3; Sayang?

20 1 0
                                    



Harini aku masuk kerja dengan mood yang baik. Sangat baik.

Masakan tidak, 'kenangan' yang baru tercipta antara aku dan Seokjin membuatkan aku asyik teringat.

Aku rasakan hati aku yang sudah lama mati hidup kembali. Kehadiran Seokjin membuat aku bersemangat mahu bekerja semula.

Tapi malangnya, harini dia shift petang. Hm murung pula aku. Tercari cari aje bila si kacak tu nak masuk kerja.

Lagi 15 minit jam mahu ke angka 3 petang hati aku berdegup kencang.

Pap!

Hati aku berdebar bagai nak pecah saat dia tersenyum menyapa aku. Tenang Youra you can handle this.

"Hello nak balik dah ke?"

Aku cuba berlagak tenang dengan menghadap komputer di hadapan aku.

"Ehem, nanti jam 4 aku baliklah. Kenapa?"

Klak!

Pintu pejabat ditutup separuh. Yang paling gila aku boleh suka bila Seokjin berkelakuan seperti ini.

Dia menghampiri aku dari belakang. Wajahnya menunduk merapati aku.

"Mana kiss aku untuk hari ini?" Perlahan dia berbisik tapi cukup untuk melemahkan jantung aku.

"ewah sejak bila kau jadi gedik ni hm? Sudah jangan merepek orang nampak nanti"

Aku mencuit perlahan pipinya. Baik aku beredar naik tingkat atas. Kalau kat sini lama-lama mahu mati cair agaknya hm.

Seokjin lebih pantas. Tangannya menarik aku merapati tubuhnya. Tangkas dia memeluk pinggang aku.

"Aip, tak baik tau buat aku macamni. Kiss sikit cepat."

Mahu tak mahu aku kucup pipinya sekilas sebelum aku melarikan diri.

Dari jauh aku boleh tahu. Seokjin pun senyum suka. Haih lah kenapa seketul Youra jatuh hati pada milik orang?"

-

2018

Youra pov

Aku mengintai jam tangan. Sudah jam 10:45 dan kelibat Eunha dan Eunji masih belum kelihatan. 

Aku seperti cacing panas mundar mandir ke sana ke mari. Sejujurnya aku takut. Pertama kali bekerja bahagian catering begini buat aku serba tidak kena.

Telefon aku berdering. Melihat nama pemanggil membuat aku menarik nafas lega. segera aku jawab panggilan daripada Eunha.

"kau pandang depan aku kat sini. ppali ppali lari kita dah lambat"

belum sempat aku mengeluarkan suara kelibat Eunha tadi telah hilang daripada pandangan. Aku segera mengejarnya. Tercungap cungap aku berhenti di pintu masuk.

Aku menelan liurku kelat saat Seorang wanita berbadan sedikit berisi dan mukanya ketat menatap aku. Aku menunduk meminta maaf.

"budak baru dah lambat? Eunha kau bawa kawan kau ambil baju lepastu scan muka. Lunch dah nak mula. unnie bagi masa 10 minit mesti ada dekat ballroom."

Eunha menarik tangan aku ke bilik persalinan uniform staff. aku hanya menurut. segala suasana terasa kekok. Dalam perjalanan Eunha tak sudah meminta maaf kerana salah dia lambat aku turut serta dimarahi.

-

-

-

AKU terkebil-kebil melihat meja di hadapan aku yang telah cantik disediakan. Pinggan besar 10 elok tersusun. cawan, sudu, garfu, napkin semua dihias dengan rapi. aku menggaru kepala mencari idea apa patut dilakukan.

SKANDAL [BTS]Where stories live. Discover now