataku terbuka luas melihat bilik yang sangat aku kenali. Aku pergi ke cermin sambil meneliti badanku, meninggalkan adikku yang hairan dengan tingkah laku ini.

Pantulan di cermin sangat mirip dengan muka aku. Tak sah lagi, aku dah balik semula ke dalam badan asal aku! Dengan pantas aku mencapai telefon dan terdapat lima belas panggilan tak berjawab daripada Haru. Aku menelefonnya semula.

"Hai, Haru," jawabku apabila dia mengangkat.

"Um. Nampaknya macam tulah. Nak jumpa ke? Okay." Lepas letak telefon, aku terus capai tuala dan mandi. Aku bersiap sedikit sahaja.

Sampai di depan stesen, aku nampak Haru sudah menunggu dalam restoran. Dia melihat jam di pergelangan tangan. Mesti agak lama dia tunggu. Rasa bersalah lah pula.

"Haru." Aku cuba mempamerkan senyuman ceria.

"Duduklah. Aku dah pesan air dulu tadi." Dia tidak membalas senyuman aku, seperti biasa. Aku pun dah mengajar diri untuk tak terasa dengan sikap dingin Haru.

"Aku terkejut ayah kau bagi keluar," ujarku setelah duduk.

"Mm. Sebab kau dah buat kerja tu dua kali ganda dari yang sepatutnya semalam. Aku jadi ada masa lapang," jawab dia dengan bibir sedikit lebar.

Kejap. Dia tengah senyum ke tu?!

Aku jadi terpana melihat senyuman Haru. Rasa kecewa sebab tak boleh nak mengenali Haru dengan bertukar badan tadi terus hilang. Sekurang-kurangnya aku dapat buat dia senyum. Ini satu peningkatan!

"Haah. Aku pun rasa kalau aku buat lebih, mungkin ayah kau akan bagi aku rehat untuk satu hari," kataku senang.

"Terima kasih tapi lepas ni kau tak perlu buat semua tu dah."

Senyuman aku jadi pudar. Aku kembali rasa kecewa. Semua tu berlaku hanya untuk satu hari. Ianya terasa seperti mimpi. Semua peraturan yang dibuat semalam jadi angan-angan sahaja.

"Lepas ni..." Kata-kata aku tergantung. Aku menggelengkan kepala. "Tak ada apa-apa."

"Oh, ya. Memandangkan ayah kau bagi kau keluar dan aku pun tak ada benda nak buat dekat rumah, apa kata kita keluar jalan-jalan?" Cadang aku dengan penuh berharap.

"Nak jalan-jalan ke mana bila musim sejuk macam ni?"

"Adalah."

• • •

Aku bawa Haru ke pusat beli belah. Aku membawanya ke arcade. Kami bermain lucky-go-machine. Walaupun itu kali pertama dia main, tapi dia lagi mahir dari aku yang dah main selama bertahun ni! Semua permainan dekat situ juga dia sekejap je nak pandai.

Tak puas hati, aku ajak dia bermain bowling. Permainan yang aku tak pernah kalah seumur hidup. Mainlah dengan sesiapa, aku mesti menang. Aku ajar dia macam mana nak pilih bola. Kemudian cara baling.

"SPARE"

Terpapar pada papan tersebut. Aku ternganga. Dengan sekali cuba je dia dah dapat skor macam tu. Nampaknya aku kena serius dari mula lagi! Aku mencium bola tersebut dalam diam kemudian membalingnya.

"STRIKE!"

"Macam mana? Aku tak pernah kalah dalam game ni." Aku tersenyum bangga. Dia menjuling mata ke atas.

"Game je. Apa yang hebat sangat?"

"Itulah kata-kata orang yang kalah." Aku teringat semula apa yang aku dan dia katakan semasa di arcade tadi. Sebiji dengan apa yang dikatakan sekarang cumanya orang yang cakap tu bertukar.

"Kita main lagi satu round," katanya.

"Itupun kalau kau tak kisah kalah."

Habis bowling, kitorang pergi makan krep. Aku tak sangka orang macam Haru pun minat krep.

"Aku cuma minat krep je. Aku tak minat manisan lain," katanya.

"Krep je? Souffle pancake? Swiss roll? Tart buah?" Aku tanya pasal semua manisan kegemaran aku.

"Souffle pancake tu aku rasa biasa aje. Swiss roll dengan tart buah pula tak pernah rasa," jawabnya. Mata aku mula bersinar.

"Kalau macam tu, jom pergi rasa!" Aku terus mengajaknya ke kedai manisan. Banyak sangat manisannya sampai ada krim dekat muka Haru. Aku ketawa melihatnya.

"Sini aku lap." Aku mengeluarkan tisu yang dibawa dan kedepan sikit untuk lap pipinya. Aku mengangkat muka hanya untuk melihat dia yang merenung aku. Terus mukaku terasa bahang dan tunduk ke bawah.

"Um. Jomlah pergi tempat lain pula." Aku terus menuju ke pintu keluar. Haru mengejar aku. Aku menjelingnya yang memalingkan muka ke tepi.

Dia tengah gelakkan aku!

Aku rasa pipi aku semakin membahang lalu aku percepatkan langkah. Aku hanya buat tak tahu bila dia memanggil nama aku.

• • •

Pada malam itu, aku menceritakan semuanya kepada Saya dalam telefon. Selain daripada fakta yang kami pernah bertukar badan, aku menceritakan semuanya secara terperinci. Akhir cerita aku, Saya terus menjerit dari hujung talian.

"Wah!! Itu bukan date ke namanya?" suara Saya begitu teruja.

"Bukanlah. Date tu bukan untuk couple je ke? Aku dengan Haru cuma berkawan je," kataku. Nasib baik Saya bukan dekat depan aku. Kalau tak mesti dah kantoi muka aku tengah merah.

"Tapi kau suka, kan? Sebab tu muka kau merah," ujar Saya mengusik.

Nampaknya aku dah salah. Dia masih boleh tahu!

"T-taklah. Aku kena belajar lupakan dia." Aku tergagap. Itu membuatkan Saya ketawa.

"Aku sebenarnya harap yang korang boleh jadi lagi rapat," ujar Saya.

Aku diam. Aku juga berharap begitu. Aku fikir aku dah tahu puncanya bila aku baca apa yang Haru tulis pada emma. Tapi nampaknya aku salah. Ini hanya berlaku untuk sementara sahaja.

"Dahlah. Aku nak tidur," kataku. Rasa malas mahu sambung topik perbualan. Lepas sahaja tutup telefon, aku terus melelapkan mata.

"HARU!"

Aku membuka mata melihat seorang lelaki yang berwajah bengis. Kata-kata yang dia sebut tadi seperti melantun-lantun di dalam kepala. Mataku terbuka luas lalu bergegas pergi ke cermin.

"Haru lagi?!!"

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Aug 18, 2023 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

After Know YouTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang