9: First Time?

11 0 0
                                    




Aku membisu dalam kereta. Merajuk? mungkin. entah aku akui aku terasa bila Seokjin sibuk menyebut semua nama lelaki yang pernah aku terlanjur.

aku tahulah aku tidak sesuci gadis simpanannya sebelum ini.

"awak marah saya ke?"

Youra tersedak. awak saya? sejak bila ni?

Youra tidak tahu mahu beraksi bagaimana. perlu ke gunakan gelaran yang sama?

Seokjin mengambil tangan Youra diusap perlahan sebelum dikucup lembut.

"saya sikit tak terniat nak sakitkan hati awak. Saya cuma bergurau tak lebih. Jangan buat saya teringat dekat awak sampai balik ni. tidur pun tak senang sayang."

arhh cairr. Haih kenapa seketul Seokjin begitu pakar mengambil hati Youra? Pegangan tangan Seokjin pada Youra tidak lepas sehingga sampai ke rumah Youra.

"er, terima kasih hantar." biar Seokjin teringat smpai balik memang gadis itu sengaja biarkan Seokjin tangkap angau!

-

-

-

"Youra, aku sebenarnya dah lama tahu nak tanya tapi takut kau marah." Soalan Nelura dibalas dengan pandangan aneh oleh Youra. Saat itu mereka berdua sedang baring melepak di bilik Neulra. Hari cuti buat apa lagi melainkan melepak.

"tanya jelah. belum pernah lagi aku makan orang sebab bertanya. "

Neulra menyengih. Duduknya ditegakkan sebelum tubuhnya digerak menghadap Youra yang enak berbaring.

"macam mana kau boleh hilang kesucian kau?" Youra tersedak. Neulra kelihatan resah.

"ehh kalau susah nak jawab takpe-takpe. tak payah jawab. simpan sahaja jawapan kau. privasi kan kan?" melihat wajah Yuoura yang berubah membuatkan Neulra gusar. takut pulak kawannya seorang itu terasa.

"ingat tak waktu aku gaduh dengan Jimin?" mendengar Youra bersuara Neulra mengangguk laju. Tanpa disuruh gadis itu mendekati Youra.

-

-

-

2019

Youra pov

"Youra kau tahu tak Jimin getback dengan Seulbin?" mendengar ayat yang meluncur keluar daripada Daehyun automatik tangan aku mengigil. Hati aku pecah retak-seretaknya. aku cuba menahan air mata daripada keluar tapi gagal.

"aku pergi tandas kejap." Tanpa jawapan daripada Dahyun aku segera melangkah.

langkah aku ke tandas terbantut dengan kehadiran Yoongi. Jejaka itu laju menarik tangan aku ke bilik kosong. Aku seperti tiada daya mahu menolak.

"sedih? nangis je kau mampu buat Youra,?" aku tertunduk. aku tiada tenaga mahu membahas balik percakapan Yoongi.

"berapa kali aku hulur tangan membahagiakan kau tapi kau degil. Tetap mengejar yang tak pasti."

tanpa aku sedar makin laju air mata aku mengalir tanpa dipinta. Mengapa sesakit ini?

Yoongi mengusap lembut pipi aku. membuang air mata yang jatuh.

"kau tahu Youra aku tak pernah berhenti mengejar kau sejak kau masuk kerja lagi. Sudah lupakan Jimin. Mari aku berikan kau kebahagiaan?" Aku mendongak memandang wajah Yoongi. Kacak? bukan itu yang aku cari. tetapi lelaki ini sudi menghulurkan kasihnya buat aku. Apa salahnya jika aku mencuba.

"malamni aku ambik kau."

-

-

-


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 03, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SKANDAL [BTS]Where stories live. Discover now